Sunday, July 22, 2012

Pengalaman Berbuka

melepak selepas terawih adalah kelaziman bagi anak-anak muda di kampung nelayan, bagi waktu inilah waktu sesuai untuk bertanya khabar dan bercerita tentang kisah-kisah di zaman sekolah yang lalu. sambil menghirup segelas kopi bersaiz besar, perceritaan bermula dari kisah hal peribadi masing-masing, hal-hal rumah tangga hinggalah ke pengalaman berbuka puasa.

puasa baru 2 hari dah macam-macam pengalaman anak-anak muda kampung nelayan ni dapat. seperti biasa berbuka puasa bersama keluarga adalah pengalaman paling berharga. mana taknya masakkan ibu sentiasa menjadi yang teristimewa setiap kali juadah disediakan. sambil rancak berbincang pasal tu datang seorang kawan lama yang entah dari mana terus masuk campur dalam perbualan kami.

"ahh aku relax je berbuka puasa dalam van jenazah semalam. bukan main power aku." berkata dengan bongkak dan angkuh sekali.

gua panas hati sikit dengan orang yang suka berlagak kalau melakukan kejahatan ni.

"engko ni apa nak jadi sameon? anak dah 2 masih lagi tak reti nak berpuasa? engko tahu tak berpuasa adalah Rukun Islam?...bla...blaa.." dengan panjang sekali gua memberikan ceramah.

Sameon tersengih hinggan menampakkan sedikit giginya yang sudah kuning, lalu membalas.

"broooo engko lupa ke aku ni pemandu van jenazah? semalam aku ada job kena hantar jenazah ke pahang. dia meninggal selepas asar. maka dah jadi tanggungjawab aku untuk menghantarnya."

pada malam itu, gua bersama pemuda-pemuda yang lain bersilih ganti menampor muka si sameon hingga bengkak kemudian sameon diarak satu kampung menaiki van jenazah yang pernah dipandunya malam semalam.


Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Nama saya Syaa'ban.. saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu sahur dan iftar.. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines.. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda.


Wednesday, July 18, 2012

2 Bulan Tanpa Sebab



lamakan gua tak update blog ini kan? sebab gua tengah praktis ini. Lulz