Tuesday, June 29, 2010

Friday, June 25, 2010

Musim Durian.

gua teringat zaman kecil gua dahulu..dimana setiap musim cuti persekolahan gua pasti akan meminta bapa gua menghantar gua balik ke kampung untuk menikmati suasana kampung dan lari dari arus pemodenan di bandar..disana juga gua belajar erti kesusahan dan perit sebagai seorang petani,pengembala dan juga nelayan

cuma bila tiba musim buah gua pasti tidak akan pulang sebagai langkah berjaga-jaga..ini kerana untuk mengelakkan diri gua dari kejar di sekeliling rumah atau pun dusun semata-mata untuk menyumbatkan seulas durian kedalam mulut gua dan melihat gua memuntahkan larva yang panas dari dalam perut gua..walaupun famili gua memaksa gua untuk pulang tapi gua lebih selesa untuk mendiamkan diri..

jadi lagi beberapa minggu mungkin musim durian akan tiba,,jadi gua rasa bersyukur kerana gua sudah berada di kampus untuk memulakan pengajian di semester baru.

tak sabar rasanya nak pulang ke kampus.. =p

Friday, June 18, 2010

Sweet 18

syukur dengan limpah kurnia dari-Nya saya masih dapat menikmati pahit masin manis masam dalam kehidupan di alam ciptaan-Nya..

oke nak pergi solat jumaat..

Tuesday, June 15, 2010

Suatu Hari Ke World Cup

gua terjaga dari tidur setelah penat menonton perlawanan world cup semalam..gua nyalakan api yang menerangi kehidupan..gua ambil sebatang rokok dan cucuhkan pada api yang tersiap sedia menyala..gua tarik sedalam-dalamnya untuk mengambil semangat untuk pergi mandi dan bersiap-siap untuk pergi kerja..

mak gua tegur gua "rokok yang dicari dulu bukan nak cari sarapan ke,basuh muka dulu ke?"

gua tergamam..gua pandang rokok yang gua baru hisap tadi lama-lama..gua pikir sudah tiba masa untuk gua berhenti merokok untuk menjadi fit seperti pemain bola sepak mungkin gua boleh bawa skuad malaysia ke world cup?

gua pantas menghabiskan saki baki rokok yang ada..tak elok membazir itu semua amalan Syaitan!

Monday, June 7, 2010

Update..

semakin lama semakin kekurangan idea..penyudahnya gua tutup blog dan biarkan ia menjadi satu lagenda..

lagenda blog setan..boleh bukan?

Thursday, June 3, 2010

"Nak Pakai Macam Ni Kena Belajar Rajin"

selepas gua habis form 5,kerja gua hanya berpeleseran di tempat awam diwaktu petang..hanya disana gua dapat rasakan suasana yang tenang dan senang,,kalau hari-hari nak misteri nak jadi ape?

macam biasa la,kalau melepak tak hisap rokok memang la tak misteri bukan?jadi gua baru abis sekolah macam mana nak beli rokok?kerja pun malas..tapi biasanya gua akan mengepau abang berbaju kemeja yang smart di sekitar tempat awam kerana mereka memiliki aneka jenis rokok yang berjenama dan berkualiti jika di hisap dan sangat kene dengan citarasa jiwa muda gua(sekarang gua pun masih muda lagi)..

kalau nak mengepau kene la ayat manis-manis skit,macam biasa pujian pada ketrampilan mereka menjadi mangsa penipuan gua..gua mencari mangsa yang pertama,gua nampak brader ni pakai smart baju kotak dan cutting fit ala-ala ashton kutcher dalam filem "Spread" dan menghisap rokok Dunhill..memang kacip dengan citarasa gua pada masa itu..

"bang rokok sebatang boleh?saya beli..berapa?" dengan tenang gua bertanya..

"eh tak perlulah..amek jela rokok ni abang belanja.." brader itu menjawab.

orang dah bagi free takkan nak menolak?jadi gua puji dia sebagai tanda terima kasih gua terhadapnya..

"terima kasih bang..smart baju abang pakai ni.."

"terima kasih puji,kalau nak pakai smart macam ni kene belajar pandai-pandai..bukan hisap rokok je.." jawab brader itu dengan bersahaja..

gua hanya mampu tersenyum kelat kucing dan meneruskan hisap rokok sambil terbatuk-batuk..