Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

#25 Informasi Terkini Bukan Melodi

semalam gua menonton telefilem salji di kuala lumpur, lakonan mantap dari Qi Razali, Siti Saleha dan pelakon apa-apa ntah. ye tajuk filem pun dah tak logik apa lagi jalan ceritanya lagi ye dak? takpe demi menghilangkan rasa lapar dan dahaga gua gagahkan juga menonton bersama adik sepupu gua dan makcik gua.



tengah-tengah sedap gua berkhayalkan siti saleha dalam telefilem ini, tetiba makcik gua tanya gua. "ini bukan ke pakwe si yuna ke (merujuk ke pada Qi)?"



"eh entahla, tak tahu la pulak" balas gua dalam keadaan terpinga-pinga.



"yela ma, ni pakwe si yuna." jawab adik sepupu gua. memberikan informasi



mulai dari saat itu baru gua tahu yang si Qi pakwe si Yuna, alangkah terasa kecil hati gua ini pada hari itu. balik rumah gua terus online start langgan beautifulnara.com untuk mendapatkan informasi dan cerita sensasi tentang artis masa kini.

Tuesday, December 28, 2010

Kuala Kangsar Menjerit

" Senyum skit.." -baju biru-

penangan laksa dan cendol Kuale.

" bila dah jadi tunang orang hati-hati dalam pergaulan. " -mak gua-

" nikmat yang tak terhingga " -sepupu sepapat gua-

" pakcik kalau balik kuale memang parking jet kat sini " -pemandu jet TUDM-

" ini masjid Ubuidiah " -Dato Seri Harun Sani (Mufti Perak)-

" perencah adabi takkan popular tanpa istana ni " -pengusaha restoran kari kepala ikan-

" saya yang beli kamera ni, jadi gambar saya kena ada. " -ayah-

" siapa tak kenal saya boleh delete blog..heh! " -shahrul tanaka-

Saturday, October 30, 2010

All About Love & Friendship


"Hey, sama saya Shahrul Tanaka! hari ini saya bawa anda jalan-jalan tengok kawan saya. "

" Saya dan Safwan Firdaus "

" Safwan, sayang saya walaupun dah ada kekasih "

" Ini pensyarah saya, dia busy main blackberry dia "

" Mereka sangat sporting! "

" Kawan, yang sangat terkejal tapi berakal "

" Cita-citanya untuk menjadi Dr Rozmey "

" Kan, saya dah kata macam Dr Rozmey! "


" Kawan baik sejak matriulasi, dia adalah seorang pemain bola sepak yang berbakat setakat kembar tu sebelah keting dia boleh belasah "

" 2 orang yang sentiasa menjadi keutamaan saya ketika membuat assignment "

" saya sayang kawan-kawan saya dan diri saya "

Tuesday, August 3, 2010

Kahwin

" habiskan belajar dahulu dan kerja..mak nak rasa duit dari titik peluh kau,kemudian baru boleh kahwin " kata mak gua, masih terngiang-ngiang lagi ayat itu dalam kepala gua..

sekarang gua sudah 23 tahun..paling kurang untuk mencapai kearah itu memerlukan masa 5-6 tahun..mungkin!

sambil pandang kebawah dan gua bermonolog sendirian " aku harap kau boleh tahan sabar ya.."

Tuesday, May 18, 2010

Beyonce Malaysia

malam minggu lepas gua hanya menghabiskan masa dengan famili gua saja,,yela time ni jela gua free dari bebanan kerja yang melampau..dari gua merempit dan melepak tak tentu hala ada baiknya gua duduk dirumah,sambil-sambil tu tolong mak gua kemas rumah,sapu sampah,cuci baju dan memasak..lu orang jangan ingat gua tak boleh handle benda benda-benda macam tu..

dan pada malam minggu lepas juga gua banyak menghabiskan masa dengan menonton Akademi Fantasia dan Mentor..salah satu perkara yang jarang sungguh gua lakukan dalam kehidupan gua..yela musim bola sepak inggeris dah tamat nak menonton badminton gua hilang mood gara-gara kekalahan mudah dengan team China..

dari gua hilang mood baik gua layan benda-benda macam ni tak ke seronok namanya?tengah syok gua layan dayang nur faizah menyanyi,tetiba mak gua bersuara “dah hitam-hitam macam ni pun nak pakai seksi–seksi ke?”..

gua macam biasa malas amek port..sambil meneliti body dayang nurfaizah dikaca televisyen, “solid jugak body dia ni” desis gua dalam hati.

mak gua bersuara lagi sebagai tanda protesnya “penonton bersorak bukan sebab suara best,ntah2 sebab dia pakai seksi”..

tetiba adik gua bersuara “ala mak ni..dia kan beyonce malaysia”

gua pandang muka mak gua kelat semacam..gua syak mak gua tengah pening memikirkan siapa beyonce tu..dengan adanya tali pinggang hitam dalam ilmu karate gua..sekelip mata sahaja televisyen itu berkecai..

