Friday, March 9, 2018

9/3/2018

Setelah sekian lama tidak menulis blog aku cuba gagahkan diri untuk menulis, Walaupun otak sudah letih memikirkan hal kerja yang takkan habis sampai ke sudah. Hampir setahun lebih membiarkan blog aku berhabuk. Kalau ikut kata orang tua dibiarkan rumah tinggal lebih 40 hari mungkin sudah ada penunggu yang menumpang disitu. 

Nama blog pun coretan hati setan dah lama tak update segala jenis penunggu hantu jin setan pun ada gamaknya. 

Sunday, January 1, 2017

DUA KOSONG SATU TUJUH

Selamat tahun baru buat semua! Masalahnya sekarang ada orang baca blog aku lagi keee? Kah kah kah!

Azam tahun baru aku macam biasalah, nak kuruskan badan dan berhenti merokok. Kah kah kah!


Tuesday, December 20, 2016

British Standard

Penggunaan perancah atau bahasa urban dalam pembinaan iaitu scaffolding amatlah banyak dalam pembinaan struktur tinggi seperti bangunan dan jambatan contohnya. Pernahkah terdengar berita scaffolding runtuh dalam pembinaan di Jambatan Kedua Pulau Pinang? Ya aku bukan nak cerita pasal benda di atas tadi. cuma teringat waktu belajar dulu kawan memberitahu pensyarah aku tentang penggunaan buluh untuk pembinaan di taiwan.

"Dr. adakah selamat penggunaan buluh untuk pembinaan bangunan tinggi? dia rujuk BS (british standard)?"

"Ya mereka merujuk BS"

Bersahaja pensyarah aku menjawab soalan kawan aku tadi. kami satu kelas terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan.

"boleh Dr. bagi klausa dan spesifikasi yang mana satu ada menggunakan buluh dalam BS?"

'BS yang saya maksudkan bukanlah british standard, tapi lebih kepada bamboo(buluh) standard'



***************************************


semenjak itu aku hilang mood untuk menjadi jurutera, akhirnya aku jadi memilih untuk supervisor saja.


Wednesday, December 14, 2016

Pickup Line

Sejak kebelakangan ini pickup line sering menjadi bahan gurauan dan bahan untuk memikat si dia. Pagi ni kawan aku buat lawak hantar whatsapp

"apa beza habuk dengan aku"

Ya tuan tuan dan puan puan, dia boleh tanya aku soalan sebegitu rupa. Lalu dengan tenang aku membalas.

"tiada apa bezanya, dua dua buat kotor kat rumah je"

Semenjak itu persahabatan yang dibina atas dasar menyewa rumah terputus begitu sahaja.

Wednesday, August 3, 2016

Dua Kosong Satu Enam

gua cuba untuk kembali menulis seperti dulu, tapi gua tak pasti sampai bila gua akan update blog ni kembali. Pastinya gua dah update blog untuk tahun 2016. kah kah kah!

Monday, January 4, 2016

3:16

Pukul 3.16 pagi, 4 Januari 2016. Kalau aku tidur sekarang agak agak aku bangun pergi kerja pukul 8 pagi nanti tak?

Sekadar minta pendapat. Kah kah kah

Sunday, January 3, 2016

Tahun Baru 2015s

Setiap kali tahun baru, bermacam macam azam akan datang untuk ditunaikan tapi akhirnya ke laut. Sepertia biasa azam gua tahun ni nak kuruskan badan dan berhenti merokok. Kah kah kah!