Saturday, November 16, 2013

Lagu Urban.

bapa ku pulang dari kota,
bapa ku belikan kereta,
kereta mini cooper warna cerah,
boleh ku bawa ke sekolah.

pon pon pon!

kereta mini cooper ku berbunyi,
marilah adik mari naik
boleh ku bawa jumpa nenek.


Friday, November 15, 2013

UPSR

semalam keputusan UPSR telah diumumkan, mana berjaya gua ucapkan taniah mana yang gagal jangan sedih kerana rancangan AF, idola bintang kecil diwujudkan sebagai medium untuk adik adik berjaya kelak. pagi tadi gua terbaca kat internet seorang budak perempuan berusia 12 tahun dapat hadiah dari bapanya berupa sebuah kereta mini cooper. 

rasa nak menangis dengar berita sebegini, mana pergi kewarasan seorang bapa di mana anaknya yang berusia 12 tahun yang belum cukup umur untuk ada lesen memandu dan dapat hadiah sebegitu rupa?

mujur 12 tahun dulu gua tak dapat 5A kalau tak mungkin gua dah ada dalam penjara, tak pun kena tembak dengan polis, tak pun gua ada banyak saman.

hmm..


Thursday, November 7, 2013

Surat Berantai

10 tahun dulu surat berantai adalah surat yang paling berhantu dan ditakuti oleh kanak kanak seperti gua, apa ntah lagi bila sudah membaca gua kena sampaikan kepada 13 orang malah lebih 20 orang pun gua pernah kena, jika tidak menyebarkannya gua akan ditimpa musibah tapi.......


******


baru kejap tadi gua dapat surat berantai melalui applikasi whatsapp. cilake masih wujud lagi surat berantai sebegini rupa? mujur tak perlukan wang untuk fotostat seperti 10 tahun yang lepas. tanpa membuang masa gua menyebarkan kepada kawan kawan gua yang lain. gua harap pukul 8 nanti ada la berita baik yang gua terima selepas menyebarkannya.


Tuesday, October 1, 2013

Memperkasakan Ekonomi

sebagai salah seorang penyumbang ekonomi terbesar negara gua tenang membeli rokok, walaupun harga sudah meningkat kepada rm12. dari stesyen minyak hinggalah ke kedai runcit telah gua jajahi semata-mata untuk mencari nyala kehidupan gua. gua dihujani dengan soalan sinonim oleh mereka yang masih tak paham tentang gaya kehidupan gua.

"Rul, rokok dah naik rm12 pun masih mahu beli ke?"

"saya beli rokok sebab saya nak bantu peniaga bumiputera macam abang ni, supaya boleh buka supermarket" 

jawab gua, sambil menyalakan rokok gua berlalu pergi dari kedai dengan satu kepuasan.


Saturday, September 28, 2013

Letih

aku kerja siang malam tanpa henti, 
sampai lupa nak cari bini,
aku dengar minyak nak naik lagi?
aku mati dalam penindasan negara sendiri.


Tuesday, September 17, 2013

Asal Usul Denmark

pada zaman dahulu seorang putera raja dan panglima yang berasal dari negeri sembilan telah mengembara ke eropah untuk meluaskan kuasa empayar negeri sembilan. sampai di satu kawasan yang lapang (sekarang di sebut copenhagen) mereka mahu meletakkan kayu penanda sebagai tanda kawasan ini telah menjadi hak milik empayar mereka.

maka putera raja bertitah,

"wahai panglima yang ku kasihi, sudikah tuan hamba meletakkan kayu penanda ni sebagai tanda beta menghargai tuan hamba yang sudi mengikut beta mengembara"

si panglima agak terkejut, ,

"biar bonar tuanku sughuh den mark kat tanah ni? tuanku tak mahu mark sendighi. ke?

************************

semenjak kejadian itu, tanah lapang itu dikenali sebagai Denmark sebelum zaman kejatuhan tanah melayu di melaka.

Friday, September 13, 2013

Merapu (Part 1)

sudah hampir 2 bulan gua tak update blog, gua bukan apa tuntutan kerja gua macam celaka. disaat itu juga gua telah diperkenalkan dengan aplikasi twitter. secara tak langsung penceritaan tentang kehidupan gua lebih banyak tertumpu disana.

ah celaka, sudah hampir hujung tahun ni ramai rakan sebaya sudah mula untuk melebarkan sayap keturunan keluarga mereka. hal hal dunia dari berperang sampai ke syiah hal ini menjadi satu benda yang "trendy" dalam kehidupan gua sejak kebelakangan ini.

kenaikan harga minyak juga adalah salah syiah. ah peduli apa gua! gua juga mahu "trendy" juga tapi gua boleh claim duit minyak. lu ada?