Showing posts with label Moral Down. Show all posts
Showing posts with label Moral Down. Show all posts

Monday, August 15, 2011

#22 Kisah Ramadhan

kalau ramadhan menjelma macam-macam idea boleh timbul, idea buat meriam la, idea majlis berbuka puasa ramai-ramai, idea nak berniaga bazar dan tidak lupa juga idea yang jahanam dan tak patut dilakukan seperti tidak berpuasa. cuma idea yang last sekali tu tidak pernah sekali di cuba, cuma kalau idea berbuka puasa beramai-ramai ada la jadi sekali sekala tapi kebanyakkan tak dapat datang atas alasan busy berkerja.



"gua rasa elok kita buat majlis bersahur ramai-ramai time puasa ni" ujar mamat yang mengeluarkan idea tak logiknya.



" ah gila apa? sahur ramai ramai? kalau berbuka ye orang pernah buat." balas gua



"ah bukan apa bila majlis berbuka ramai yang tak dapat join sekali atas sebab kerja" sambung si mamat lagi.



si meon menyampuk "eh orait la tu, lepas sahur semua boleh solat jemaah sama-sama dan terus ke opis buat kerja."



gua terpana sebentar dengan idea mereka.kalau nak ikut idea memang tak logik kalau di ikutkan kata-kata memang logik sekali. cuma sayangnya majlis itu sampai dah berapa kali raya masih tak gerak-gerak lagi idea mereka.







Tuesday, June 28, 2011

#16 Update 2.0

yang sebenarnya gua dah taip panjang-panjang dekat word untuk dijadikan entri blog, tetiba secara iblisnya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba tanpa dapat gua duga dan 'save' penulisan itu..bila gua buka laptop dan word tiada lagi entri-entri yang sempat di kaver lagi.

dengan ini gua meringkaskan segala entri yang gua taip tadi menjadi ENTOT iaitu ENtri keTOT.

p/s: tarif letrik naik tapi bekalan serupa macam iblis!

Tuesday, May 31, 2011

#9 Awal Pagi

sekarang genaplah 2 minggu gua berada dirumah selepas sesi semester berakhir, dan buat kali pertamanya gua terbangun awal pagi pada hari ini, okey gua tipu.. gua tak boleh tidur sebenarnya insomnia datang pada tahap yang teruk.. target gua untuk berkerja tapi, tapi, okey yang sebenarnya gua terlalu muda untuk bekerja dan belum bersedia dari segi fizikal dan mental..

tengoklah kot-kot esok lusa dapat hidayah yang membawa gua ke alam pekerjaan..

Thursday, March 31, 2011

apdet


gua dah update blog, jangan kata gua tak update..oke bai!

Friday, January 7, 2011

1.1.2020

di satu pagi tahun baru gua dikejutkan bunyi bising dari luar bilik, gua syak ini angkara anak-anak gua sudah bangun dan sedang bergaduh sesama sendiri untuk berebut rancangan tv kegemaran masing-masing..pantas gua bangun untuk meredakan keadaan, gua tak mahu kes 2010 berulang kembali dimana si kakak terbunuh adik sendiri gara-gara berebut 'remote' tv..

" apa ni pagi-pagi dah bising ni? papa nak tidur pun tak boleh.. umi kamu mana? " tanya gua pada anak-anak gua..

" adik ni pa, sibuk je kacau abang nak tengok tv..umi ada kat dapur tu..tengah masak brekfes kot" jawab si abang dengan perasaan takut..

"pergi mandi lekas, dalam pukul 11 karang kita nak pergi main ice skating kat sunway piramid.." jelas gua pada anak-anak gua

"orait pa, nanti nak beli boot bola! nanti boleh la kami jadi wakil malaysia.." jawab mereka serentak..

nama pun dah kembar memang nak bersama je setiap masa..kelab Fc Barcelona menjadi kelab bola sepak pujaan dihati, time tu EPL dah bangkrap kerana korupsi oleh jawatan kuasa tertinggi mereka..cita-cita mereka nak jadi pemain bola profesional bila dah besar, minat itu datang lepas gua bawa famili gua bercuti menonton perlawanan akhir piala dunia 2018 di Russia dimana Malaysia jadi naib johan selepas tewas kepada Spain..

"good mooorrrnnningg! darling" suara manja isteri gua memanggil didapur sambil membawa segelas kopi dan surat khabar News Straits Times..masa tu Utusan Melayu dah takde kerana berita yang disampai semuanya tipu belaka tak pasal-pasal pembaca dapat dosa berantai.

"morning darling, ada apa yang menarik tentang tahun baru?" tanya gua sebagai pembuka bicara..

"oh ya, tadi si paan telefon, dia minta darling tolong hantarkan dia ke hospital bahau untuk buat medical check-up"

"ceh! i dah suruh dia berhenti hisap dadah, tengok sekarang apa dah jadi? terpaksa ulang-alik ke hospital untuk ambil ubat tahan ketagihan.." ujar gua sambil menghirup kopi di luar balkoni yang menghadap bangunan klcc..

"kesian dengan dia, dah la hidup membujang sampai sekarang.. u takde kawan-kawan perempuan yang single lagi ke?" seperti memberi cadangan untuk kawan baik gua tu.."bukan i takde calon, tapi paan tu terlalu memilih sangat..nak yang busty-busty kalau boleh ada gaya milf, macam time dia kerja insurans kat JPJ dulu.." ujar gua tanda tak bersetuju dengan cadangan bini gua tu.

gua memandang lesu ke arah klcc, ia memutarkan kembali pada gua pada video klip gadis yang memilih klcc daripada kekasihnya..ternyata klcc cukup agung daripada kekasih sendiri, malah gunung kembar milik mendiang Julia Perez belum cukup kuat untuk menumbangkan kekukuhan klcc..

kalau Taj Mahal menjadi satu lambang cinta murni Shah Jahan pada isterinya, maka gua jadikan klcc di depan balkoni rumah gua ni sebagai bukti dan cinta gua kepada isteri gua..dimana perasaan cinta gua kepadanya sentiasa kukuh sebagaimana kukuhnya klcc..

Friday, December 24, 2010

Kemajuan Kampung

kalau dulu balik kampung, gua banyak melepak di gerai cendol dan laksa di pekan kuale kangsar..siapa tak kenal bandar diraja yang popular dengan kesedapan dan keenakkan laksa dan cendolnya..siapa yang tak pernah ke sana lu orang patut mencubanya sebagai satu destinasi percutian yang menarik..

kalau lu orang nak datang kesini lu orang boleh konteks gua untuk penginapan percuma di kampung gua+masakan kampung yang sangat 'awesome' itu kalau gua dikampung la..sekarang gua bukan nak cerita pasal cuti-cuti malaysia, kalau dahulu gua banyak menghabiskan masa di cybercafe semata-mata untuk check email,facebook dan juga berblogging..

sekarang gua dah tak perlu kesana kerana di kampung gua dah dimasukan line streamyx, tapi masalahnya sekarang sekali balik anak cucu line jadi lembab semuanya sibuk ber'facebook' dan ber'myspace'..

Thursday, December 9, 2010

Erti Malam Jumaat

1. biasanya bacaan Yassin akan dilakukan setelah selesai solat maghrib

2. untuk yang berkahwin, malam yang sesuai untuk 'make love'

3. membunuh cicak sekitar kawasan rumah

4. bermain futsal selepas solat Isya.

