Showing posts with label Minggu Exam Dan Test. Show all posts
Showing posts with label Minggu Exam Dan Test. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Mimpi

sebenarnya hari ini adalah hari terakhir gua menjawab kertas peperiksaan di tahun 4..gua tidur pukul 4 pagi lalu terjaga pukul 8.30 pagi..pelik!

okey, sebenarnya gua mimpi jawab soalan peperiksaan akaun.

bangang apa syaitan yang masuk dalam mimpi gua ni? tak pasal-pasal gua dah mengantuk, sedangkan pukul 2.30 petang gua akan menjawab kertas peperiksaan terakhir.

Thursday, March 31, 2011

apdet


gua dah update blog, jangan kata gua tak update..oke bai!

Thursday, November 18, 2010

Melayu Mudah Lupa (MML)

...................................................

tadi ada idea sekarang dah takde..esok lah gua update..lupa!

Wednesday, November 10, 2010

Final Exam

subjek yang menghafal ni memang menyukarkan kesukaran gua untuk menjawab peperiksaaan, tapi nak tak nak gua kena jawab juga kertas soalan ini kerana ia telah termaktub dalam salah satu subjek wajib yang gua kena ambil..

masalah itu gua berjaya hendel dengan jayanya..tengah gua syok jawab soalan-soalan 'final exam' yang lepas, tetiba henpon gua boleh berbunyi pelik..dah lama gua tak menerima mesej dari kawan-kawan tengah malam buta ni.

" awak, good luck untuk exam esok "

cilakak, bekas kekasih masih tak delete nombor gua..esok nak exam, time2 macam ni la nak teringat kisah lalu..shite!

Friday, April 16, 2010

Freemason Vs Freedonut


Ini Dulu


Ini Sekarang.

p/s: saya memilih untuk makan donat dari memakan si dajal..

Saturday, April 10, 2010

Berubah

Ini Ketika Usianya Beberapa Hari

Ini Ketika Usianya 1 bulan

Ini Ketika Usianya 2 Bulan

Terbaru Di Usia 4 Bulan

p/s: berat pun dah meningkat patah tangan gua angkat si kecik ni..ada tips diet untuk si kecil ini?

Wednesday, March 24, 2010

Rindu

YeayDulu

Jambu

sekarang

Nak masuk kelab malam pun susah sekarang ni..sampai kena tunjuk IC..

huh!

Friday, March 19, 2010

Ini Kisah Sukan

bola sepak dan futsal memang tak dapat dipisahkan dalam kehidupan gua sekarang..sejak kecil gua telah diperkenalkan dengan permainan bola sepak oleh bapa gua..gua mula berjinak-jinak dengan permainan bola sepak 15 tahun lepas pada ketika umur gua 5 tahun dan gua banyak mengikut bapa gua ke latihan bola sepak kilangnya..time tu bola dan gua hampir sama besar gua rasa.

bermacam-macam pengalaman gua dapat selama 15 tahun bermain bola sepak..setakat luka,calar-calar dan terseliuh di kaki tangan memang dah sebati dah dengan gua..cuma patah-patah ni gua tak pernah rasai,kalau boleh gua minta dijauhkan dari kecelakaan tu..menginjak umur 7 tahun,gua mula berlatih dibawah akademi bola sepak taman gua..time tu gua orang susah,mana mampu beli kasut bola macam pemain di akademi tersebut,kalau ada pun kasut sekolah gua..

selama 3 tahun gua berlatih disana macam-macam ilmu gua dapat tapi time tu gua masih susah lagi tak mampu beli kasut bola..main kejohanan besar pun pakai kasut sekolah hingga ada sorang mamat ni tegur gua sebelum perlawanan ”ko ni nak main bola sepak atau pergi sekolah?”..agak sinis kata-kata mamat tu tapi gua pendamkan saja kata-katanya..

bila pengadil meniupkan wisel memulakan perlawanan..gua dan team gua bermain bersungguh-sungguh macam team barcelona main..manchester united?sorilah team gua tak sokong manchester la! main punya main..bila bola dapat kat gua,gua terus gelecek 2-3 orang pemain team lawan dan gua terus melepaskan rembatan kencang ala-ala Ruud Gullit(time ni Lionel Messi budak2 lagi ya) dan berjaya menjaringkan gol yang pertama dalam kejohanan pertama gua..

gua berlari kearah rakan-rakan gua bagi merayakan jaringan tersebut..gua tengok mamat yang tegur gua tadi terduduk malu dan lesu..gua pergi berlari kearah mamat tu dan menjerit “dont judge a book by its cover” sebagai tanda puas..tidak semena-mena pengadil meniupkan wisel dan memanggil gua..tanpa sebarang kompromi terus melayangkan kad merah,katanya gua tak bersikap profesional..

ape punya cilake la pengadil ni,,takkan gua berperibahasa dalam bahasa inggeris pun tak boleh?gua harap pihak kementerian belia dan sukan dapat memandang serius penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sukan..

