Sunday, March 13, 2011

#4 sejarah

gua tak pernah suka subjek sejarah kerana ia satu subjek yang memerlukan kekuatan dalam daya ingatan untuk mengingati tarikh-tarikh bersejarah yang pernah wujud di negara contohnya seperti tarikh melaka diserang,jepun menawan tanah malaya dan lain-lain lagi.. masa tingkatan 2 subjek sejarah gua diajar oleh guru berbangsa cina yang cun, namanya Pn. Tan, lenggak lenggoknya sentiasa menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki di sekolah gua malah ada 2-3 orang guru melayu cuba untuk mendekati Pn. Tan untuk di jadikan skendel disekolah gua..

semenjak Pn. Tan mengajar kelas gua, kutu-kutu yang rajin tidur dalam subjek tersebut akan membeliakkan mata mereka seluas-luasnya untuk melihat kecantikan yang tuhan anugerah pada guru itu.apatah lagi kutu-kutu rajin duduk barisan paling belakang dalam kelas juga telah mengambil satu anjakkan paradigma dengan duduk di barisan paling hadapan sekali untuk mendekati dan menghalusi subjek sejarah dengan penuh minat. keputusan ujian bulanan kelas gua juga meningkat dari 20% peratus yang lulus kepada 100% lulus dalam subjek tersebut. begitu hebatnya penangan Pn. Tan. dari semasa ke semasa.

pada suatu hari, ketika itu cuaca agak panas, Pn Tan telah masuk ke kelas dengan sedikit berpeluh walaupun kipas berputar pada tahap kelajuan yang mampu menerbangkan kelas gua ke angkasa namun ia masih belum dapat mengeringkan sedikit peluh yang telah membasahi baju dan dahi Pn. Tan. pada hari itu pemakaian agak sedikit seksi dan rambutnya tidak terikat kemas, lalu Pn Tan meneruskan usaha mendidik anak-anak bangsanya tanpa memikirkan keletihan dan peluh dialaminya ketika itu. sampai satu tahap dia terasa rimas dengan rambutnya sendiri yang tidak terikat, lalu dia mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk mengikat rambutnya..

**********************************

pada esoknya kutu-kutu yang rajin duduk depan sudah kembali ke rutin yang asal dan gua kembali kepada membenci subjek sejarah oleh kerana kejadian semalam, gua tidak sangka seorang guru tidak mencukur bulu ketiaknya sendiri, yang hampir panjang dengan rambutnya sendiri..huh!

Tuesday, March 8, 2011

#3 dosa-dosa semalam

“ kau ingat orang macam kau ini, layak ke masuk ke syurga? kehidupan lampau kau penuh dengan perkara-pekara keji dan dosa-dosa semalam yang belum lagi diampunkan oleh tuhan.”  -unknown-

 

hey! kau orang yang bakal-bakal penghuni syurga (kononnya) kau siapa hendak menentukan syurga atau neraka untuk aku? macam mana kau boleh tahu yang tuhan belum mengampuni aku lagi?  adakah kau telah diberikan keistimewaan oleh tuhan untuk meneliti seseorang individu?

balik rumah pergi ke cermin dan lihat apa yang lain antara kau dan aku? kita sama saja brader, manusia biasa yang akan dicampakkan oleh tuhan kemana-mana mengikut amal dan ibadat kita.

Tuesday, March 1, 2011

#2 kisah bola

12 tahun lalu, aku cuma seorang kanak-kanak yang sedang mengejar cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional.. aku mula mengenali dunia bola sepak pada usia 6 tahun dimana ayah membawa aku ke suatu kejohanan bola sertainya, semenjak itu minat aku terhadap dunia bola sepak semakin mendalam.. pantang celik mata sahaja aku pasti akan mencari bola terlebih dahulu daripada mencari makanan di meja makan. bila dapat jumpa bola aku terus menyepaknya ke dinding di kawasan rumah, hinggakan mak memarahi aku kerana dinding rumah sudah berubah cat berbentuk tak ubah seperti bentuk bulat bola.

12 tahun pun telah berlalu, cita-cita aku sekarang untuk menjadi seorang jurutera awam yang berjaya. cita-cita aku dulu hanya tinggal dalam kenangan sahaja, walaupun dalam kenangan aku jadikan ia sebagai hobi sampingan aku pada ketika ini. walau sibuk macam mana pun dalam tugasan sebagai seorang pelajar, bola sepak sentiasa ada dalam diari dalam kehidupan aku. sehari tidak menyepak bola aku rasakan kehidupan aku seperti tidak lengkap dalam putaran 24 jam pada masa dunia walaupun telah dimarahi lagi oleh mak supaya menumpukan perhatian dalam pelajaran.

alangkah indahnya kalau aku pemain bola..hahaha!

Friday, February 25, 2011

#1 tulisan dari kamar

pukul 2.15 pagi seluruh blok sudah senyap sunyi yang ada cuma sayup-sayup kedengaran pusingan kipas yang berbunyi kerana sudah mencapai tahap keuzuran yang sangat kronik hanya tiba menanti masa untuk tidak berpusing sahaja lagi.. walaupun aduan telah beberapa kali diadukan tapi masih belum ada tindakkan susulan yang diambil oleh pihak berwajib cuma hanya alasan saja diberikan sebagai satu cara untuk melarikan diri daripada 1001 persoalan yang akan diajukan.

ahh! aku tidak peduli apa alasan yang kau beri, aku cuma mahukan hak aku dikembalikan semula dan menikmatinya semula sama seperti pelajar lain terima..walaupun pusingannya tidak selaju dulu..

 

p/s: penulisan 27/12/10 yang hilang.

Sunday, February 20, 2011

Pilihan Raya Kampus

sekarang bahang pilihan raya kampus sudah mula terasa, dimana semua calon-calon sedang berusaha gigih untuk memastikan kempen mereka berjaya dan sekaligus memenangi hati-hati mahasiswa untuk mengundi mereka..mereka terus berkempen tanpa mengenal erti penat dan lelah, malah siang atau malam bagi mereka sama sahaja.

cuma yang merunsingkan gua cuma satu..kertas manifesto terlalu banyak di sekeliling gua, sampai terbuang dan dipijak oleh manusia yang lain. kalau yang bertulis-tulis tu takpe la gua tak ambil kisah sangat tapi yang meletakkan wajah mereka sendiri tu? tak pasal-pasal kena pijak dan di heret masuk ke tandas dan ke merata-rata tempat yang lain.

cuba jadikan teknologi salah satu tempat untuk lu orang berkempen? macam dilaman sosial seperti facebook,twitter, dan laman sosial yang lain. ini tidak, facebook dijadikan tempat mencaci parti lain, kutuk orang sana sini. kau nak jadi apa? setakat kau mencanangkan manifesto kau sana sini tapi kau masih tersekat dengan pihak atasan adakah ini caranya kau nak membela hak kami?

Friday, February 18, 2011

Untitled


dah 2-3 jam gua biarkan ia tanpa huruf dan perkataan..gua perlukan seorang penulis yang berkaliber untuk terus menulis di coretanhatisetanaku untuk tatapan generasi masa depan..

sila email kepada shahrul.azri21@gmail.com untuk sebarang pengambilalihan kuasa.

Sunday, February 13, 2011

Selamat Hari Kekasih

oh ya selamat hari kekasih bagi mereka yang akan menyambutnya esok hari, gua dapat satu mesej yang menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan anda.. :)

“ jika anda meniduri kekasih pada 14hb febuari(hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 21hb Mac (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia)jika di lihat pada aspek perubatan..anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb disember(hari Aids sedunia)”

p/s: sumber dari Syahrul Fitri