Showing posts with label Belia Benci Facebook. Show all posts
Showing posts with label Belia Benci Facebook. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

#26 Tips Makwe Yang Steady

"wanita itu tercipta untuk lelaki kerana mereka saling melengkapi" -mat romeo kelas gua-



"wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri si lelaki..
dekat ke hati untuk dicintai dekat ke lengan untuk dilindungi" -ustaz sekolah-







kalau nak di ikutkan banyak lagi kata-kata pujangga cinta yang boleh gua tulis lagi pada entri ini, tapi pada hari ini gua ingin memberikan sedikit tips-tips yang berguna buat makwe-makwe yang masih single lagi diluar sana untuk mencuri sekeping hati yang bernama lelaki untuk di jadikan suami.





1.
makwe yang steady adalah makwe yang mengemas rumah di pagi hari. bukan bertweet sepanjang hari.



2. makwe yang steady adalah makwe yang sedang mengaji sampai pagi.



3. makwe yang steady adalah makwe yang masak makanan berbuka untuk famili.



4. makwe yang tak steady adalah makwe yang tidur sampai ke tengah hari.



5. makwe yang steady adalah makwe yang dah bersiap sedia untuk menjadi isteri.



6. makwe yang steady adalah makwe yang buat kuih raya sendiri.



7. makwe yang steady adalah makwe yang sentiasa di sisi.



8. makwe yang steady adalah makwe yang bangun awal pagi bukan yang tak tidur sampai ke pagi.



9. makwe yang steady adalah makwe yang gosok gigi di awal pagi.







p/s: makwe-makwe diluar sana? adakah anda melengkapi kesemua kriteria yang steady untuk memiliki sekeping hati ini? hik hik hik.

Wednesday, June 8, 2011

#12 Hadiah Hari Lahir

*sila klik untuk lebih jelas*

sebenarnya hari lahir gua lama lagi tapi dah ada orang bagi gua hadiah..jadi takkan gua nak tolak pula? bak kata orang tua-tua " orang memberi kita memberi kita merasa "..terima kasih nuffnang untuk hadiah ini, akan gua gunakan untuk menonton filem 'transformers 3 in 3D!'..

cuma masalahnya sekarang office nuffnang ni kat mana? siapa boleh tolong gua untuk tunjukkan jalan ke office ni? nanti akan gua hadiahkan mereka sekeping tiket wayang tak pun tengok wayang dengan gua pun orait juga.. :)

oh yeah, golongan wanita lebih diutamakan berbanding lelaki...kikikiki

Saturday, May 28, 2011

#8 Kisah Yang Sebenarnya..

gua start berblogging pada pertengahan bulan september atas nasihat seorang teman rapat gua, dia banyak membaca entri pendek gua di laman web sosial yang semakin dilupai oleh orang ramai yang iaitu myspace..lalu dia memberikan cadangan untuk memula penulisan dengan sebuah blogspot, ternyata ianya memberikan satu keseronokan pada gua untuk terus menulis.

okey, gua berterus terang lah..sebenarnya gua start menulis lepas gua putus cinta..ternyata penulisan blog banyak membantu gua untuk pulih dari panah asmara yang cukup jahanam dan pada zaman itu gua menjadi sangat seronok menulis kerana idea datang mencurah-curah. malam semalam gua melihat entri gua yang lama-lama. gua terkejut macam mana gua boleh menulis sampai macam tu sekali. selepas diselidik dan dikaji gua percaya kerana putus cinta mengajar gua untuk menaipkan sebuah coretah hati menggunakkan papan kekunci.

semenjak dua menjak ni, mood gua untuk menulis datang cuma idea untuk menulis sudah tidak sebanyak dan tidak sekreatif dulu.. bila taip sikit gua padam balik, adjas ayat itu ini dan akhirnya save draft kemudian delete apa yang gua tulis..selepas dikaji selama beberapa hari, akhirnya gua jumpa penyelesaian yang terbaik..mungkin gua memerlukan cinta baru untuk diputus agar penulisan diblog ini tidak mati lagi..

cukup kreatif juga idea penulisan gua pagi ni walaupun tanpa semangat putus cinta..heh!

Friday, February 18, 2011

Untitled


dah 2-3 jam gua biarkan ia tanpa huruf dan perkataan..gua perlukan seorang penulis yang berkaliber untuk terus menulis di coretanhatisetanaku untuk tatapan generasi masa depan..

sila email kepada shahrul.azri21@gmail.com untuk sebarang pengambilalihan kuasa.

Sunday, December 12, 2010

Kenduri Kahwin

sempena dengan cuti sekolah ni, gua lihat ramai ibu bapa lebih gemar melangsungkan perkahwinan anak bujang atau anak dara mereka dari pergi berjalan-jalan makan angin diluar negara mahupun dalam negara..sekaligus ia meningkatkan kadar pertumbuhan kelahiran baru pada tahun depan yang dijangkakan naik sebanyak 5% dari tahun-tahun yang sebelumnya..

dengan adanya majlis kenduri kahwin setiap munggu, ia sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan di hujung minggu bagi penduduk yang duduk berhampiran dengan rumah kenduri..disamping itu ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga kedua-dua pengatin.malah ia memupuk semangat kerjasama antara tuan rumah pengatin dengan penduduk sekitar.

saya harap minggu depan ada lagi..boleh makan pree lagi..hek hek hek :p

Friday, November 12, 2010

Blogbuster

saya dan geng-geng blogger yang lain sedang mencipta satu fenomena baru di alam dunia maya ini..jika Dr Rozmey terkenal dengan fenomena baru di industri perfileman tanah air, kami juga sedang mencipta satu fenomena di dalam dunia berblogging ni..

kami telah berbincang sesama sendiri dan menetapkan untuk mencapai 40 juta orang pembaca hingga hujung tahun ni.secara tak langsung ia akan meningkatkan duit nuffnag blog kami..insyaAllah dengan duit itu kami dapat mencipta produk kecantikkan baru untuk mengalahkan produk jusmate5,nouvelle visage,kopi jantan,avon dan ape-ape yang kami boleh bersaing..

akhir kata dari saya " kami ni memang jenis suka bersaing dengan Dr. Rozmey "

Friday, October 22, 2010

Sembang Pagi

hello!

gua rasa mood gua nak berblogging datang semula, walaupun tak sekuat macam dulu gua cuba untuk buat-buat kuat untuk berblogging semula.bukan apa, gua rasa gua dah semakin dengan blog gua ni..kalau blog gua ni diberi nyawa mungkin dia sudah melempang atau memaki gua gara-gara gua mengabaikan kewujudannya sedangkan gua yang menciptanya untuk menjadi tatapan semua orang..

tapi nak buat macam mana, terlalu banyak laman sosial yang muncul dalam kehidupan gua dengan facebook,formspring,dan redtube (kah kah kah)..laman sosial facebook banyak yang membuat gua mengabaikan blog, nak buat macam mana dah jadi penagih tegar.penyudahnya gua deactivate facebook yang menjadi kegilaan remaja sekarang..biarlah orang kata tak up to date dan kuno, dari gua update benda yang bukan-bukan,hentam orang sana-sini,cerita hal peribadi orang dalam alam maya (Fuck You!) yang boleh menyebabkan seseorang individu malu,menyampah dan marah..oke sampai disini untuk coretan hari ni

esok gua sambung lagi..bye-bye!