Friday, March 19, 2010

Ini Kisah Sukan

bola sepak dan futsal memang tak dapat dipisahkan dalam kehidupan gua sekarang..sejak kecil gua telah diperkenalkan dengan permainan bola sepak oleh bapa gua..gua mula berjinak-jinak dengan permainan bola sepak 15 tahun lepas pada ketika umur gua 5 tahun dan gua banyak mengikut bapa gua ke latihan bola sepak kilangnya..time tu bola dan gua hampir sama besar gua rasa.

bermacam-macam pengalaman gua dapat selama 15 tahun bermain bola sepak..setakat luka,calar-calar dan terseliuh di kaki tangan memang dah sebati dah dengan gua..cuma patah-patah ni gua tak pernah rasai,kalau boleh gua minta dijauhkan dari kecelakaan tu..menginjak umur 7 tahun,gua mula berlatih dibawah akademi bola sepak taman gua..time tu gua orang susah,mana mampu beli kasut bola macam pemain di akademi tersebut,kalau ada pun kasut sekolah gua..

selama 3 tahun gua berlatih disana macam-macam ilmu gua dapat tapi time tu gua masih susah lagi tak mampu beli kasut bola..main kejohanan besar pun pakai kasut sekolah hingga ada sorang mamat ni tegur gua sebelum perlawanan ”ko ni nak main bola sepak atau pergi sekolah?”..agak sinis kata-kata mamat tu tapi gua pendamkan saja kata-katanya..

bila pengadil meniupkan wisel memulakan perlawanan..gua dan team gua bermain bersungguh-sungguh macam team barcelona main..manchester united?sorilah team gua tak sokong manchester la! main punya main..bila bola dapat kat gua,gua terus gelecek 2-3 orang pemain team lawan dan gua terus melepaskan rembatan kencang ala-ala Ruud Gullit(time ni Lionel Messi budak2 lagi ya) dan berjaya menjaringkan gol yang pertama dalam kejohanan pertama gua..

gua berlari kearah rakan-rakan gua bagi merayakan jaringan tersebut..gua tengok mamat yang tegur gua tadi terduduk malu dan lesu..gua pergi berlari kearah mamat tu dan menjerit “dont judge a book by its cover” sebagai tanda puas..tidak semena-mena pengadil meniupkan wisel dan memanggil gua..tanpa sebarang kompromi terus melayangkan kad merah,katanya gua tak bersikap profesional..

ape punya cilake la pengadil ni,,takkan gua berperibahasa dalam bahasa inggeris pun tak boleh?gua harap pihak kementerian belia dan sukan dapat memandang serius penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sukan..

14 comments:

AkU said...

WTF!! sungguh referee tuh..

Encik Ariff said...

haha.

ARM said...

lain kali guna lah peribahasa tamil bro...hehehe

faiq said...

akula referee tu

deus X machina said...

ni mesti ref selalu ponteng kelas english dulu ni
tu yg xtau peribahasa in english tu
erk888

Akif Mazlan said...

hahahahha,,
biler dah kene kad merah tuh, guna laa pulak peribahasa melayu yg berbunyi carutan kt pengadil tuh,,
baru laa sama adil!
hehehe

Paan Ovrtd said...

Pakai Microsoft Word 2007 pun skang dah boleh update blog beb. Gila babi.

N D Z said...

woh futshalll...*teruja*

enyheartsdiamond said...

teheeheeee..
mungkin referee perlu ditapis kelayakannya utk mengadil :p

enyheartsdiamond said...

teheeheeee..
mungkin referee perlu ditapis kelayakannya utk mengadil :p

sharamli said...

nelayan ada kilang ke?

.o r k e d. said...

itu judge ta belaja english kt skola dlu tuh

░♥si lampu neon♥░ said...

ko tak injured ke main bola

Adam Mikhail said...

Semua: kementerian tak amik ape2 tindakkan pun.