Thursday, September 6, 2012

Masyarakat Prihatin

"di mana ada kemalangan, di situ ada kesesakkan jalan"

petang tadi ketika gua dalam perjalanan pulang ke rumah terjadinya satu kemalangan di laluan motor yang menyebabkan kesesakan di laluan motor dan juga laluan kenderaan berat, yang lebih merumitkan punca kesesakan adalah disebabkan pengguna kenderaan banyak memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian tersebut.

hampir 10 minit gua mengharungi kesesakan di laluan motor, apabila gua melalui tempat kejadian kelihatan ramai pengguna motor yang lain sibuk memberikan pertolongan dan tak kurangnya ada sorang mamat yang gua kategorikan sebagai bodoh piang, kerana memberhentikan motornya ditepi jalan lalu mengeluarkan telefon bimbit yang canggih semata-mata untuk mengambil gambar bukannya menelefon ambulans. gua sebenarnya tak pasti apa yang dicuba dilakukan oleh mamat tersebut. sama ada share di twitter, facebook mahupun instagram.

gua meneruskan perjalanan gua, hanya mampu menggelengkan kepala dan berdoa supaya mangsa kemalangan itu tidak mengalami kecederaan yang kritikal.


No comments: