Thursday, January 12, 2017

Garang 2017

Petang tadi aku pergi melawat anak buah aku yang sulung, setelah hampir 3 minggu tidak menjenguknya. Mananya tidak aku gagal menunaikan janji untuk menghantar dia ke sekolah. Jadi sebagai ganti rugi aku mengorbankan wang ringgit untuk memenangi hatinya semula dengan belanja ayam goreng. Berbekalkan enjin berkuasa kuda bersulamkan alunan lagu my chemical romance aku memecut laju mengambilnya di sekolah. Sampai disekolah kelihatan ramai mak bapa sedang menanti kepulangan anak mereka, aku meletak kenderaan aku sedikit jauh dari kawasan sekolah dan berjalan kaki ke pintu pagar sekolah. 

*Kringgggggg kringggggg*

loceng dibunyikan tanda tamat waktu persekolahan pada hari ini. Murid murid berpusu pusu keluar dari sekolah, ada yang mencari mak bapa mereka, ada yang terus menuju ke bas sekolah dan ada yang berjalan kaki pulang ke rumah. Aku menunggu dengan penuh tenang dan bergaya sekali sambil merokok depan sekolah perkara yang aku pernah lakukan berbelas tahun dahulu. 

*truttt truutttt truuttt*  Telefon bimbit ku berbunyi.

"hello, yaa long kenapa? Ahmad tak keluar lagi ni"

Jawab aku dengan nada sedikit risau, kerana menunggu agak lama. 

"Laaaa kenapa kamu pergi ambil dia ke sekolah tak bagitahu? Hari ni dia ponteng sekolah mengamuk tak nak sekolah"

*****************************************

Dalam perjalanan pulang ke rumah kak long, sempat juga aku singgah ke kedai dua ringgit untuk beli rotan!


Sunday, January 1, 2017

DUA KOSONG SATU TUJUH

Selamat tahun baru buat semua! Masalahnya sekarang ada orang baca blog aku lagi keee? Kah kah kah!

Azam tahun baru aku macam biasalah, nak kuruskan badan dan berhenti merokok. Kah kah kah!