Monday, May 31, 2010

Festival Orang Muda Macam Gua

gua mendapat tahu yang hari ini (maksud gua semalam la hari ahad) ada festival untuk pemuda-pemuda macam gua ni..pada usia yang begitu muda gua telah terjebak ke kancah festival ini tanpa pengawasan orang dewasa (maksud gua ibu bapa gua la)..jadi mari kita cekidaut apa yang gua dapat sepanjang festival ini..

Pemuda Harapan Negara

Pemuda Yang Hanya Tinggal Harapan Negara

Rumah Orang Muda-Muda

Sebuah Perjalanan Seorang Pemuda

jadi pengajaranya dari festival ini..cas la bateri sebelum pergi ke sesuatu majlis atau festival..cilakak pic skit je!

Wednesday, May 26, 2010

From Penang With Anak Mami

Lu orang mesti rindukan gua kan?

Nanti gua update blog balik..anak mami dah panggil gua ni..

First time update blog pakai blackberry ;p

Sunday, May 23, 2010

Hujung Minggu Lalu

1

kurus juga gua kan?

2

The Perak Man!

3 

Menyentuh Rangka Misteri Jugakan?

4

Emas Beb!

5

yo!

 6

bergambar pocong sangat misterikan?

7

Dahaga.

 8

Komuter

 9

Aiskrim

 10

Penampar Mahu?

 11

berakhir sudah hari minggu ni..esok kerja!

Friday, May 21, 2010

Dalam Dunia Ini..Mana Ada Yang Free

*truut truut truut*

nada dering telefon nokia 3310 gua berbunyi,,mana mampu nak beli iphone atau black berry macam lu orang..gua angkat dan terdengar suara gadis manis dihujung talian..

"helo saya dari maxis centre..bla..bla..bla..bla.." panjang lebar sesi perkenalan gua dengan awek maxis tersebut..biasalah bila nama dah popular macam-macam orang call minta jadi duta.

"owh,saya tak boleh call out tapi kene cas apa kes??saya nak terminate nombor itu.." jawab gua dengan tenang dan ringkas.."bla..bla..bla..bla..bla.." macam biasalah operator ni mentang-mentang gua tak nampak dia naik suara tinggi..

gua dengan tenang bersuara lagi "saya bayar untuk bulan ni ja..yang kene cas bulan lepas saya malas bayar.."

operator betah cakap gua lagi "encik shahrul,,dalam dunia ni mana ada benda free..encik kene ingat tu.."

*****
gua menarik nafas sedalam yang mungkin agar tidak tergoda mahupun tertewas dengan suara halus gadis maxis berkenaan..

"setahu saya ada,,dulu kerajaan nak bagi kondom free bagi mencegah penyakit HIV merebak meluas dikalangan rakyat malaysia.." jawab gua dengan penuh berilmiah dan adab sopannya..

*tuuut tuuut tuuut* talian dimatikan secara tiba-tiba..

mungkin kredit gadis maxis tu kehabisan kot?

Tuesday, May 18, 2010

Beyonce Malaysia

malam minggu lepas gua hanya menghabiskan masa dengan famili gua saja,,yela time ni jela gua free dari bebanan kerja yang melampau..dari gua merempit dan melepak tak tentu hala ada baiknya gua duduk dirumah,sambil-sambil tu tolong mak gua kemas rumah,sapu sampah,cuci baju dan memasak..lu orang jangan ingat gua tak boleh handle benda benda-benda macam tu..

dan pada malam minggu lepas juga gua banyak menghabiskan masa dengan menonton Akademi Fantasia dan Mentor..salah satu perkara yang jarang sungguh gua lakukan dalam kehidupan gua..yela musim bola sepak inggeris dah tamat nak menonton badminton gua hilang mood gara-gara kekalahan mudah dengan team China..

dari gua hilang mood baik gua layan benda-benda macam ni tak ke seronok namanya?tengah syok gua layan dayang nur faizah menyanyi,tetiba mak gua bersuara “dah hitam-hitam macam ni pun nak pakai seksi–seksi ke?”..

gua macam biasa malas amek port..sambil meneliti body dayang nurfaizah dikaca televisyen, “solid jugak body dia ni” desis gua dalam hati.

mak gua bersuara lagi sebagai tanda protesnya “penonton bersorak bukan sebab suara best,ntah2 sebab dia pakai seksi”..

tetiba adik gua bersuara “ala mak ni..dia kan beyonce malaysia”

gua pandang muka mak gua kelat semacam..gua syak mak gua tengah pening memikirkan siapa beyonce tu..dengan adanya tali pinggang hitam dalam ilmu karate gua..sekelip mata sahaja televisyen itu berkecai..

Sunday, May 16, 2010

Guru

kau umpama cahaya yang menerangi kegelapan.
tanpa mu aku pasti terkandas ditengah lautan kehidupan.
aku tahu tanpa mu masa depan ku kelam dan seram..
..................................................................................
..................................................................................




gua hampa tak masuk belajar kelas sastera awal-awal..kalau tak dah boleh jual puisi hari guru di atas ni kat kementerian pendidikan tak pun paling kurang nukilan gua ni dah masuk dalam buku teks sastera..

Wednesday, May 12, 2010

Kerja Rajin

inilah kehidupan gua sekarang kerja je sampai tak sempat nak buat benda lain.


ni ada lagi dokumen tak setel lagi..kalau penat sangat air ni la yang memberi saya semangat untuk terus rajin..saya hampir berhenti merokok.. ;p

kalau kerja je tak leh jugakkan?baik online dalam 1-3 minit..untuk hilangkan mengantuk ;)