Tuesday, June 30, 2009

Transformasi

gua sedang melakukan transformasi walaupun gua sudah menonton "muvie" transformers..

Photobucket
sebelum

Photobucket
selepas

adakah ia permulaan untuk gua berhenti merokok?gua rasa tak kot..gua dah "stop" mengumpul kotak2 rokok yang tiada nilai moral! :P

Thursday, June 25, 2009

Buat Perangai!


inilah akibat asyik makan sayur je..kononnya nak jadi vegeterian tapi bila nampak kolonel kfc terus mintak gua snap pic die dengan kolonel kfc..

mungkin disebabkan di bahau tiada francais kfc..kalau ada pun nasi ayam tok mat je..sabar je la gua dengan kutu diatas ni :P

Wednesday, June 24, 2009

Hasutan Setan!

kalau semalam gua bangun awal sebab dengar suara halus..hari ni pula gua bangun atas hasil usaha gua sendiri tapi bangun je gua telah mendapat hasutan setan yang mengajak gua menonton transformers 2..maklum la tayangan perdana seluruh negara memang rugi la tak pergi betul tak?


mana taknya dapat hasutan..pagi tadi gua baca "paper" yang menyatakan Megan Fox adalah wanita paling seksi dalam dunia..ish2 takkan gua nak lepaskan peluang gua?lincah kaduk gua siap-siap pergi tempah seat..akhirnya seperti figura diatas!

jadi gua merasakan hasutan setan kali ni betul-betul meninggalkan kesan yang amat mendalam sekali dalam hidup gua..tak rugi beb..lu orang bile lagi? :P

p/s: setan kecik,,gua tak puas hati apsal optimus prime mati dulu??nasib baik hidup balik! ;)

Tuesday, June 23, 2009

Suara Halus

gara-gara suara halus gua terpaksa bangun awal dan mandi awal..

inilah akibatnya mengguna radio sebagai alarm..memang nak tercabut jantung gua awal-awal pagi dah ada orang baca berita!

basted!gua pikir gua nak tukar hp lama gua balik la..:P

Monday, June 22, 2009

Kisah Cinta Rock Kapak

setiap hari isnin adalah hari "feveret" gua..kerana "time" ni gua akan dapat tido dalam kelas dengan sepuas-puasnya..awal pagi dah subjek sejarah cikgu memang dah tak amik "port" pasal gua..siap sumpah kat gua "fail" sejarah tapi TUHAN itu Maha Adil,,gua dapat kredit sahaja..oke la dari "fail"..

lepas rehat pula adalah kelas bahasa malaysia..gua pelik hari tu gua memang tak tido "time" kelas tu biasanya gua pasti akan tido..kiranya tak rugi la gua tak tido dalam kelas "time" tu mana taknya dia boleh buka topik CINTA pula memang gua kasi dengar betul-betul..mana la tahu dapat skit ilmu boleh gua juga praktikkan lepas sekolah paling kurang dapat nombor telefon itu dah "confirm" la dalam poket gua sahaja..

cikgu gua mula la "start" cerita itu cerita ini..dah puas mem"potpetpotpet" dengan kutu-kutu dalam kelas gua..dia tanya pendapat kutu-kutu tu tentang cinta..

cikgu: boleh saya tahu apa yang kamu paham tentang cinta?
kutu A: cinta adalah kasih sayang yang melibatkan antara laki dan perempuan cikgu.
cikgu: boleh terima pakai jugak..kutu B pendapat awak pulak?
kutu B: cinta adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang telus....bla..bla..bla..(kutu B adalah seorang playboy disekolah gua)
cikgu: bila mat romeo sembang tentang cinta saya pun kalah..oke bagaimana dengan awak shahrul azri?

gua tanpa segan silu terus menyanyikan C.I.N.T.A dendangan XPDC..secara tak semena-mena cikgu gua melenting dan mengarahkan gua duduk diluar kelas atas alasan gua bermain-main dalam subjek itu..

rupanya baru gua sedar perangai tido gua ketika dalam kelas bahasa malaysia memang tak boleh dibendung dan diubah lagi! :P

Saturday, June 20, 2009

Membudayakan Sikap Membaca

masuk hari ini sudah 4 novel kepunyaan adik gua sudah gua habiskan..ini bersamaan dengan 2193 muka surat sudah gua baca tanpa jemu..yela dari gua duduk umah sahaja baik gua baca novel..ada jugak faedahnya..takde la mak gua bising-bising suruh gua keje atau buat keje itu ini..

gua bukan tak mahu tolong mak gua tapi lu orang paham la bila tolong ada je tak kene..cili potong tak betul la,kurang garam la,salah masuk perisa la dan macam-macam lagi la..tapi sejak gua membaca novel ni gua tengok takda la die bising-bising sangat membebel kat gua..gua siasat punya siasat baru gua paham kenapa dia tak bising..rupanya sejak gua "start" membaca novel ni gua dah kurang merokok dan keluar malam..baru gua paham..

semalam gua bernasib baik tak terlepas solat jumaat..ini gara-gara kisah si syed aizril dan leya yang selalu membuatkan gua tertanya-tanya apa akan jadi pasal kisah mereka seterusnya..kerana mereka la gua tak tido 1 malam baca kisah mereka..dem!

Photobucket
4 novel beb! lu orang takkan baca blog ja? :P

p/s: gua tak kisah la lu orang nak kata gua jiwang ke dan lain-lain lagi la..yang penting gua berjaya membaca..lu orang bila lagi??owh novel laskar pelangi gua jangan lupa pos laju oke!! :P

Thursday, June 18, 2009

Hari Jadi//Hari Lahir//Happy Birthday!

dengan ini gua mengumumkan gua sudah berumur 18 tahun sebelum tiba waktu umur gua berumur 18 tahun..jadi gua sudah lepas untuk masuk mana-mana kelab malam seperti zouk,orange club dan lain-lain lagi..lu orang bila lagi? :P

Photobucket
boleh masuk kelab dengan berpakaian begini? :P

p/s: ada sesiapa mahu bawa gua ke kelab malam untuk kali pertama??gua bosan la asyik masuk gig je..anyone?? ;)