aku dilahirkan di Itali,aku diperbuat daripada sedikit kaca dan besi kot..aku diberi nama
Ray Ban Driving Series. setelah aku dilahirkan aku telah di hantar ke malaysia untuk dijual kepada pelanggan yang meminati aku..
pada suatu hari aku telah dibeli oleh seorang pelajar dari UTM..kacak orangnya umur pun masih muda lagi lebih kurang dalam 18 tahun..aku berasa bangga bila diri aku digayakan oleh tuan untuk mengorat gadis yang seksi disekitar JB dan KL..aku banyak berkhidmatan kepada tuan aku kerana sikapnya yang suka meronda-ronda menggunakan kenderaan kesayangannya..ternyata tuan aku memang pandai dalam bab pemilihan cermin mata,setakat KL dan JB ulang alik memang aku sentiasa berada untuk menjaga matanya.
kini setelah setahun aku berkhidmat pada tuan aku..aku telah terjatuh sebentar tadi gara-gara pemanduan tuan aku yang sangat berhati-hati ketika hujan..aku berasa kesejukkan dijalan raya,aku harap tuan aku dapat menemui aku semula..aku sangat merinduinya dan aku tahu tuan aku akan menulis entri diblognya mengenai kehilangan diriku..
andainya,tuan aku tidak berjaya menemui aku..aku berharap dia mampu meneruskan kehidupannya tanpa aku..isk3 =(