Saturday, April 28, 2012

BERSIH Yang Abadi

gua bangun awal hari ini untuk mengetahui perkembangan BERSIH3.0. selesai saja gua membersihkan diri, gua terus meng'google' perkataan bersih di web pencarian yang terkemuka di dunia itu, lalu gua menjumpai gambar bersih yang paling abadi ini.


gua rasa bersih ini wajib dilaksanakan sekurang-kurang sebulan 2 kali, kerana ia tidak memerlukan permit dan pemimpin tertinggi politik untuk turun beraksi. lu orang hanya memerlukan sebatang penyapu, sebuah vakuum dan sebatang pengemop lantai.

hal ini kita tahu, bahawa kebersihan ini adalah sebahagian daripada iman.



Thursday, April 19, 2012

Haram

" STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut....TLG SEBARKAN KEPADA ORG MUSLIM YG LAIN. " via bbm

gua hairan juga macam mana minuman di starbucks haram sedangkan ia diperakui halal oleh JAKIM didalam website starbucks itu sendiri (link disini). jadi disini gua tertanya-tanya juga status "Halal" kedai jalanan tu. ada ke siapa-siapa yang sahkan?

oh orang melayu yang jual, oh dia beragama Islam. so halal la ye?


Wednesday, April 18, 2012

Pesanan

jika anda membeli tudung belit-belit yang harga sampai RM200, adakah ia akan membawa anda ke syurga? membazir itu amalan syaitan! 

terasa? haha padan muka!


Tuesday, April 17, 2012

Permulaan

blog ini dahulunya dimatikan kerana gua kehilangan idea dan punca dalam penulisan. maka blog ini dihidupkan semula seperti mana manusia yang telah mati, dihidupkan semula di padang mahsyar untuk dihitung segala amalannya tapi gua percaya setiap permulaan mesti akan ada pengakhirannya.

lu nampak tak? walaupun blog setan tapi masih ada unsur peringatan.