Wednesday, September 30, 2009

Setahun..

Owh coretan setan sudah setahun rupanya..gua ingat nak buat parti skit..macam biasalah parti setan ni air yang disediakan adalah air kencing setan la..makanan pun makanan setan..

sila la datang ke bilik gua L27/208..malam ni kita berparti.

Monday, September 28, 2009

Patah Hati

"Dont Break My Heart" kata Si Ibu..


tapi si anak masih begitu jugak..

Friday, September 25, 2009

Diari 1 Syawal Gua

gua bangun pagi,,masih terasa sengal-sengal badan yang masih tak hilang dari semalam..biasalah kalau gua kat kampung abis satu kampung minta tolong dengan gua..pergi beli kuih la,baju la,teman pergi bazar la dan macam-macam lagi la..

gua relax-relax kejap,,tarik nafas panjang-panjang untuk menghirup udara pagi 1 syawal..gua lihat jam dinding sudah hampir pukul 10 pagi..gua terdiam dan berpikir sebentar "owh syaitan dah keluar dari neraka rupanya,,cilaka! gua dah terkena hasutannya"

maka terbatal la niat gua untuk bersolat aidilfitri pada tahun ini..

Friday, September 18, 2009

Eh..

akhirnya jasad tubuh gua yang tertinggal di UTM tempoh hari telah bergabung dengan minda gua pagi ni..ha3
eh jom shopping raya.. ;)

Wednesday, September 16, 2009

Berfikir

gua sedang memikirkan cara untuk balik awal ke rumah..sesiapa ada cadangan yang bernas?

huh!

Tuesday, September 15, 2009

Melayang-layang Di Awangan

walaupun gua masih di UTM tapi hati gua dah jauh merantau jauh kesana..mengapa benda ni harus terjadi?mengapa??

sabar hanya tinggal beberapa hari sahaja mahu pulang..

"tak sabar mahu makan keputat..eh salah2 ketupat la!"

Sunday, September 13, 2009

Diari Ramadhan Gua Ke-22

8.00 pagi
- gua baru tidur..

7.00 petang
- gua baru bangun dari tidur.

oke sudahlah..gua nak pergi shopping raya la..

Thursday, September 10, 2009

Cuti Puasa

"hoi lu tak puasa apa?" tanya gua kepada seorang kutu yang gua amat kenali senyum kambingnya di suatu kawasan semak samun belakang kampung gua..

"gua dapat cuti daripada tuhan la hari ni..so gua makan la" jawab kutu dengan penuh selambanya dan tiada perasan..tidak semena-mena kutu itu membatalkan puasanya dengan memakan kaki gua sebagai juadah berbuka..

akhirnya kutu tersebut dimasukkan ke dalam van mayat dan dibawa pusing 1 kampung untuk diberikan penghormatan terakhir..

Wednesday, September 9, 2009

Mujur Aidilfitri Menjelma..

kisah ini terjadi ramadhan beberapa tahun lepas..gua telah pergi bershopping bersama rakan-rakan gua untuk membeli pakaian raya selepas puas beraya sakan dalam kompleks..gua singgah ke kedai dunkin donut untuk membeli kuih donut kesukaan si Dia(itu dulu)..lalu gua bergegas pulang untuk berbuka dan memberi si Dia(itu dulu) hadiah berbuka puasa yang agak istimewa pada hari itu..

sampai dirumah si Dia(itu dulu) gua kelihatan si Dia(itu dulu) sudah bersiap sedia untuk menyambut hadiah daripada gua..cepat-cepat gua keluar bagi makanan untuk berbuka kepada si Dia(itu dulu),,yelah kalau tak cepat nanti gua berbuka dalam kereta la jawabnya.."terima kasih ya..awak tak mahu ambil skit" kata si Dia(itu dulu)..dengan selambanya gua menjawab "saya dah makan tadi"..terkedu gua dan si Dia(itu dulu) mengenangkan kata gua tadi..dengan sepantas kilat gua memecut kenderaan bagi mengelakkan khutbah berbuka puasa secara live dari depan rumah si Dia(itu dulu)..

maka terjadilah perang dingin dengan si Dia(itu dulu) selama beberapa hari sebelum menjelmanya aidilfitri..

p/s: minggu ini adalah minggu KLMJ! ;)

Tuesday, September 8, 2009

Diari Ramadhan Ke-17 Gua

budaya membaca dimana-mana sahaja.

kami adalah hutan..argh fuck hujan!

gua sangat cool..sila abaikan roommate gua!

gua sedang menghayati keindahan alam di bulan ramadhan..

p/s: sangat pelik bukan kalau pergi mandi air terjun di bulan Ramadhan.

Sunday, September 6, 2009

Diari Ramadhan Ke-15 Gua

pukul 4.30 pagi
-gua bangun dan kejutkan kutu-kutu gua supaya bangun bersahur..

pukul 4.45 pagi
-gua sudah berada di francais mcD..

pukul 5.55 pagi
- gua bersolat subuh secara berseorangan di bilik..

pukul 7.30 pagi
- gua abis layan kutu-kutu di "ym"

pukul 4.40 petang
- gua baru bangun tido dan bersiap-siap basuh kenderaan

pukul 6.30 petang
- gua pergi beli mee goreng kawah kat taman u..anak gadis dia comel juga.

pukul 7.13 petang
- gua berbuka dengan hamster peliharaan "roommate" gua..semua abis gi berbuka dengan awek..

pukul 8.00 malam
- budak setan mesej gua..ajak gua merayau-rayau..

pukul 9.00 malam
- gua ambil budak setan dan terus ke masjid berdekatan untuk berterawih..

sampai sini sajalah diari gua..saja nak bagi tahu yang gua pergi terawih jugak..

Thursday, September 3, 2009

Sudah Besar

"hye nama saya Muhammad Afiq Irfan"

"saya sedang mencari dimana abang feveret saya ni??"

"ye ye dapat jugak bergambar dengan dia..dia hensem & masih single taw..auuwww~"

Tuesday, September 1, 2009

Sedang Mencari Lailatul

"awak,,saya tak dapat datang pada awal-awal puasa ni..saya busy tolong mak buat kuih raya ni..nanti awak tolong "expose" kuih-kuih raya yang saya dan mak buat ni kat blog awak ya.."

-Lailatul-

ini gambar Lailatul(nama Islam)@Lily Allen..die mms gua tadi..

"just for you abang Lionel Azry"