Wednesday, April 28, 2010

Gembira

Office gua dah bagi laptop dan juga internet untuk kearah kebaikkan..gua harap gua mampu menggunakannya kearah yang diharapkan.. :P

p/s: first update di office

Saturday, April 10, 2010

Berubah

Ini Ketika Usianya Beberapa Hari

Ini Ketika Usianya 1 bulan

Ini Ketika Usianya 2 Bulan

Terbaru Di Usia 4 Bulan

p/s: berat pun dah meningkat patah tangan gua angkat si kecik ni..ada tips diet untuk si kecil ini?

Tuesday, April 6, 2010

Chow Kit

gua teringat kejadian 8 tahun dulu..dimana gua adalah seorang pelajar yang tinggal diasrama..setiap 2 minggu sekali dibenarkan pulang kerumah dan setiap 2 minggu sekali itulah gua dengan teman-teman gua merayap ke chow kit untuk membeli baju dan seluar bundle..

macam biasalah gua kan anak nelayan,,mana mampu nak beli seluar dan baju berjenama mahal-mahal macam lu orang(hehehe)..dulu bawa rm50 macam bawa rm100..puas sana sini baju dan seluar gua angkut,,sekarang bawa rm50 ringgit belum tentu gua dapat beli baju dan seluar..

bila sebut pasal chow kit ramai mula memikir yang negatif terhadap tempat itu..itu belum lagi gua cerita pasal lorong Haji Taib,pasar Chow kit lagi..tapi selama gua membundle di chow kit belum pernah gua terpikir untuk membeli orang bundle..

Thursday, March 18, 2010

Barcelona $ - 0 Stuttgart

saya memang hebatkan?

kepada fan chelsea dan liverpool..gua harap lu orang dah boleh tukar team lepas ni.. =)

Sunday, February 21, 2010

Berakhir

Setiap permulaan mesti ada pengakhiran,,itulah yang selalu terjadi di dalam lumrah kehidupan manusia..tak semestinya pengakhiran itu dengan kisah yang manis kadang-kadang ia diselubungi kisah yang sedih..

jadi inilah kisah sedih yang selalu terjadi kepada pelajar IPTA/S kerana cuti semester yang terlalu pendek..

sedihkan?gua harap pihak yang berkenaan dapat pantau gejala ini..

Sunday, February 7, 2010

Hey


hati-hati sebelum kene tembak...pesanan dari gua.

Thursday, January 28, 2010

Corat-Coret Sekitar Pilihan Raya Kampus UTM

1. semua jalan utama untuk keluar ke kelas telah ditutupi dengan poster-poster calon yang bertanding..akhirnya gua tiga hari duduk bilik..cilake betul..

2. gua ingat nak buka bisnes nasi lemak..kertas-kertas manifesto calon terlalu banyak..kalau gua balut nasi lemak dengan manifesto calon yang menang kofem laku..

3. setiap pengundi yang mengundi akan diberikan sekotak air soya dan sebiji epal..nak rasuah la tu..kalau bagi mcD atau KFC komfem gua tak buat undi rosak..padan muka..

4. segala aktiviti-aktiviti sukan di tangguhkan gara-gara padang,tiang gol,jaring sepak takraw,jaring bola tampar,jaring bola jaring dan jaring ikan penuh dengan poster-poster calon.

5. sudut pemidato telah diwujudkan untuk memberi ruang kepada calon-calon berkempen,,malangnya sudut itu telah di letakkan di kafeteria.."aku nak makan bukan nak dengar ko bagi ceramah!"

6. sudut pemidato telah mengingatkan gua tentang 'flirting point' di singapura..agak-agak kalau diwujudkan gua ada peluang tak? ;)

Friday, January 8, 2010

Wangi

malam ni gua plan baik punya..gua setting kamera letak penjuru bilik kasi hala kearah katil gua ala-ala paranormal aktiviti..gua pakai segala minyak wangi yang ada dalam loker gua..gua harap gua akan nampak si pari-pari comel dari langit datang culik gua..

sekurang-kurangnya kalau rumet gua bangun tengok gua takde di dalam bilik mahupun atas katil..gua dah ada tinggalkan bukti kat dia yang gua kene culik dengan pari-pari comel..mesti die jeles yang teramat sangat..keh3 =P

Friday, January 1, 2010

Kisah Fantasi Mencari Konklusi

saya selalu impikan ada baiknya saya menjadi burung,,kerana saya dapat terbang bebas ke mana-mana saya suka tanpa halangan demi mencari kepuasan hidup diatas muka bumi ini..jika nasib saya baik saya mungkin dapat mencapai segala apa yang saya impikan dalam hidup..jika nasib tidak baik saya pasti akan ditembak mati oleh manusia yang tidak berhati perut dan akhirnya jatuh menyembah bumi dan dibiarkan begitu..jika nasib saya baik mungkin saya di gong-gong anjing peliharaan pemburu dan kemudian saya diawet untuk menjadi tatapan generasi akan datang..

tapi saya tak mahu akhiri kehidupan saya begitu,kerana masih banyak perkara yang saya belum selesaikan lagi..harapan saya adalah dapat mencapai segala impian saya di tahun 2010 ini..

