Tuesday, December 20, 2016

British Standard

Penggunaan perancah atau bahasa urban dalam pembinaan iaitu scaffolding amatlah banyak dalam pembinaan struktur tinggi seperti bangunan dan jambatan contohnya. Pernahkah terdengar berita scaffolding runtuh dalam pembinaan di Jambatan Kedua Pulau Pinang? Ya aku bukan nak cerita pasal benda di atas tadi. cuma teringat waktu belajar dulu kawan memberitahu pensyarah aku tentang penggunaan buluh untuk pembinaan di taiwan.

"Dr. adakah selamat penggunaan buluh untuk pembinaan bangunan tinggi? dia rujuk BS (british standard)?"

"Ya mereka merujuk BS"

Bersahaja pensyarah aku menjawab soalan kawan aku tadi. kami satu kelas terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan.

"boleh Dr. bagi klausa dan spesifikasi yang mana satu ada menggunakan buluh dalam BS?"

'BS yang saya maksudkan bukanlah british standard, tapi lebih kepada bamboo(buluh) standard'



***************************************


semenjak itu aku hilang mood untuk menjadi jurutera, akhirnya aku jadi memilih untuk supervisor saja.


No comments: