Saturday, August 8, 2009

I Messi = Gua Messi

bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa gua adalah pengganti messi..

lu orang jangan nak jeles-jeles lagi macam entri kat bawah ni!

huh!

Friday, August 7, 2009

Lenka

"hye shahrul azri..kenapa tak datang berjumpa saya hari tu?"

lenka hantar mesej kat gua..gua dah "translate" siap-siap dalam bahasa melayu..eh melayu ape?bahasa malaysia la!

lu orang jangan nak jeles-jeles plak..

Thursday, August 6, 2009

Usir

gua masuk kelas pukul 8.15 kemudian checkout pukul 8.40..

baik tak payah datang kelas macam ni..gelak sikit pun nak halau ke?gua bukan gelak time belajar,,gelak "time" die tengah cakap dalam telefon je pun..terpaksa gua batalkan niat untuk berpuasa nisfu syaban..

heh!

Wednesday, August 5, 2009

Topeng

seorang guru biologi sedang menerangkan hal-hal kerjaya doktor kepada murid-muridnya..kemudian die melontarkan 1 soalan bagi menguji kehebatan IQ murid dalam kelas itu(biasala budak bio dengar citer gempak abis "time" PMR)

"mengapa doktor memakai topeng ketika melakukan pembedahan?" ujar cikgu biologi tersebut..maka bermulalah sesi melakukan reaksi muka paling macho dan comel didalam kelas itu untuk menjawab soalan "basic" untuk menjadi seorang doktor..

dan seperti biasa mesti ada seorang pelajar yang berani akan bangun dan menerangkan segala persoalan yang bermain di setiap minda pelajar kelas berkenaan..maka dengan penuh semangat seorang pelajar menjawab.."doktor pakai topeng muka supaya orang tidak mengenalinya jika pembedahan itu gagal" ujar pelajar itu dengan penuh keyakinan..

maka sejak dari kisah itu gua mengumumkan untuk "quit" menjadi seorang doktor dan berpindah ke sekolah teknik untuk mengambil jurusan yang gua sedang belajar dikampus ini..

jadi kepada doktor ptpl dan doktor brawijaya,,pasti lu orang ada jawapan untuk dikongsi bersama dengan mereka-mereka yang masih prejudis terhadap doktor.. ;)

Monday, August 3, 2009

Cas Bateri

seorang guru sedang mengajar murid-muridnya satu subjek yang agak sukar..melihatkan reaksi murid-muridnya agak hambar lantas si guru cuba untuk menceriakan keadaan dari terus berasa hambar dan bosan..

lalu si guru mengemukakan soalan pada muridnya.."lihat la sekawanan burung(gua tak pasti burung ape yang pasti bukan burung gua) diluar tingkap itu..mengapa mereka hinggap diatas wayar letrik?"..murid-murid yang tadi bersikap hambar terus menunjukkan minat mereka yang ghairah terhadap cerita burung tersebut..bermacam-macam "style" wajah berpikir yang ditunjukkan untuk menjawab soalan tersebut..

dengan selamba seorang murid bangun dan menjawab persoalan guru terbabit,,"itu pun cikgu tak tahu ke?dorang tengah cas bateri dorang la..letih terbang sana sini.."maka dari saat itu lah hukuman rotan dilaksanakan serta merta kerana kegagalan murid melaksanakan segala persoalan yang telah diberikan..

Sunday, August 2, 2009

Tido

lu pernah tido dari pukul 6 pagi sampai pukul 7 petang?

fuh nikmat la brader!

1 minggu gua buat macam ni mahu kurus gua! ;)

Saturday, August 1, 2009

Rindu


hye comel tak saya?