Wednesday, December 18, 2013

Cinta

"jangan mencintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh berubah, jangan mencintai seseorang sedalam lautan kerana lautan ada surutnya. cukuplah mencintai seseorang sebesar kuku walaupun kecil bila dipotong ia akan tumbuh semula"

Saturday, November 16, 2013

Lagu Urban.

bapa ku pulang dari kota,
bapa ku belikan kereta,
kereta mini cooper warna cerah,
boleh ku bawa ke sekolah.

pon pon pon!

kereta mini cooper ku berbunyi,
marilah adik mari naik
boleh ku bawa jumpa nenek.


Friday, November 15, 2013

UPSR

semalam keputusan UPSR telah diumumkan, mana berjaya gua ucapkan taniah mana yang gagal jangan sedih kerana rancangan AF, idola bintang kecil diwujudkan sebagai medium untuk adik adik berjaya kelak. pagi tadi gua terbaca kat internet seorang budak perempuan berusia 12 tahun dapat hadiah dari bapanya berupa sebuah kereta mini cooper. 

rasa nak menangis dengar berita sebegini, mana pergi kewarasan seorang bapa di mana anaknya yang berusia 12 tahun yang belum cukup umur untuk ada lesen memandu dan dapat hadiah sebegitu rupa?

mujur 12 tahun dulu gua tak dapat 5A kalau tak mungkin gua dah ada dalam penjara, tak pun kena tembak dengan polis, tak pun gua ada banyak saman.

hmm..


Thursday, November 7, 2013

Surat Berantai

10 tahun dulu surat berantai adalah surat yang paling berhantu dan ditakuti oleh kanak kanak seperti gua, apa ntah lagi bila sudah membaca gua kena sampaikan kepada 13 orang malah lebih 20 orang pun gua pernah kena, jika tidak menyebarkannya gua akan ditimpa musibah tapi.......


******


baru kejap tadi gua dapat surat berantai melalui applikasi whatsapp. cilake masih wujud lagi surat berantai sebegini rupa? mujur tak perlukan wang untuk fotostat seperti 10 tahun yang lepas. tanpa membuang masa gua menyebarkan kepada kawan kawan gua yang lain. gua harap pukul 8 nanti ada la berita baik yang gua terima selepas menyebarkannya.


Tuesday, October 1, 2013

Memperkasakan Ekonomi

sebagai salah seorang penyumbang ekonomi terbesar negara gua tenang membeli rokok, walaupun harga sudah meningkat kepada rm12. dari stesyen minyak hinggalah ke kedai runcit telah gua jajahi semata-mata untuk mencari nyala kehidupan gua. gua dihujani dengan soalan sinonim oleh mereka yang masih tak paham tentang gaya kehidupan gua.

"Rul, rokok dah naik rm12 pun masih mahu beli ke?"

"saya beli rokok sebab saya nak bantu peniaga bumiputera macam abang ni, supaya boleh buka supermarket" 

jawab gua, sambil menyalakan rokok gua berlalu pergi dari kedai dengan satu kepuasan.


Saturday, September 28, 2013

Letih

aku kerja siang malam tanpa henti, 
sampai lupa nak cari bini,
aku dengar minyak nak naik lagi?
aku mati dalam penindasan negara sendiri.


Tuesday, September 17, 2013

Asal Usul Denmark

pada zaman dahulu seorang putera raja dan panglima yang berasal dari negeri sembilan telah mengembara ke eropah untuk meluaskan kuasa empayar negeri sembilan. sampai di satu kawasan yang lapang (sekarang di sebut copenhagen) mereka mahu meletakkan kayu penanda sebagai tanda kawasan ini telah menjadi hak milik empayar mereka.

maka putera raja bertitah,

"wahai panglima yang ku kasihi, sudikah tuan hamba meletakkan kayu penanda ni sebagai tanda beta menghargai tuan hamba yang sudi mengikut beta mengembara"

si panglima agak terkejut, ,

"biar bonar tuanku sughuh den mark kat tanah ni? tuanku tak mahu mark sendighi. ke?

************************

semenjak kejadian itu, tanah lapang itu dikenali sebagai Denmark sebelum zaman kejatuhan tanah melayu di melaka.

Friday, September 13, 2013

Merapu (Part 1)

sudah hampir 2 bulan gua tak update blog, gua bukan apa tuntutan kerja gua macam celaka. disaat itu juga gua telah diperkenalkan dengan aplikasi twitter. secara tak langsung penceritaan tentang kehidupan gua lebih banyak tertumpu disana.

ah celaka, sudah hampir hujung tahun ni ramai rakan sebaya sudah mula untuk melebarkan sayap keturunan keluarga mereka. hal hal dunia dari berperang sampai ke syiah hal ini menjadi satu benda yang "trendy" dalam kehidupan gua sejak kebelakangan ini.

kenaikan harga minyak juga adalah salah syiah. ah peduli apa gua! gua juga mahu "trendy" juga tapi gua boleh claim duit minyak. lu ada?

