Saturday, October 10, 2015

Ciri Ciri Kehidupan Pekerja Pembinaan

1) rumah urut
2) rumah urut
3) rumah urut


************************


178900) jual besi


Wednesday, January 21, 2015

Undang-Undang FIFA

rupanya aku baru tahu, kalau nak pakai tight (seluar ketat) atau baju ketat lengan (inner) kena sama warna dengan jersi. kawan aku tak boleh main kejohanan futsal sebab tight dia warna hitam jersi warna hijau. dia punya marah ke pengadil sampai membebel....

"inilah sikap manusia, undang undang Allah diketepikan tetapi undang undang FIFA diutamakan."

bila aku dengar, aku rasa nak menangis dan bersara dari arena futsal.


Tuesday, January 13, 2015

Fit Malaysia

Dalam meyahut cabaran dari kementerian belia dan sukan, aku telah merajinkan diri aku untuk melakukan aktiviti sihat seperti berjogging dan senaman ringan. 

Pada masa yang sama setelah selesai berjogging, aku memerlukan nikotin untuk menjana semula tenaga yang hilang. 

Aku harap dengan 2 perbuatan tadi aku dapat menyempurnakan keseimbangan dalam kehidupan seorang manusia. 

p/s: misi 2015 adalah mencapai berat badan ideal! 

Sunday, January 11, 2015

2015

Sekarang ni masih ada orang main blog lagi ke?

p/s: cuba jadi se'funny' dulu


Monday, August 18, 2014

Update Kilat

Pada tahun 2014 ni, blogspot bukan lagi tempat popular untuk menyampaikan sesuatu info kepada masyarakat. Kewujudan media sosial lain seperti twitter dan facebook telah membuatkan para blogger secara perlahan lahan melupakan blog mereka. Kewujudan aplikasi internet yang digilai ramai seperti whatsapp, wechat, bee talk dan lain lagi, menyebabkan info di blogger di muat naik (copy & paste) dan dikongsi kepada rakan yang lain tanpa memberikan kredit pada penulis.

Sebenarnya bagi gua perkara tersebut tak memberikan masalah pada gua, ia umpama kita memberi sedekah. Jika dahulu blogspot ini menjadi tempat mata pencarian sampingan buat blogger yang menggunakan iklan untuk menjana duit sekarang ia tidak lagi, ianya lebih kepada mecari kemahsyuran. Lu orang mesti tertanya kenapa gua kata begitu? Lu orang pernah kena paksa 'like' facebook pemilik blog tu tak untuk meneruskan membaca artikel?

Celaka kan??


Sunday, May 4, 2014

Teka Teki

'Abang jeri, Banyak banyak bir, bir apa yang halal di minum?' Tanya adik sepupu gua yang darjah 4. 

Sambil menghisap rokok gua tenang menjawab. 

'Root beer la'

********

Sekarang gua kat A&W sebab dia kabor nak merasa, Fak! Gua terkena dengan budak darjah 4. 


Saturday, April 12, 2014

Sepantas Kilat

Lautan hindi cukup bergelora, apa tah lagi gelora cinta yang kita sedang hadapi ini?