Thursday, May 28, 2009

Terima Kasih Ibu!

tak sabar rasanya aku untuk melihat dunia setalah selama 9 bulan aku berada di dalam kandungan ibuku sebulan umpama setahun penantianku.selama ini aku hanya mendengar cerita tentang dunia dari manusia yang datang pada ibuku aku rasa sungguh bahagia dan teruja tentang kehebatan di dalam dunia itu walaupun aku sendiri tidak memahami maksudnya..owh! tak sabar untuk aku keluar dari kandungan ibuku dan menjadi insan yang berguna kelak..

hari yang aku tunggu menjelma jua aku selamat dilahirkan dimana semasa kelahiran aku,aku di sambut dengan seorang manusia sepertiku yang wajahnya ditutupi sedikit.aku menjerit ketakutan kerana ruangnya amat sempit dan gelap dimana tempat aku dilahirkan..kemudian aku didakap oleh seorang manusia seperti aku lalu ku terdiam sebentar kerana dia adalah ibuku,akhirnya dapt juga aku bertemu dengan ibuku..lalu aku diambil oleh seorang wanita lain dan aku menjerit sekuat hatiku lalu ia sumbat aku susu botol kedalam mulutku,aku minum sepuas-puasnya..aku lihat ibuku telah bersiap-siap kemas dan mula beredar dari bilik,,aku cuba memanggil ibuku tapi apakan daya dia tidak mampu memahami percakapan aku.aku di gendong oleh wanita tadi dan bergegas keluar dari bilik dan menaiki sebuah kenderaan untuk pulang..

aku terasa bahagia semula kerana ibu memelukku dan aku bertentang mata dengan ibuku alangkah bahagianya aku ketika itu..aku melihat sekililing aku gelap dan hanya bertemankan cahaya bintang dan jutaan bintang dilangit,mungkin ini dikatakan ibu sebagai malam.kereta yang aku naiki berhenti di sebuah kawasan yang gelap,wanita yang aku tak suka mengambil aku dari ibuku lalu aku menjerit memanggil ibuku tapi ibu hanya duduk diam tanpa melakukan apa2 dengan wajahnya yang sayu.aku diletakkan oleh wanita itu di sebelah tong sampah yang berbau agak hapak,wanita dan ibuku terus berlalu pergi meninggalkan aku,aku tak mengerti mengapa aku ditinggalkan seorang diri disitu bukankah aku patut dibelai dan dimandikan lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuh ini??aku mula merasakan serangan dari semut2 merah yang mengigit tubuhku yang masih dipenuhi darah."aduh! ibu" aku meraung memanggil ibuku agar ia datang mengambilku,namun hasilku sia2 sahaja..

waktu pun berlalu,aku jadi semakin lesu dan tak berdaya untuk menangkis serangan semut itu dan aku sendiri tidak punyai suara lagi untuk memanggil ibuku.langit mula beransur cerah dan aku semakin lemah untuk menghembuskan nafas ini dan tekakku luka kerana semalaman aku memanggil ibuku,aku benar2 lemah dan sudah hilang minat untuk hidup di dunia yang penuh dengan manusia celaka! akhirnya aku meninggalkan jasadku yang lemah longlai dan kebiruan didunia ini..aku berterima kasih pada ibuku yang melakukan aku sedemikian rupa..aku berharap benar dapat berjumpa mu disana!!!

13 comments:

sharamli said...

insaf suda....

zana tingtong said...

nanges sial baca benda ni.
=.=''

Huzaifa Zahri said...

puitis sarok khan !

Adam Mikhail said...

sha: bagus Alhamdulillah! ;)

zana: aisey hati donut j.co pula! ;)

huzaifa: gua mmg puitis orangnya :P

cik helena said...

kesiannye...

CGG said...

sedey bac :)
terharu pun ada:)
selamba n sempoi..

qishie said...

jgn lupa doakan kebahagiaan mak tiap kali lepas solat

mossy said...

gua suka baca entri2 macam ni.
heh

Adam Mikhail said...

helena: memang kesian..tapi si pembuang bayi ada kesian kt bayi itu?

miez hanem: jangan nangis suda.. :P

qish: iya2 itu gua tak pernah tinggal..lu macam mane?? :P

khadijah: he3 rajin2 la membaca blog coretan setan! :P

mrblind said...

woi..lu buat perenggan baru gua baca..hahaha

Adam Mikhail said...

gua dah buat perenggan!
lu nak baca x?? :P

faizrazali said...

abg messi bile nak jd pengarah drama..?he

Adam Mikhail said...

lahanat ko cik!