Sunday, November 29, 2009

Internasional

gua dah masuk majalah internasional..lu orang bila lagi..sila klik disini untuk mendapatkan langganan percuma..

Thursday, November 26, 2009

Korban

Definisi Korban Bagi Masyarakat Kita..

1. Pengorbanan paling besar terpaksa dilakukan untuk memilih destinasi sama ada untuk pulang beraya korban dirumah mertua atau rumah famili sendiri.

2. Ramai yang terkorban di hari raya korban gara-gara pemanduan kurang sopan ketika pulang berhari raya korban..

3. Mengorbankan wang yang banyak untuk membeli baju hari raya korban.

4. Terkorban di atas katil ketika solat sunat raya korban dijalankan.


Disini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban.salam dari perantau buat Shahrul Tanaka di Malaysia sana..

yang benar
-Awek UK-

Monday, November 23, 2009

Perubahan Pt.2

dari hari ke hari gua menjadi semakin baik..tak lama lagi nama blog akan ditukarkan kepada coretan hati tok imam..

haih.

Friday, November 20, 2009

Tanggungjawab Pt.2

dari hari ke hari gua semakin sibuk dengan kerja-kerja yang merapik dan tidak membina otot-otot gua..boleh dikatakan setiap hari gua mood gua untuk berjogging mahupun berblogging semakin berkurangan,,yela lu orang paham la sekarang ni musim tengkujuh ni,,kalau gua keluar berjogging 'time' hujan gua akan kene demam..kalau gua berblogging 'time' hujan bermakna gua dah buang masa gua untuk tido..

kalau gua tak update blog lu orang boleh klik je kat Facebook,Eleh Komuniti, dan Twitter gua..mungkin gua ada disana..kalau gua takde juga mungkin internet gua telah dipotong..biasala anak nelayan katakan..

wuwuwuwuwuwu~

Tuesday, November 17, 2009

Gangguan Seksual

*lagu ignorance 10 saat*

"hye saya ayu azahari model dari Indonesia dapatkan klip video panas saya dengan menaip on Ayu dan hantar ke 3**** " berpinar-pinar mata gua membaca mesej..

gua bangun gosok gigi terus pergi ke laptop gua..

"owh,,dah siap 'download' rupanya"..

Saturday, November 14, 2009

Tanggungjawab


kalau gua tak update blog lu orang jangan la marah sangat..gua dah ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan gua juga dah takde masa nak lepak-lepak macam dulu sampai pukul 4 pagi macam dulu..yela tanggungjawab ni sangat berat sampai nak beli rokok dan belanja orang makan kat J.co pun gua kene fikir 2-3 kali..

haih..

Thursday, November 12, 2009

Kebiasaan

bila nak dekat 'final exam' ramai kawan-kawan gua mesej bertanyakan tentang kertas-kertas soalan 'final exam' yang lepas,tips-tips untuk menjawab,tips-tips soalan yang keluar dan macam-macam lagi..bagi gua itu tiada masalah kerana lu orang tahu sendiri yang gua memang suka menolong kawan-kawan gua.

bila dah habis 'final exam' ramai kawan-kawan gua mesej bertanyakan tentang filem-filem terbaru yang gua ada..bagi gua itu tiada masalah juga kerana gua paham mereka hendak melepaskan 'tension' dan mahu merehatkan otak selepas menjawab 'final exam' yang penuh dugaan dan pancaroba..

tapi yang gua dah biasa sangat bila habis 'final exam' ada sesetengah daripada kawan-kawan gua mesej gua dan bertanyakan tentang filem yang bukan-bukan dari gua..gua rasa mahu lempang sekor-sekor,,katanya nak format otak selepas 'final exam'..ape,mereka ingat gua ni penerbit filem dewasa ke?

Tuesday, November 10, 2009

Perubahan Mendadak

"Tekun Betul Gua"


"Rajin Betul Gua"


"Entah Bila Gua Nak Berubah"

Wednesday, November 4, 2009

Sosej dan Lembu

seorang anak telah dijemput pulang oleh bapanya dari amerika setelah gagal menamatkan pelajarannya diperingkat sarjana muda selama 10 tahun disana selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM..jauh disudut hati si anak mahu berbual dengan bapanya tapi masih tiada topik dan perbualan hangat dicapai diantara kedua-dua belah pihak..

si anak cuba mengambil hati bapanya dengan menceritakan pengalamannya selama 10 tahun di amerika.."bapak..tahukah bapak teknologi di amerika sangat canggih kerana dengan memasukkan seekor lembu kita boleh memperoleh sosej" kata si anak dengan muka minta penampar..

"itu teknologi lama la..27 tahun lalu aku telah memasukkan sebatang sosej dan telah mengeluarkan seekor lembu yang tak berguna sekarang ni" jawab si bapa tanpa rasa kesal didada..

si anak duduk terdiam dan menyesali kerana membuka topik itu..

Sunday, November 1, 2009

Malas

Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
sangat malas bukan..(ctrl+A)