Tuesday, May 31, 2011

#9 Awal Pagi

sekarang genaplah 2 minggu gua berada dirumah selepas sesi semester berakhir, dan buat kali pertamanya gua terbangun awal pagi pada hari ini, okey gua tipu.. gua tak boleh tidur sebenarnya insomnia datang pada tahap yang teruk.. target gua untuk berkerja tapi, tapi, okey yang sebenarnya gua terlalu muda untuk bekerja dan belum bersedia dari segi fizikal dan mental..

tengoklah kot-kot esok lusa dapat hidayah yang membawa gua ke alam pekerjaan..

Saturday, May 28, 2011

#8 Kisah Yang Sebenarnya..

gua start berblogging pada pertengahan bulan september atas nasihat seorang teman rapat gua, dia banyak membaca entri pendek gua di laman web sosial yang semakin dilupai oleh orang ramai yang iaitu myspace..lalu dia memberikan cadangan untuk memula penulisan dengan sebuah blogspot, ternyata ianya memberikan satu keseronokan pada gua untuk terus menulis.

okey, gua berterus terang lah..sebenarnya gua start menulis lepas gua putus cinta..ternyata penulisan blog banyak membantu gua untuk pulih dari panah asmara yang cukup jahanam dan pada zaman itu gua menjadi sangat seronok menulis kerana idea datang mencurah-curah. malam semalam gua melihat entri gua yang lama-lama. gua terkejut macam mana gua boleh menulis sampai macam tu sekali. selepas diselidik dan dikaji gua percaya kerana putus cinta mengajar gua untuk menaipkan sebuah coretah hati menggunakkan papan kekunci.

semenjak dua menjak ni, mood gua untuk menulis datang cuma idea untuk menulis sudah tidak sebanyak dan tidak sekreatif dulu.. bila taip sikit gua padam balik, adjas ayat itu ini dan akhirnya save draft kemudian delete apa yang gua tulis..selepas dikaji selama beberapa hari, akhirnya gua jumpa penyelesaian yang terbaik..mungkin gua memerlukan cinta baru untuk diputus agar penulisan diblog ini tidak mati lagi..

cukup kreatif juga idea penulisan gua pagi ni walaupun tanpa semangat putus cinta..heh!

Monday, May 9, 2011

#6 Bertungkus Lumus

sebenarnya gua tengah busy edit testis gua. eh silap! maksud gua thesis la.. okey, sambung esok pula. bai!

Saturday, May 7, 2011

Mimpi

sebenarnya hari ini adalah hari terakhir gua menjawab kertas peperiksaan di tahun 4..gua tidur pukul 4 pagi lalu terjaga pukul 8.30 pagi..pelik!

okey, sebenarnya gua mimpi jawab soalan peperiksaan akaun.

bangang apa syaitan yang masuk dalam mimpi gua ni? tak pasal-pasal gua dah mengantuk, sedangkan pukul 2.30 petang gua akan menjawab kertas peperiksaan terakhir.

Tuesday, April 12, 2011

#5 Cerita Maksum

"siapa tahu maksud maksum?" tanya ustazah zaleha kepada anak muridnya.

ain dengan pantas mengangkat tangannya, yelah dia anak tok imam di kampung cerucuk takkan hal sekecil ini dia tidak boleh menyelesaikannya, dengan status anak tok imam yang dipegangnya selama 3 tahun kebelakangan ini.

" okey ain, sila jawab " ringkas saja ucapan ustazah.

dengan selamba badaknya ain menjawab, "maksum ialah terpelihara daripada melakukan dosa dan pahala." ..

satu kelas ketawa terbahak-bahak tanda tidak bersetuju dengan jawapan ain..

bangang bangang bangang anak tok imam sorang ni..

Thursday, March 31, 2011

apdet


gua dah update blog, jangan kata gua tak update..oke bai!