Wednesday, January 8, 2014

Aktiviti Hujung Minggu

hujung minggu adalah satu hari yang indah setelah penat dan bersusah payah mencari rezeki selama 5 atau 6 hari berkerja. hujung minggu biasanya di isi dengan meluangkan masa bersama keluarga, membeli belah, membaca novel dan lain lain lagi la.

seperti biasa hujung minggu gua dihiasi dengan aktiviti mengemas rumah, sebenarnya gua baru memulakan saja scene mengemas rumah semenjak mak gua meninggal dunia hampir 2 bulan yang lalu. tambahan pula adik-adik gua yang lain sedang sibuk dengan urus pembelajaran mereka dikampus.

gua memulakan tugas mengemas bermula dari bilik tidur gua kerana teringat kata pakar motivasi terkenal negara menyatakan "personaliti seseorang insan itu bermula dari kamar tidurnya". selesai bahagian bilik gua, gua mengemas bilik ayah gua, adik gua dan sampailah ke ruangan dapur.

selesai mengemas jam menunjukkan sudah pukul 5 petang, yela gua mengemas bermula pukul 3 petang selepas gua bangun tidur (kah kah kah!). gua memerhatikan semula ruangan yang gua kemas tadi sungguh teratur dan kemas sekali. 


***********************


bapa gua pulang dari kerja masuk ke dalam rumah terus tegur,

"ko kemas rumas ke hari ni?"

gua tersengih sambil mengangguk kepala. 

"kalau kemas rumah kenapa pakaian ni tak basuh lagi?"

cepat cepat gua start motor bagi alasan nak beli makan malam cilake benda basic kemas rumah gua gagal! time tu tuhan saja yang tahu betapa gua nak mak gua hidup semula.


1 comment:

takky said...

takziah....
smoga tabah hadapi dugaan....
sentiasa berdoa agar roh arwah masih dapat pahala sebagai bekalan hari akhirat dari anak2 ye....