Monday, March 15, 2010

Kembali Mewarnai

Rasa macam tak sedap hati je kalau tak update blog..

perasaan lu orang pun mesti sama macam gua kan?? ;)

Monday, March 1, 2010

Hantu Punya Seman

Pada zaman demam bola sepak piala dunia dulu,gua,seman dan meon banyak menghabiskan masa bersama dengan duduk melepak di kedai mamak untuk mengambil semangat stadium astro..kalau duduk melepak tu rasanya macam duduk kat stadium betullah,cuma yang berbeza adalah makan pop corn di stadium utama dan makan mee goreng mamak di stadium of astro mamak..

pada suatu hari seman telah mengajak gua untuk menonton perlawanan piala dunia dirumahnya memandangkan ibu bapanya keluar negara untuk mengambil anak angkat,kononnya mak seman nak jadi macam angelina jolie dan madonna..lagi satu fakta yang lu orang kene tahu,,si seman ni penakut skit kalau tinggal dalam rumah sorang-sorang..dah tua bangka macam gajah pun penakut,,yang jadi mangsa penemannya adalah gua dan meon..

hari yang dinanti telah tiba,,macam biasalah sebelum perlawanan bola sepak..gua dan meon telah diberi benda yang menkhayalkan seperti air coca-cola campur dengan panadol..memang tak jalan langsung benda-benda khayal murah dalam tubuh badan gua ni tak memberi apa-apa kesan pun..si meon kalau dah khayal mulalah menonton aksi-aksi erotik pemain bola sepak dari negara mana ntah seman beli dvdnya.macam cilake perangai si meon ni..

bila perlawanan bola sepak bermula..astro dan tv seman ni buat hal dengan gambar bersepah macam ada ganguan..gua syak tv si seman ni masih tak puas memainkan aksi erotik dan biasanya pada pukul 2-3 pagi ni,,bukanlah waktu yang sesuai untuk menonton perlawanan bola sepak di tv itu..

Bersambung..

p/s: ini cubaan pertama post pakai windows live writer..macam cilake jugak..

Thursday, February 25, 2010

Hangat Tak Ingat

'Kalau gua berubah lu orang nak baca blog gua lagi tak?'

inilah gua selepas melakukan rawatan spa di kedai spa-q..cheryl ex-cole punya pasal misai sanggup gua gadaikan.. ;)

Tuesday, January 26, 2010

Cinta

"Gravitation is not responsible for people falling in love." -Albert Einstein-

memang benar bait kata-kata dari ahli fizik tersohor itu..untuk mencari cinta lu orang kena berusaha dengan sendirinya tanpa mengharapkan bantuan semata-mata dari kawan baik,bekas kekasih,skandal,adik,kakak,ayah,mak,cikgu,pensyarah mahupun jin atau iblis..

cinta itu sangat suci,,kerana cinta yang benci jadi sayang,,yang sakit jadi sihat,,yang lemah menjadi kuat,,yang miskin jadi kaya,,yang jauh jadi dekat,yang 2 pointer jadi 4 flat,,yang jahat jadi baik dan kerana cinta juga ada yang pandai menjadi bodoh..

Monday, January 18, 2010

Curang Lagi


"Pose Untuk Abang Shahrul Tanaka.."

kih3 =P

Thursday, January 14, 2010

Pilihan

kalau saya diberi pilihan untuk menjadi kaya atau miskin..sudah tentu saya memilih untuk menjadi kaya kerana saya dapat bersenang lenang dengan limpahan duit yang berjuta-juta gandanya..saya juga boleh membeli barang-barang yang saya suka dan saya mahukan..

tapi dengan wang kita tak boleh membeli kasih sayang mahupun persahabatan kerana kasih sayang dan persahabatan itu datang dari 2 hati yang ikhlas yang mahu menjalinkan hubungan tanpa mengharapkan apa-apa balasan..

dan saya mula sedar,tak menjadi masalah kalau menjadi kaya atau miskin kerana dalam kehidupan ini adalah satu permainan yang ditentukan oleh diri kita sendiri..kalau kita bermain dengan baik mungkin kita akan rasa bahagia dan terasa senang..jika kita bermain secara buruk,mungkin kesenangan yang kita kecapi hanya sementara sahaja..

renung-renungkan dan selamat beramal.

yang benar
-Ustaz UK-

Tuesday, November 10, 2009

Perubahan Mendadak

"Tekun Betul Gua"


"Rajin Betul Gua"


"Entah Bila Gua Nak Berubah"

Sunday, November 1, 2009

Malas

Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
sangat malas bukan..(ctrl+A)