Thursday, July 29, 2010

Plot

Hari ini, adalah satu permulaan yang baik untuk saya berubah.

Esok, mungkin saya dah lupa yang saya dah berubah rupanya.

Lusa, saya terus hanyut dalam dunia kegilaan ciptaan saya ini.

Tulat, ..........

Wednesday, July 14, 2010

Semangat

1) walaupun gua masuk kelas lewat sehari daripada jadual waktu pembelajaran..semangat gua untuk belajar masih ada dan buat masa sekarang gua masih berjaya dalam proses bangun awal pagi untuk ke kelas..

2) banyak 'banner' digantung untuk kempen "Ke Arah Kampus Bebas Rokok"..ia sedikit sebanyak memberi kesan untuk gua sedar,tapi seperti biasa gua masih bersemangat untuk menghisap rokok didalam kampus..

3) lemah semangat gua bila bilik jauh dari fakulti..mungkin gua patut bangun lebih awal lagi?

4) semangat gua untuk berblogging dah takde..jumpa lagi 3 bulan lagi..bye!

Thursday, July 8, 2010

Tamat

selepas hampir 3 bulan gua bergelumang dunia kerjaya sebagai anak seni..kini sudah tiba gua memberi laluan kepada pelapis-pelapis baru yang sedang meningkat naik dan sekaligus memberi fokus kepada keluarga,bangsa dan negara..

mungkin tak fokus nak berblog kot lepas ni..biar aje la ia bersawang dan diruntuhkan macam penjara pudu.."takda ape yang perlu dibanggakan dengan blog ini"