Wednesday, December 30, 2009

Secebis Kehidupan Untuk Masa Hadapan

pernahkah anda terasa seperti bosan dan mual dengan informasi yang sama dari hari ke hari..dimana yang lemah terus ditindas dan yang kuat terus berkuasa sehingga nyawa-nyawa manusia yang tidak bersalah mudah diratah oleh mereka-meraka yang tidak bertanggungjawab..kita hanya terus mendengar,melihat dan membaca tanpa melakukan sebarang apa-apa tindakkan..umpama pekakkan telinga,butakan mata dan hati,dan kita lihatlah apa yang akan terjadi..

saya mula sedari dengan pepatah ini "I love humanity but I hate people."..mungkin istilah ini sudah boleh diguna pakai untuk kehidupan kita dimasa hadapan..mungkin saya lemah untuk melawan mereka tapi saya masih kuat untuk memberi semangat kepada mereka agar mereka terus kuat berdiri untuk masa hadapan..

Sunday, December 27, 2009

Hilangnya Kemanusian Dalam Hidup Ini

gambar ihsan metro

saya tak tahu la sampai bila perkara sebegini rupa akan berakhir..

"I love humanity but I hate people." dari Edna St. Vincent Millay

Friday, December 25, 2009

Rindu Suasana Kampung


esok gua nak kena gerak balik klang..gua harap 2-3 bulan lagi gua balik dah ada tempat beli belah macam pavillion ke dah dibuka kat kampung gua..ada juga masa petang-petang gua terisi dengan usya awek-awek hot..kalau tak makan laksa kuale dan cendol aje la..

keh3..

Thursday, December 24, 2009

Kemajuan Kampung Desa Bakti

lama jugak gua tak balik kampung..'last' gua balik kampung rasanya dalam raya puasa lepas..itu pun gua balik kejap pastu balik utm balik nak 'exam' punya pasal..dalam beberapa bulan ni gua tengok banyak jugak yang berubah di kampung ni..terutama kemunculan 'cyber cafe' bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..

benda ni wujud atas hasil inisiatif kerajaan campuran ape kejadah negeri perak untuk mencapai kadar buta I.T dikalangan penduduk desa sebanyak 10% menjelang tahun 2012..kalau 'time' tu tak kiamat lagi la kalau mengikut kalendar masihi..

sebagai anak jati kampung gua,,gua telah menggunakan segala kemudahan yang ada di kampung ini tapi yang cilakenya RAM512 tapi pakai vista tak ke lembab jadinya??lagi satu 'cyber cafe' ni terletak di sebelah kedai jual beli getah skrap!nasib baik sejam rm1..murah dari bahau gua rasa..

gua tengah plan nak rosakkan minda anak-anak muda disini..ada kepatut datang 'cyber cafe' depa dok buka laman web lucah..tak cool langsung..gua ingat dalam kampung ni gua sorang je ada facebook dan blog la..kah3

Sunday, December 20, 2009

Angan Dan Sedar

dalam sedar atau tidak sedar akhirnya kita sudah memasuki tahun baru Islam walaupun tahun baru pada kalendar masihi belum lagi menjelma tiba..kehadiran tahun baru ini disambut dengan penuh syukur dan gembiranya kerana gua masih dipanjangkan umur dan diberikan nafas untuk menulis sekerat coretan ini untuk tatapan pada pembaca..

semoga kehadiran tahun baru ini,,gua berjaya menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan..

p/s: ini cubaan pertama gua untuk menjadi baik..

Friday, December 18, 2009

K E M B A L I

gua kembali untuk merosakkan minda-minda lu orang semua..

Tuesday, December 15, 2009

Penjualan

gua ingat gua nak jual la akaun blog gua ni..gua dah malas dah nak update dengan wifi macam cilake,nak beli brodband tak mampu biasala anak nelayan katakan..

siapa-siapa rasa nak beli dan take over blog ni sila contact gua di 0137976918..dah bank in duit..gua bagi email dan paswod sekali..

babai!

Friday, December 11, 2009

Pembangunan

gua ingat balik utm ni dah ada la pusat beli belah macam klcc atau pavillion ke dah buka dalam kampus,,paling ayam-ayam pun pusat beli belah hari-hari tapi itu pun takde..impian gua hanya tinggal impian sahaja..7-eleven pun takde dalam kampus..macam gua nak beli rokok tengah-tengah malam macam kat rumah??

Dem..gua homesick lagi! gua nak kemas-kemas barang balik rumah kejap..

Wednesday, December 9, 2009

Tarik Picu,,Acukan Pada Kepala..


mungkin kehidupan seperti figura atas ini adalah yang terbaik untuk saya daripada kehidupan yang dibawah paras sedar ketika ini..

jadi saya ambil pistol,,tarik picu dan terus acukan pada kepala..kini berakhirlah sebuah kehidupan yang menggembirakan di dalam cuti semester ini..

babai~

Monday, December 7, 2009

Suram

(Gambar Hiasan Semata-mata)

menghabiskan baki-baki cuti semester adalah mimpi ngeri bagi setiap pelajar..dalam sedar tak sedar sudah 1 bulan rupanya gua bercuti sakan tanpa melakukan kerja-kerja yang berfaedah selain dari makan dan tidur..

tapi apa gua kisah?badan gua tetap "maintain" macam dulu walaupun makan dan tidur..

hehe~

Thursday, December 3, 2009

Himpunan Puisi Uh-Ah-Uh-Ah(Serious Version)

Hidup harus seperti ini,
memerintah diri sendiri untuk memenuhi apa yang anda perlukan,
menakluk diri dengan apa yang anda merindukan anda,
melayani diri sebagai tuan kuat anda sendiri.

ditangkap tanpa alasan yang bersalah,
dan telah dipuji orang berdosa yang tak terlihat,
terperangkap di dalam budaya liberal yang anda tuntutan tersebut,
Anda membuat undang-undang yang biasa anda ikuti.

selalu berfikir tentang orang lain saat anda marah,
Anda mungkin kehilangan salah satu kawan baik,
sekali anda pernah melewati jambatan anda telah membangun,
saya tahu bagaimana rasanya yang tidak begitu mudah untuk mempermudah.

setelah anda berada di atas atau bawah dalam masalah besar,
terus berfikir tentang kelas yang berlawanan,
mereka mungkin teman-teman anda yang mungkin berpaling kepada musuh,
atau mereka mungkin menjadi raksasa yang akan menghancurkan kehidupan anda.

suatu hari anda akan menemukan sebuah peluru menyerang kepada kepala anda,
itu hanya terjadi semua dengan tiba-tiba tanpa pernah berpikir tentang itu,
dan anda telah tersandung di tengah-tengah syurga dan neraka,
dan anda akhirnya menyesali tentang apa yang belum pernah dilakukan dahulu.

kehidupan harus berakhir seperti ini ..

p/s: gua tolong alih bahasa sahaja dari blog kutu ni..nyaris-nyaris juga la A.Samad Said nak amek puisi ni tapi gua dah "copy paste" dulu..

Tuesday, December 1, 2009

1 Disember 2009


"Saya ada penyakit AIDS..Sudikah anda berjabat tangan dengan saya?"

p/s: Update Lepas (klik)
p/ss: Official (Klik)