Friday, July 19, 2013

Curious Case of ........

semalam gua ke kedai buku terkemuka di pusat beli belah alamanda untuk membeli bahan bacaan yang dapat dihadam dengan mudah ketika menahan lapar di siang hari pada bulan ramadhan ini. kelihatan sana sini makwe berdiri di sudut majalah masakan. gua syak dorang nak belajar buat pavlova tak pun durian crepe sebagai hidangan raya nanti. 

kelihatan juga dua tiga orang lelaki sedang membaca majalah fitness sebagai persiapan untuk aksi malam jumaat mungkin? selesai memilih tiga naskah buku yang sesuai, gua terus ke kaunter untuk membuat bayaran.

*teeett teeett teeett*

"semuanya RM58.80 saja" 

gua mengeluarkan wang yang secukupnya bagi mengelakkan baki tak dipulangkan semula. kah kah kah macam buat bayaran naik bas intrakota pula. okey gua bagi wang ke juruwang tersebut.

"adik takde kad siswa ke? boleh dapat diskaun ni"

gua tersenyum sendirian.


************************************


sekarang gua tengah taip surat berhenti kerja kerana gua terasa terlalu muda untuk berkerja.



Tuesday, April 16, 2013

Artis Popular

semalam gua jumpa kawan lama gua waktu belajar di matrikulasi changlun. bila dah lama tak jumpa macam-macam cerita kami bincangkan. bila perbincangan jadi hambar dia cuba mengalih kepada topik pembelajaran. 

"hang belajaq UTM kan?" 

gua hanya menganggukan kepala saja.

"UTM ada artis tak?"

gua mula pandang semacam, artis jenis apa yang dia maksudkan ni? gua jawab

"UTM dok hasilkan jurutera berkualiti bukan hasilkan penyanyi atau pelakon macam ....."

kawan gua mula sengih....

"UNIMAP ada ainan tasneem popular tuuu"

time tu gua hanya berdoa agar najwa latif dapat melanjutkan pelajaranya ke UTM.



Saturday, February 16, 2013

Dejavu Di Kinabalu


dulu kemain minat gua tengok slot akasia dejavu di kinabalu tu, sekarang gua dah ada gambar background puncak gunung kinabalu yang cantik. rasa macam mimpi la pula.


Thursday, February 14, 2013

Kisah Penjual Dan Pembeli

semasa gua sedang khusyuk membeli belah di pasar filipina di kota kinabalu, gua telah didatangi seorang pemuda berusia dalam lingkungan 30an yang cuba untuk menjual telefon pintar.

"abang ni telefon samsung s3 yang baru ni bang. rm600 saya jual" tanya pemuda itu penuh sopan

gua termenung melihatkan telefon berkenaan, benarkah telefon berharga ribuan ringgit di jual pada harga rm600?

"oh takpe la bang saya dah ada telefon saya sendiri' jawab gua dengan tenang.

ketika gua baru hendak berjalan gua di halang oleh pemuda tersebut.

"bang telefon ni baru kalau kat pasaran luar harga ribu-ribu, saya jual cuma 600 ringgit je bang"

gua tersenyum.

"takpe la bang saya dah ada telefon lain, tak minat la dengan samsung ni."

"apalah abang ni telefon yang latest pun tak mahu ke? dah la saya jual murah. abang nak telefon apa? iphone5? saya ada juga." dengan nada keras, pemuda tu kelihatan tak puas hati dan cuba untuk yakinkan gua lagi.

gua keluarkan telefon kesayangan dari poket seluar gua,

"abang ni telefon saya, abang lihat ni."

lalu gua celupkan telefon kesayangan gua kedalam bekas air yang berhampiran dengan gua. pemuda tadi kelihatan terpinga-pinga.

"sekarang abang lihat betapa powernya telefon saya boleh masuk air dan masih lagi berfungsi"  jawab gua dengan angkuh sekali.

merah padam muka pemuda lalu cepat cepat dia minta diri untuk mencari mangsanya yang lain, sebelum beredar sempat juga dia bertanya.

"abang pakai telefon apa tu?"

dengan nada sinis gua menjawab

"telefon sony xperia go jeeeeeee"



Monday, January 14, 2013

Cerdik

ketika gua sedang menikmati makan malam di restoran mamak, sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka yang baru pulang dari sekolah duduk makan di meja bersebelahan gua. sambil menghirup keenakan aroma teh tarik gua terdengar perbualan mereka.

"adik, hari ni cikgu ajar apa?" tanya si ayah untuk mengetahui prestasi anak mereka di sekolah.

"hari ni cikgu ajar pasal melayu, india, cina dan blaa.. blaa.. blaa" jawab anak dengan panjang lebar.

dan si anak bertanya kepada ayahnya..

"ayah, orang india ada tanda didahikan? kenapa pakcik kat hujung tu pakai songkok tapi ada tanda di dahi?dia melayu atau india, ayah?"

kelihatan pak haji dan geng suraunya sedang melepak di sudut paling hujung restoran, sementara menunggu waktu untuk solat maghrib.

"kah kah kah kah kah kah"

gua gelak....tapi dalam hati la. budak sekarang makin cerdik dan pintar!



Thursday, January 10, 2013

Kata Pujangga

"setiap masalah haruslah di selesaikan dengan perbuatan, bukan dengan perkataan."

kah kah kah. inilah akibatnya melayan cerita setia hujung nyawa. aku hairan macam mana si El boleh mengandung? boleh sesiapa tolong bagitahu? 



Tuesday, January 1, 2013

2013



tahun baru,
kalendar dan tarikh tahunnya saja baru,
sikap dan pemikirannya masih di takuk lama.