Friday, October 22, 2010

Sembang Pagi

hello!

gua rasa mood gua nak berblogging datang semula, walaupun tak sekuat macam dulu gua cuba untuk buat-buat kuat untuk berblogging semula.bukan apa, gua rasa gua dah semakin dengan blog gua ni..kalau blog gua ni diberi nyawa mungkin dia sudah melempang atau memaki gua gara-gara gua mengabaikan kewujudannya sedangkan gua yang menciptanya untuk menjadi tatapan semua orang..

tapi nak buat macam mana, terlalu banyak laman sosial yang muncul dalam kehidupan gua dengan facebook,formspring,dan redtube (kah kah kah)..laman sosial facebook banyak yang membuat gua mengabaikan blog, nak buat macam mana dah jadi penagih tegar.penyudahnya gua deactivate facebook yang menjadi kegilaan remaja sekarang..biarlah orang kata tak up to date dan kuno, dari gua update benda yang bukan-bukan,hentam orang sana-sini,cerita hal peribadi orang dalam alam maya (Fuck You!) yang boleh menyebabkan seseorang individu malu,menyampah dan marah..oke sampai disini untuk coretan hari ni

esok gua sambung lagi..bye-bye!

Friday, October 15, 2010

Mengejar Pelangi

kejarlah pelangi tu sampai dapat..datanglah padaku dan tunjukkan pelangi itu, jika kau kata diri kau sangat hebat..

Tuesday, August 3, 2010

Kahwin

" habiskan belajar dahulu dan kerja..mak nak rasa duit dari titik peluh kau,kemudian baru boleh kahwin " kata mak gua, masih terngiang-ngiang lagi ayat itu dalam kepala gua..

sekarang gua sudah 23 tahun..paling kurang untuk mencapai kearah itu memerlukan masa 5-6 tahun..mungkin!

sambil pandang kebawah dan gua bermonolog sendirian " aku harap kau boleh tahan sabar ya.."

Thursday, July 29, 2010

Plot

Hari ini, adalah satu permulaan yang baik untuk saya berubah.

Esok, mungkin saya dah lupa yang saya dah berubah rupanya.

Lusa, saya terus hanyut dalam dunia kegilaan ciptaan saya ini.

Tulat, ..........

Monday, June 7, 2010

Update..

semakin lama semakin kekurangan idea..penyudahnya gua tutup blog dan biarkan ia menjadi satu lagenda..

lagenda blog setan..boleh bukan?

Sunday, April 4, 2010

Teman Sejati

Dikala Bosan Kaulah Temanku,
Ketika Membuang Air Besar, Kau Juga Penemanku,
Dan Ketika Aku Berseorangan Kaulah Yang Menemaniku,
Kau Umpama Cahaya Yang Menerangi Kehidupanku,

Tanpa Mu Kehidupanku Suram,Gelap Dan Hilang,
Umpama Merangkak Di Dalam Kepekatan Malam,
Ya Aku Perlukan Mu Sekarang Sayang,
Tapi Aku Perlu Menunggu Malam Hilang,
Barulah Ketika Itu Kita Akan Bersama Semula..

Nukilan Khas Untukmu..King Of Cigarettes!

Wednesday, March 24, 2010

Rindu

YeayDulu

Jambu

sekarang

Nak masuk kelab malam pun susah sekarang ni..sampai kena tunjuk IC..

huh!

Wednesday, February 17, 2010

Ungkapan

semakin lama semakin malas untuk menulis kata-kata puitis..penyudahnya gua 'delete' jugak blog ni..

semoga ia bersemadi didalam jiwa-jiwa mereka yang pernah membaca blog ini..

mudahkan?

Friday, February 12, 2010

KLMJ

aku dilahirkan di Itali,aku diperbuat daripada sedikit kaca dan besi kot..aku diberi nama Ray Ban Driving Series. setelah aku dilahirkan aku telah di hantar ke malaysia untuk dijual kepada pelanggan yang meminati aku..

pada suatu hari aku telah dibeli oleh seorang pelajar dari UTM..kacak orangnya umur pun masih muda lagi lebih kurang dalam 18 tahun..aku berasa bangga bila diri aku digayakan oleh tuan untuk mengorat gadis yang seksi disekitar JB dan KL..aku banyak berkhidmatan kepada tuan aku kerana sikapnya yang suka meronda-ronda menggunakan kenderaan kesayangannya..ternyata tuan aku memang pandai dalam bab pemilihan cermin mata,setakat KL dan JB ulang alik memang aku sentiasa berada untuk menjaga matanya.