Wednesday, December 30, 2009

Secebis Kehidupan Untuk Masa Hadapan

pernahkah anda terasa seperti bosan dan mual dengan informasi yang sama dari hari ke hari..dimana yang lemah terus ditindas dan yang kuat terus berkuasa sehingga nyawa-nyawa manusia yang tidak bersalah mudah diratah oleh mereka-meraka yang tidak bertanggungjawab..kita hanya terus mendengar,melihat dan membaca tanpa melakukan sebarang apa-apa tindakkan..umpama pekakkan telinga,butakan mata dan hati,dan kita lihatlah apa yang akan terjadi..

saya mula sedari dengan pepatah ini "I love humanity but I hate people."..mungkin istilah ini sudah boleh diguna pakai untuk kehidupan kita dimasa hadapan..mungkin saya lemah untuk melawan mereka tapi saya masih kuat untuk memberi semangat kepada mereka agar mereka terus kuat berdiri untuk masa hadapan..

Thursday, December 24, 2009

Kemajuan Kampung Desa Bakti

lama jugak gua tak balik kampung..'last' gua balik kampung rasanya dalam raya puasa lepas..itu pun gua balik kejap pastu balik utm balik nak 'exam' punya pasal..dalam beberapa bulan ni gua tengok banyak jugak yang berubah di kampung ni..terutama kemunculan 'cyber cafe' bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..

benda ni wujud atas hasil inisiatif kerajaan campuran ape kejadah negeri perak untuk mencapai kadar buta I.T dikalangan penduduk desa sebanyak 10% menjelang tahun 2012..kalau 'time' tu tak kiamat lagi la kalau mengikut kalendar masihi..

sebagai anak jati kampung gua,,gua telah menggunakan segala kemudahan yang ada di kampung ini tapi yang cilakenya RAM512 tapi pakai vista tak ke lembab jadinya??lagi satu 'cyber cafe' ni terletak di sebelah kedai jual beli getah skrap!nasib baik sejam rm1..murah dari bahau gua rasa..

gua tengah plan nak rosakkan minda anak-anak muda disini..ada kepatut datang 'cyber cafe' depa dok buka laman web lucah..tak cool langsung..gua ingat dalam kampung ni gua sorang je ada facebook dan blog la..kah3

Friday, December 11, 2009

Pembangunan

gua ingat balik utm ni dah ada la pusat beli belah macam klcc atau pavillion ke dah buka dalam kampus,,paling ayam-ayam pun pusat beli belah hari-hari tapi itu pun takde..impian gua hanya tinggal impian sahaja..7-eleven pun takde dalam kampus..macam gua nak beli rokok tengah-tengah malam macam kat rumah??

Dem..gua homesick lagi! gua nak kemas-kemas barang balik rumah kejap..

Monday, November 23, 2009

Perubahan Pt.2

dari hari ke hari gua menjadi semakin baik..tak lama lagi nama blog akan ditukarkan kepada coretan hati tok imam..

haih.

Thursday, November 12, 2009

Kebiasaan

bila nak dekat 'final exam' ramai kawan-kawan gua mesej bertanyakan tentang kertas-kertas soalan 'final exam' yang lepas,tips-tips untuk menjawab,tips-tips soalan yang keluar dan macam-macam lagi..bagi gua itu tiada masalah kerana lu orang tahu sendiri yang gua memang suka menolong kawan-kawan gua.

bila dah habis 'final exam' ramai kawan-kawan gua mesej bertanyakan tentang filem-filem terbaru yang gua ada..bagi gua itu tiada masalah juga kerana gua paham mereka hendak melepaskan 'tension' dan mahu merehatkan otak selepas menjawab 'final exam' yang penuh dugaan dan pancaroba..

tapi yang gua dah biasa sangat bila habis 'final exam' ada sesetengah daripada kawan-kawan gua mesej gua dan bertanyakan tentang filem yang bukan-bukan dari gua..gua rasa mahu lempang sekor-sekor,,katanya nak format otak selepas 'final exam'..ape,mereka ingat gua ni penerbit filem dewasa ke?