Thursday, June 3, 2010

"Nak Pakai Macam Ni Kena Belajar Rajin"

selepas gua habis form 5,kerja gua hanya berpeleseran di tempat awam diwaktu petang..hanya disana gua dapat rasakan suasana yang tenang dan senang,,kalau hari-hari nak misteri nak jadi ape?

macam biasa la,kalau melepak tak hisap rokok memang la tak misteri bukan?jadi gua baru abis sekolah macam mana nak beli rokok?kerja pun malas..tapi biasanya gua akan mengepau abang berbaju kemeja yang smart di sekitar tempat awam kerana mereka memiliki aneka jenis rokok yang berjenama dan berkualiti jika di hisap dan sangat kene dengan citarasa jiwa muda gua(sekarang gua pun masih muda lagi)..

kalau nak mengepau kene la ayat manis-manis skit,macam biasa pujian pada ketrampilan mereka menjadi mangsa penipuan gua..gua mencari mangsa yang pertama,gua nampak brader ni pakai smart baju kotak dan cutting fit ala-ala ashton kutcher dalam filem "Spread" dan menghisap rokok Dunhill..memang kacip dengan citarasa gua pada masa itu..

"bang rokok sebatang boleh?saya beli..berapa?" dengan tenang gua bertanya..

"eh tak perlulah..amek jela rokok ni abang belanja.." brader itu menjawab.

orang dah bagi free takkan nak menolak?jadi gua puji dia sebagai tanda terima kasih gua terhadapnya..

"terima kasih bang..smart baju abang pakai ni.."

"terima kasih puji,kalau nak pakai smart macam ni kene belajar pandai-pandai..bukan hisap rokok je.." jawab brader itu dengan bersahaja..

gua hanya mampu tersenyum kelat kucing dan meneruskan hisap rokok sambil terbatuk-batuk..

11 comments:

qishie said...

ceh.nampak nau tektik nak rokok free.

et said...

eheh.berenti je la hisap rokok.

mirachantek said...

sambil dapat rokok sambil kene perli ye dak??

anne kamil said...

Pelik pelik je kalau nak hisap rokok kena bljr pndai pndai. Huhhh =,= HAHAHA

shakinah said...

hambek kau.
haha

.ellnadj. said...

huh pedih...
hambik makan skali dgn asap rokok tu..
free je...=p

vidadarisakura said...

kecik2 nda mo mampus

Encik Ariff said...

Haha. Stail.

I_Hate_Lolipop said...

mmg pedih kata2 bro tu..haha

Kuwe said...

Level lu punya smart tu. Beginner.

intanurulfateha said...

.boring la isap rokok
.isap lah bnde lain plak
.hahahha