kini setelah setahun aku berkhidmat pada tuan aku..aku telah terjatuh sebentar tadi gara-gara pemanduan tuan aku yang sangat berhati-hati ketika hujan..aku berasa kesejukkan dijalan raya,aku harap tuan aku dapat menemui aku semula..aku sangat merinduinya dan aku tahu tuan aku akan menulis entri diblognya mengenai kehilangan diriku..

andainya,tuan aku tidak berjaya menemui aku..aku berharap dia mampu meneruskan kehidupannya tanpa aku..isk3 =(

Tuesday, February 9, 2010

Perubahan Tak Disangka-sangka

gua bangun awal pada hari ini..gua nyalakan sebatang rokok sebagai cahaya yang akan menerangi kehidupan pada pagi ini..sambil merokok gua kemas meja pelajaran gua yang berselerak gara-gara corak pembelajaran yang agak agresif demi mengejar cita-cita untuk bergelar seorang jurutera yang terkenal..

selesai menghisap rokok,,gua mencapai tuala dan bergegas ke bilik air setaraf dengan tandas awam di sebuah pasar ikan dengan sampah bersepah-sepah,bulu-bulu merata lantai dan sinki..harap je belajar tinggi kesedaran tentang kebersihan langsung jahanam..selesai mandi gua mengenakan baju yang sesuai untuk tampil kacak dan bergaya umpama seorang model bertaraf 5 bintang yang mampu menawan hati-hati gadis,wanita,anak dara dan juga janda-janda muda disekitar jb..

gua sikat rambut bagi kelihatan kemas..gua lihat jam menunjukkan pukul 7.45 pagi dan gua lihat jadual kelas gua..gua rasa ada yang tak kene dengan diri gua..gua tengok telefon bimbit gua bagi memastikan hari pada hari ini adalah benar..gua diam dan terkelu seolah-olah tidak percaya dengan perubahan diri gua..

cilake ape gua bangun awal pada hari isnin??kelas start pukul 11 pagi..jadi gua ambil keputusan untuk tidur semula,dan akhirnya pada hari ini gua mengisytiharkan cuti umum untuk diri gua..

Sunday, February 7, 2010

Hey


hati-hati sebelum kene tembak...pesanan dari gua.

Monday, January 18, 2010

Curang Lagi


"Pose Untuk Abang Shahrul Tanaka.."

kih3 =P

Thursday, December 24, 2009

Kemajuan Kampung Desa Bakti

lama jugak gua tak balik kampung..'last' gua balik kampung rasanya dalam raya puasa lepas..itu pun gua balik kejap pastu balik utm balik nak 'exam' punya pasal..dalam beberapa bulan ni gua tengok banyak jugak yang berubah di kampung ni..terutama kemunculan 'cyber cafe' bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..

benda ni wujud atas hasil inisiatif kerajaan campuran ape kejadah negeri perak untuk mencapai kadar buta I.T dikalangan penduduk desa sebanyak 10% menjelang tahun 2012..kalau 'time' tu tak kiamat lagi la kalau mengikut kalendar masihi..

sebagai anak jati kampung gua,,gua telah menggunakan segala kemudahan yang ada di kampung ini tapi yang cilakenya RAM512 tapi pakai vista tak ke lembab jadinya??lagi satu 'cyber cafe' ni terletak di sebelah kedai jual beli getah skrap!nasib baik sejam rm1..murah dari bahau gua rasa..

gua tengah plan nak rosakkan minda anak-anak muda disini..ada kepatut datang 'cyber cafe' depa dok buka laman web lucah..tak cool langsung..gua ingat dalam kampung ni gua sorang je ada facebook dan blog la..kah3