Sekadar minta pendapat. Kah kah kah
Monday, January 4, 2016
Sunday, January 3, 2016
Tahun Baru 2015s
Setiap kali tahun baru, bermacam macam azam akan datang untuk ditunaikan tapi akhirnya ke laut. Sepertia biasa azam gua tahun ni nak kuruskan badan dan berhenti merokok. Kah kah kah!
Saturday, October 10, 2015
Ciri Ciri Kehidupan Pekerja Pembinaan
1) rumah urut
2) rumah urut
3) rumah urut
************************
178900) jual besi
Wednesday, January 21, 2015
Undang-Undang FIFA
rupanya aku baru tahu, kalau nak pakai tight (seluar ketat) atau baju ketat lengan (inner) kena sama warna dengan jersi. kawan aku tak boleh main kejohanan futsal sebab tight dia warna hitam jersi warna hijau. dia punya marah ke pengadil sampai membebel....
"inilah sikap manusia, undang undang Allah diketepikan tetapi undang undang FIFA diutamakan."
bila aku dengar, aku rasa nak menangis dan bersara dari arena futsal.
Tuesday, January 13, 2015
Fit Malaysia
Dalam meyahut cabaran dari kementerian belia dan sukan, aku telah merajinkan diri aku untuk melakukan aktiviti sihat seperti berjogging dan senaman ringan.
Pada masa yang sama setelah selesai berjogging, aku memerlukan nikotin untuk menjana semula tenaga yang hilang.
Aku harap dengan 2 perbuatan tadi aku dapat menyempurnakan keseimbangan dalam kehidupan seorang manusia.
p/s: misi 2015 adalah mencapai berat badan ideal!
Sunday, January 11, 2015
Monday, August 18, 2014
Update Kilat
Pada tahun 2014 ni, blogspot bukan lagi tempat popular untuk menyampaikan sesuatu info kepada masyarakat. Kewujudan media sosial lain seperti twitter dan facebook telah membuatkan para blogger secara perlahan lahan melupakan blog mereka. Kewujudan aplikasi internet yang digilai ramai seperti whatsapp, wechat, bee talk dan lain lagi, menyebabkan info di blogger di muat naik (copy & paste) dan dikongsi kepada rakan yang lain tanpa memberikan kredit pada penulis.
Sebenarnya bagi gua perkara tersebut tak memberikan masalah pada gua, ia umpama kita memberi sedekah. Jika dahulu blogspot ini menjadi tempat mata pencarian sampingan buat blogger yang menggunakan iklan untuk menjana duit sekarang ia tidak lagi, ianya lebih kepada mecari kemahsyuran. Lu orang mesti tertanya kenapa gua kata begitu? Lu orang pernah kena paksa 'like' facebook pemilik blog tu tak untuk meneruskan membaca artikel?
Celaka kan??
Subscribe to:
Posts (Atom)

