Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

#12 Hadiah Hari Lahir

*sila klik untuk lebih jelas*

sebenarnya hari lahir gua lama lagi tapi dah ada orang bagi gua hadiah..jadi takkan gua nak tolak pula? bak kata orang tua-tua " orang memberi kita memberi kita merasa "..terima kasih nuffnang untuk hadiah ini, akan gua gunakan untuk menonton filem 'transformers 3 in 3D!'..

cuma masalahnya sekarang office nuffnang ni kat mana? siapa boleh tolong gua untuk tunjukkan jalan ke office ni? nanti akan gua hadiahkan mereka sekeping tiket wayang tak pun tengok wayang dengan gua pun orait juga.. :)

oh yeah, golongan wanita lebih diutamakan berbanding lelaki...kikikiki

Friday, January 14, 2011

Kesayangan

" hye nama saya Alif "

" saya bersama abang kesayangan saya "

dalam sedar atau tidak, rupanya gua sudah menjangkau 24 tahun (kalau ikut tahun la), sepatutnya dalam usia begini gua dah hadiahkan mak dan bapak gua 2-3 orang cucu untuk mereka rasai nikmat menjadi seorang nenek dan atuk.. kahkahkah!

Monday, January 3, 2011

Darjah 1

gua memulakan pembelajaran gua di sekolah rendah padang jawa, macam biasa hari pertama di kelas memang amat menyukarkan dan mencabar daya kerinduan gua pada famili gua yang jauh dirumah..mana taknya gua toleh kanan si amar sedang ditenangkan cikgu kerana tengah meraung memanggil maknya yang meninggalkannya..bila gua toleh kekiri gua tengok si noni, tengah memegang botol susu dan menyoyotnya tanpa menghiraukan perasaan malu terhadap kawan-kawan lain.

si noni ni cantik orangnya berambut kerinting,ada klip rama-rama kat atas kepala belah kiri tapi berkutu..terus gua rejek dia sebagai cinta pandang pertama gua di alam persekolahan pada hari itu..

Tuesday, June 15, 2010

Suatu Hari Ke World Cup

gua terjaga dari tidur setelah penat menonton perlawanan world cup semalam..gua nyalakan api yang menerangi kehidupan..gua ambil sebatang rokok dan cucuhkan pada api yang tersiap sedia menyala..gua tarik sedalam-dalamnya untuk mengambil semangat untuk pergi mandi dan bersiap-siap untuk pergi kerja..

mak gua tegur gua "rokok yang dicari dulu bukan nak cari sarapan ke,basuh muka dulu ke?"

gua tergamam..gua pandang rokok yang gua baru hisap tadi lama-lama..gua pikir sudah tiba masa untuk gua berhenti merokok untuk menjadi fit seperti pemain bola sepak mungkin gua boleh bawa skuad malaysia ke world cup?

gua pantas menghabiskan saki baki rokok yang ada..tak elok membazir itu semua amalan Syaitan!

Tuesday, May 18, 2010

Beyonce Malaysia

malam minggu lepas gua hanya menghabiskan masa dengan famili gua saja,,yela time ni jela gua free dari bebanan kerja yang melampau..dari gua merempit dan melepak tak tentu hala ada baiknya gua duduk dirumah,sambil-sambil tu tolong mak gua kemas rumah,sapu sampah,cuci baju dan memasak..lu orang jangan ingat gua tak boleh handle benda benda-benda macam tu..

dan pada malam minggu lepas juga gua banyak menghabiskan masa dengan menonton Akademi Fantasia dan Mentor..salah satu perkara yang jarang sungguh gua lakukan dalam kehidupan gua..yela musim bola sepak inggeris dah tamat nak menonton badminton gua hilang mood gara-gara kekalahan mudah dengan team China..

dari gua hilang mood baik gua layan benda-benda macam ni tak ke seronok namanya?tengah syok gua layan dayang nur faizah menyanyi,tetiba mak gua bersuara “dah hitam-hitam macam ni pun nak pakai seksi–seksi ke?”..

gua macam biasa malas amek port..sambil meneliti body dayang nurfaizah dikaca televisyen, “solid jugak body dia ni” desis gua dalam hati.

mak gua bersuara lagi sebagai tanda protesnya “penonton bersorak bukan sebab suara best,ntah2 sebab dia pakai seksi”..

tetiba adik gua bersuara “ala mak ni..dia kan beyonce malaysia”

gua pandang muka mak gua kelat semacam..gua syak mak gua tengah pening memikirkan siapa beyonce tu..dengan adanya tali pinggang hitam dalam ilmu karate gua..sekelip mata sahaja televisyen itu berkecai..

