Showing posts with label AIDS. Show all posts
Showing posts with label AIDS. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Untitled


dah 2-3 jam gua biarkan ia tanpa huruf dan perkataan..gua perlukan seorang penulis yang berkaliber untuk terus menulis di coretanhatisetanaku untuk tatapan generasi masa depan..

sila email kepada shahrul.azri21@gmail.com untuk sebarang pengambilalihan kuasa.

Sunday, February 13, 2011

Selamat Hari Kekasih

oh ya selamat hari kekasih bagi mereka yang akan menyambutnya esok hari, gua dapat satu mesej yang menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan anda.. :)

“ jika anda meniduri kekasih pada 14hb febuari(hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 21hb Mac (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia)jika di lihat pada aspek perubatan..anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb disember(hari Aids sedunia)”

p/s: sumber dari Syahrul Fitri

Sunday, August 15, 2010

Yang Sebenarnya

mungkin apa yang kita impikan tak semuanya akan tercapai tapi kalau kita mencuba kearah impian kita,ia mungkin sedikit sebanyak kita telah membantu kita kearah impian itu..

saya selalu impikan untuk kembali pada zaman kanak-kanak dimana saya leka dan hanyut dalam kehidupan sebagai seorang budak kecil yang tembam seringkali pipinya di cubit oleh gadis seksi terutamanya bila pergi ke pasar malam di sekitar shah alam 19 tahun yang lalu.

sekarang tiada siapa mahu mencubitnya lagi..mungkin saya patut simpan memori ini sebagai kenangan terindah buat diri saya..

Friday, May 21, 2010

Dalam Dunia Ini..Mana Ada Yang Free

*truut truut truut*

nada dering telefon nokia 3310 gua berbunyi,,mana mampu nak beli iphone atau black berry macam lu orang..gua angkat dan terdengar suara gadis manis dihujung talian..

"helo saya dari maxis centre..bla..bla..bla..bla.." panjang lebar sesi perkenalan gua dengan awek maxis tersebut..biasalah bila nama dah popular macam-macam orang call minta jadi duta.

"owh,saya tak boleh call out tapi kene cas apa kes??saya nak terminate nombor itu.." jawab gua dengan tenang dan ringkas.."bla..bla..bla..bla..bla.." macam biasalah operator ni mentang-mentang gua tak nampak dia naik suara tinggi..

gua dengan tenang bersuara lagi "saya bayar untuk bulan ni ja..yang kene cas bulan lepas saya malas bayar.."

operator betah cakap gua lagi "encik shahrul,,dalam dunia ni mana ada benda free..encik kene ingat tu.."

*****
gua menarik nafas sedalam yang mungkin agar tidak tergoda mahupun tertewas dengan suara halus gadis maxis berkenaan..

"setahu saya ada,,dulu kerajaan nak bagi kondom free bagi mencegah penyakit HIV merebak meluas dikalangan rakyat malaysia.." jawab gua dengan penuh berilmiah dan adab sopannya..

*tuuut tuuut tuuut* talian dimatikan secara tiba-tiba..

mungkin kredit gadis maxis tu kehabisan kot?

Wednesday, March 10, 2010

Away~

gua mungkin busy untuk 2-3 bulan ni..mungkin blog ni akan ditinggalkan hingga bersawang dan berhabuk..mungkin juga akan ditinggalkan begitu sahaja.

harap-harap lagi 2-3 bulan lagi gua tak lupa password..

Tuesday, February 23, 2010

Panas

cuaca di luar panas,masuk dalam kelas pun panas..

adakah ini hukuman untuk diriku kerana dosa-dosa lampau?

mungkin saya patut berubah..anda pula bagaimana?

Tuesday, December 1, 2009

1 Disember 2009


"Saya ada penyakit AIDS..Sudikah anda berjabat tangan dengan saya?"

p/s: Update Lepas (klik)
p/ss: Official (Klik)