Thursday, January 10, 2013

Kata Pujangga

"setiap masalah haruslah di selesaikan dengan perbuatan, bukan dengan perkataan."

kah kah kah. inilah akibatnya melayan cerita setia hujung nyawa. aku hairan macam mana si El boleh mengandung? boleh sesiapa tolong bagitahu? 



Tuesday, January 1, 2013

2013



tahun baru,
kalendar dan tarikh tahunnya saja baru,
sikap dan pemikirannya masih di takuk lama.


Sunday, December 30, 2012

Pink

di saat gua sedang tekun berkerja dan mengawasi kualiti projek penjenamaan semula stesen minyak, datang seorang pelanggan untuk mengisi minyak.

"bang ron 95 yang mana ye bang?"

dengan selamba gua menjawab.

"warna pink"

pelanggan itu tarik muka dan dengan pantas  mengisi minyak secepat mungkin, seolah-olah dunia akan kiamat esok.

salah ke gua nak bergurau dengan lelaki lembut ni? 



Thursday, November 15, 2012

Bola Sepak Malaysia



semalam ada perlawanan malaysia lawan hong kong, aku tengok sampai minit ke 25 saja, macam biasa eksperimen rajagobal tak menjadi lagi. maka aku buat eksperimen aku sendiri. maka hasil eksperimen aku sendiri, ter'install'lah PES 2013.

sempena maal hijrah ni, aku nak berhijrah dari tengok perlawanan bola sepak malaysia ke permainan bola sepak. semoga hijrah ini dapat mengurangkan cacian dan kutukkan terhadap skuad bola sepak negara.

p/s: pemain malaysia ni asyik fikir nak hijrah ke pasukan yang bagi duit lebih je. cuba berhijrah dari bangang bermain bola kepada power bermain bola!

Wednesday, November 14, 2012

Punca

dalam diam sudah berapa bulan juga gua tak update blog ni, biasalah semenjak bergelar seorang pekerja ni. komitmen gua menulis blog terpaksa diketepikan dulu, disebabkan terlalu banyak progress report yang perlu gua taip untuk membuktikan gua sebagai pekerja paling power dan steady.

kalau lu orang rindu kat gua lu orang boleh lihat betapa comelnya gua di instagram. kalau lu orang tak keberatan sila follow gua di instagram!

www.instagram.com/shahrulxazri

p/s: baru saja selesai menaip progress report. fak 7 hari balik 1 pagi!


Tuesday, November 13, 2012

Hadiah

semalam gua tanya adik sepupu gua, dia mahu hadiah apa sempena hari jadinya yang ke 10 tahun. dia boleh jawab nak kamera canon.

jadi gua salahkan iklan canon dan yuna di tv! fak!

Sunday, November 11, 2012

Bengap

perkara paling celaka sekali, bila ada kereta bawa laju macam orang gila. akhirnya berjumpa kereta tu balik sedang berhenti di lampu isyarat . Bengap betul pemandu kereta tu.

lu orang pernah alami apa yang gua pernah alami?