dengan ini gua meringkaskan segala entri yang gua taip tadi menjadi ENTOT iaitu ENtri keTOT.
p/s: tarif letrik naik tapi bekalan serupa macam iblis!
mengisah 6 orang sahabat iaitu usop, singh, abu, ah kim, vellu dan dol yang gemar bersuka ria di waktu lapang. hobi mereka adalah suka mandi sungai..kalau kita lihat sebenarnya watak 1Malaysia dah lama wujud dalam siri animasi cuma baru sekarang ia dihebah-hebahkan.
mengisahkan borhan dan samad, orang gila yang menjadi penghuni setia di dalam hospital bahagia tampoi pada sebelah siang. pada waktu malam mereka adalah adiwira yang menyelamatkan dunia dari terus dikuasai oleh anasir jahat tetapi kerja mulia mereka selalu saja dipertikaikan oleh inspektor shahab..
kisah tentang jaguh badminton negara pada waktu kecil, kegarangan haji sidek yang sentiasa menjadi igauan ngeri buat bun,alan dan aman dalam mendisplinkan mereka.. si ajib yang sentiasa menjadi kesayangan haji sidek dan si rashid si kecil yang selalu bergaduh dengan aman kerana berebutkan botol susu.“ kau ingat orang macam kau ini, layak ke masuk ke syurga? kehidupan lampau kau penuh dengan perkara-pekara keji dan dosa-dosa semalam yang belum lagi diampunkan oleh tuhan.” -unknown-
hey! kau orang yang bakal-bakal penghuni syurga (kononnya) kau siapa hendak menentukan syurga atau neraka untuk aku? macam mana kau boleh tahu yang tuhan belum mengampuni aku lagi? adakah kau telah diberikan keistimewaan oleh tuhan untuk meneliti seseorang individu?
balik rumah pergi ke cermin dan lihat apa yang lain antara kau dan aku? kita sama saja brader, manusia biasa yang akan dicampakkan oleh tuhan kemana-mana mengikut amal dan ibadat kita.
" Saya dan Safwan Firdaus "gua malas nak explain panjang-panjang dalam hal ini..kalau lu orang betul-betul nak belajar meniaga dari gua, lu orang datanglah ke gerai gua di tapak Pesta Konvo UTM di padang kawad pada hari RABU dan KHAMIS sahaja..
lu orang jangan risau gua tak ajar lu orang sistem MLM mahupun sistem piramid freemason..setakat menjana rm100 dari facebook dan klik iklan nuffnag dalam blog sebelah keting je gua pandang, takde fight langsung!
owh ya, mana-mana kutu blog yang pernah nampak gua kat P19, Masjid Sultan Ibrahim, Perpustakaan Sultanah Zanariah tapi haram tak pernah nak tegur, inilah peluang lu orang untuk beramah mesra dan mengambil gambar bersama dengan gua untuk kenang-kenangan..bukan selalu gua nak jadi mesra sebegini rupa.. =P
oke, gua malas nak sembang banyak..jumpa nanti!