Wednesday, May 12, 2010

Kerja Rajin

inilah kehidupan gua sekarang kerja je sampai tak sempat nak buat benda lain.


ni ada lagi dokumen tak setel lagi..kalau penat sangat air ni la yang memberi saya semangat untuk terus rajin..saya hampir berhenti merokok.. ;p

kalau kerja je tak leh jugakkan?baik online dalam 1-3 minit..untuk hilangkan mengantuk ;)

Friday, May 7, 2010

Derma

seperti biasa hari jumaat,gua pasti akan ke masjid terdekat untuk menunaikan kewajipan..cuma kadang-kadang tu gua ter'miss' juga gara-gara tidur umpama bayi,biasalah sejak menjadi muda ni gaya tidur pun lebih kurang macam bayi juga..selepas bangun dari tidur dalam pukul 12 gua dengan pantas bersiap-siap dan memakai bau-bauan yang wangi untuk menambat hati para jemaah lain..lagipun memakai wangi-wangian adalah salah satu benda-benda yang sunat..

gua start enjin motobot gua dan pergi ke pulau berhampiran untuk mencari sesuap nasi untuk mengalas perut gua yang sudah 4 hari tidak makan gara-gara tidak turun kelaut kerana musim laut bergelora sekarang ni..sampai di pulau,gua terus singgah ke warung lijah janda,ramai juga orang melepak disitu..tanpa membuang masa gua terus order nasi goreng cendawan dan teh tarik,gua bajet dalam rm4 saja kalau makan benda-benda macam tu..

ketika gua sedang seronok menikmati makanan yang baru sampai,datang seorang kanak-kanak dalam lingkungan belasan tahun kearah gua..'abang saya dari persatuan anak yatim bla..bla..bla..' terang kanak-kanak tersebut sambil mengeluarkan buku resit,gua hanya mampu tersenyum lebar dan akhirnya kanak-kanak tersebut terus beredar.

memang benar kata orang senyum itu adalah sedekah..

Sunday, May 2, 2010

Chow Kit Part 2

ini adalah penerangan dari entri chow kit

setelah beberapa tahun gua meninggalkan chow kit sebagai destinasi utama untuk membeli belah..akhirnya gua kembali semula kesana untuk melihat perubahan yang telah di lakukan oleh kerajaan kita..dari pemerhatian gua banyak juga yang berubah..

macam biasa la misi utama gua untuk mendapatkan pakaian untuk latihan industri gua yang akan bermula tak lama lagi..kalau nak bershoping mestilah ada tempat untuk bermula kan?macam biasalah gua akan masuk dari pintu depan..kata ustaz gua ianya afdal kalau masuk ikut depan,,kalau masuk ikut belakang adalah haram..ingat ya kawan-kawan..

dari satu kedai ke satu kedai yang lain,gua menyelam dalam timbunan baju dan seluar tapi belum membuahkan hasil sehinggalah gua rasa putus asa..macam biasa gua nyalakan cahaya pada king of cigar untuk mengecas semula segala tenaga yang terbuang begitu sahaja..

tetiba gua disapa seorang lelaki cina “adik,,amoi baik ada..mari dik..bla..bla..bla” gua terkedu dan hilang punca sebentar, dan gua bermonolog sendirian “masih belum berubah tempat ini..” dengan melemparkan senyuman manis gua berkata pada apek tersebut “saya datang sini nak cari pakaian bundle la apek..bukan orang bundle la pek..”

dan gua berlalu pergi meninggalkan apek itu..

Wednesday, April 28, 2010

Gembira

Office gua dah bagi laptop dan juga internet untuk kearah kebaikkan..gua harap gua mampu menggunakannya kearah yang diharapkan.. :P

p/s: first update di office

Monday, April 26, 2010

Risau

1. sepanjang dalam kehidupan gua..belum pernah gua memakai kasut yang sangat kasual mahupun metroseksual..biasanya selipar jepun dan sandal sahaja..

2. sepanjang kehidupan gua belum pernah gua buat rekod memakai baju kemeja selama 8 jam mahupun 24 jam..dalam 2-4 jam oke, lebih dari tu gua belum praktis lagi..

3. sepanjang kehidupan gua..ini 'first time' gua menggosok baju selama 1 jam setengah..sampai rasa nak patah tangan gua ni..gua ingat nak cari orang yang terer gosok baju gua..5 helai RM70..

4. sepanjang kehidupan gua ini..gua rasa gua memang takkan update blog untuk 10 minggu..