Wednesday, January 21, 2015

Undang-Undang FIFA

rupanya aku baru tahu, kalau nak pakai tight (seluar ketat) atau baju ketat lengan (inner) kena sama warna dengan jersi. kawan aku tak boleh main kejohanan futsal sebab tight dia warna hitam jersi warna hijau. dia punya marah ke pengadil sampai membebel....

"inilah sikap manusia, undang undang Allah diketepikan tetapi undang undang FIFA diutamakan."

bila aku dengar, aku rasa nak menangis dan bersara dari arena futsal.


Tuesday, January 13, 2015

Fit Malaysia

Dalam meyahut cabaran dari kementerian belia dan sukan, aku telah merajinkan diri aku untuk melakukan aktiviti sihat seperti berjogging dan senaman ringan. 

Pada masa yang sama setelah selesai berjogging, aku memerlukan nikotin untuk menjana semula tenaga yang hilang. 

Aku harap dengan 2 perbuatan tadi aku dapat menyempurnakan keseimbangan dalam kehidupan seorang manusia. 

p/s: misi 2015 adalah mencapai berat badan ideal! 

Sunday, January 11, 2015

2015

Sekarang ni masih ada orang main blog lagi ke?

p/s: cuba jadi se'funny' dulu