bila nak dekat 'final exam' ramai kawan-kawan gua mesej bertanyakan tentang kertas-kertas soalan 'final exam' yang lepas,tips-tips untuk menjawab,tips-tips soalan yang keluar dan macam-macam lagi..bagi gua itu tiada masalah kerana lu orang tahu sendiri yang gua memang suka menolong kawan-kawan gua.
bila dah habis 'final exam' ramai kawan-kawan gua mesej bertanyakan tentang filem-filem terbaru yang gua ada..bagi gua itu tiada masalah juga kerana gua paham mereka hendak melepaskan 'tension' dan mahu merehatkan otak selepas menjawab 'final exam' yang penuh dugaan dan pancaroba..
tapi yang gua dah biasa sangat bila habis 'final exam' ada sesetengah daripada kawan-kawan gua mesej gua dan bertanyakan tentang filem yang bukan-bukan dari gua..gua rasa mahu lempang sekor-sekor,,katanya nak format otak selepas 'final exam'..ape,mereka ingat gua ni penerbit filem dewasa ke?