gua bangun awal pada hari ini..gua nyalakan sebatang rokok sebagai cahaya yang akan menerangi kehidupan pada pagi ini..sambil merokok gua kemas meja pelajaran gua yang berselerak gara-gara corak pembelajaran yang agak agresif demi mengejar cita-cita untuk bergelar seorang jurutera yang terkenal..
selesai menghisap rokok,,gua mencapai tuala dan bergegas ke bilik air setaraf dengan tandas awam di sebuah pasar ikan dengan sampah bersepah-sepah,bulu-bulu merata lantai dan sinki..harap je belajar tinggi kesedaran tentang kebersihan langsung jahanam..selesai mandi gua mengenakan baju yang sesuai untuk tampil kacak dan bergaya umpama seorang model bertaraf 5 bintang yang mampu menawan hati-hati gadis,wanita,anak dara dan juga janda-janda muda disekitar jb..
gua sikat rambut bagi kelihatan kemas..gua lihat jam menunjukkan pukul 7.45 pagi dan gua lihat jadual kelas gua..gua rasa ada yang tak kene dengan diri gua..gua tengok telefon bimbit gua bagi memastikan hari pada hari ini adalah benar..gua diam dan terkelu seolah-olah tidak percaya dengan perubahan diri gua..
cilake ape gua bangun awal pada hari isnin??kelas start pukul 11 pagi..jadi gua ambil keputusan untuk tidur semula,dan akhirnya pada hari ini gua mengisytiharkan cuti umum untuk diri gua..