Monday, October 26, 2009

Kehidupan

kehidupan kita penuh dengan warna warni,,
jangan kau mempersia-siakan kehidupan ini,,
kerana kita hidup sekali sahaja diatas bumi ini,,
ini zaman moden semua harus berwarna warni baru engkau di pandang tinggi,,

hitam putih zaman memori,,
jangan kau cuba ingatinya lagi,,
hidup ini kita perlu terus berdiri,,
hilang sudah tumbuh berganti..


p/s: ini cubaan gua untuk menjadi penyajak muda..bukan penyangak..

Thursday, October 22, 2009

Santau

seperti yang lu orang tahu gua dan kedai mamak memang tak dapat dipisahkan pepatah lama kata "bagai aur dan tebing" dan "air dicincang takkan putus"..yela gua rasa mamak je yang memenuhi citarasa perut gua pukul 2-4 pagi..lu orang bayangkan ada pula kedai-kedai melayu yang buka 24 jam??kalau ada pun boleh dikira dengan jari ja itu pun kalau ada masakannya macam nak tak nak je,macam letak santau kat dalam makanan..

pasal santau ni gua rasa kalau makan kedai mamak gua rasa terjamin skit..kalau makan kat kedai orang kita ni ada je yang dengki tak pasal-pasal pelanggan macam gua jadi mangsa..lu orang paham-paham la orang kita ni mane boleh tengok perniagaan orang lain maju,ada jenis-jenis santau diletakkannya..tapi lu pernah dengar mamak letak tanah kubur,tulang babi dan pelesit kat depan kedai pesaingnya?tak pernahkan??

Wednesday, October 21, 2009

Orang Kata

kalau kita ketawa kita dapat memanjangkan riwayat hidup kita selama 10 tahun..jadi tidak hairanlah jika gua dihalau keluar kelas kerana ketawa dengan kuat hingga menggangu percakapan pensyarah gua di dalam telefon..

kalau kita merokok pula kita akan memendekan riwayat hidup kita selama beberapa lama ntah gua pun tak pasti sangat yang gua pasti tak sampai 10 tahun..jadi lu orang jangan hairan sangat dengan iklan "dont break my heart" yang sedang bermain dikaca televisyen lu orang sekarang..

kerana sekarang,,gua percaya merokok sambil bergelak tawa mampu mengimbang riwayat hidup lu orang untuk beberapa tahun akan datang..

jadi tak salahkan kalau kita mengaplikasikan ia dalam kehidupan seharian kita?selamat mencuba.

Sunday, October 18, 2009

Hiba

dalam sedar tak sedar akhirnya syawal sudah hampir untuk meninggalkan kita..saya terasa sedih sangat kerana tak banyak open house saya dapat hadir..gara-gara saya berada jauh di United Kingdom dan mempunyai komitmen terhadap pembelajaran saya..

kepada pemilik blog ini terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mencoretkan sedikit perasaan hiba saya disini..

Yang Benar
-Awek UK-

Friday, October 16, 2009

Rokok Naik Harga

gua baru dapat tender dari syarikat D'jarum untuk jadi model mereka..


"Dont Break My Heart"

lu jangan prejudis sangat..gua tahu gua pendek,gemok(orang kata),setan dan macham-macham lagi tomahan yang tak sepatutnya gua terima..ape lu orang ingat gua tak "market" ke?

huh! =P

Wednesday, October 14, 2009

Maaf

perjanjian setan antara gua dengan blog setan gua dah terlerai..nampaknya gua kene update blog la jawabnya.

huhuhu~ =P

Friday, October 9, 2009

Last Entri

gua ingat gua nak tutup blog dulu buat sementara waktu(mungkin)..yela nak final exam ni bagi la peluang gua nak buat solat hajat,baca Al-Quran,baca Yassin,baca Talkin dan pelbagai-bagai perkara yang mendatangkan pahala buat gua..mana tahu final exam ni mungkin yang terakhir gua ambil sebelum gua berangkat ke UK untuk terima anugerah Nobel?

kalau asyik berblogging je bila gua nak study?okela,gua nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa,terpegang,teraba dan sebagainya.gua harap lu orang maafkan gua oke..berjumpa lagi di entri yang lain.

heh!