Showing posts with label Homesick. Show all posts
Showing posts with label Homesick. Show all posts

Monday, September 19, 2011

#32 Berkhatan

ketika gua kanak-kanak, gua selalu di ugut oleh bapa gua untuk dikhatankan dengan alasan gua terlalu nakal hingga sering kali menimbulkan kemarahan pada dia. kalau dah di ugut mestilah gua jadi baik sekejapkan? ye adalah 2-3 minggu gua senyap kejap lepas tu setan gua menjadi semula.

sehinggalah tibanya musim cuti sekolah, bapa gua dan pakcik-pakcik gua berbincang untuk melakukan majlis khatan secara beramai-ramai di kampung. pada waktu itu hanya tuhan saja yang tahu betapa menyesalnya gua kerana tidak mendengar kata bapa gua dan dunia kanak-kanak gua bagai di pagut pada petang itu juga.

oleh kerana gua ketakutan, lantas gua bertanyakan pada bapa gua pengalaman dia berkhatan pada waktu dulu-dulu.

"Ayah, perlu ke abang khatan?"

"oh kalau dah khatan, kamu akan jadi dewasa cepat."

"okey,khatan tu rasa sakit tak yah?"

"oh tak sakit pun, rasa macam kena gigit semut je kat anu abang tu."

"la tak sakit mana la ni kan yah?okey abang dah bersedia"

bapa gua tersenyum puas dengan penjelasannya....



*************************************



hari yang di nanti telah tiba, di sisi gua kini kelihatan seorang nurse, doktor dan datuk saudara. bapa gua tak masuk mungkin dia sayu melihat anak sulungnya akan dewasa, gua rasa la.

"okey nurse kita dah boleh mulakan pembedahan kita." arah doktor

"abang selawat banyak-banyak ya, sakit sikit je." kata semangat dari datuk saudara gua.

gua selawat banyak-banyak lalu pejamkan mata, tanpa gua sedari ada air sedang bertakung di dalam kelopak mata gua dan akhirnya ia keluar dengan sendiri jatuh ke pipi. sebenarnya gua bukan menangis kesakitan, tapi menangis kerana akan meninggalkan zaman kanak-kanak gua.

Friday, September 9, 2011

#29 Coretan Kosong

dua kosong kosong lapan,
kelongsong peluru menembak tepat ke hatiku,
ternyata dada ku menjadi sebak dan sebu,

aku masih kosong,
kosong di hati, kosong untuk di bawa mati,
kekosongan ini tidak berganti lagi.

aku bersyukur pada mu tuhan yang SATU.


Tuesday, May 31, 2011

#9 Awal Pagi

sekarang genaplah 2 minggu gua berada dirumah selepas sesi semester berakhir, dan buat kali pertamanya gua terbangun awal pagi pada hari ini, okey gua tipu.. gua tak boleh tidur sebenarnya insomnia datang pada tahap yang teruk.. target gua untuk berkerja tapi, tapi, okey yang sebenarnya gua terlalu muda untuk bekerja dan belum bersedia dari segi fizikal dan mental..

tengoklah kot-kot esok lusa dapat hidayah yang membawa gua ke alam pekerjaan..

Monday, May 9, 2011

#6 Bertungkus Lumus

sebenarnya gua tengah busy edit testis gua. eh silap! maksud gua thesis la.. okey, sambung esok pula. bai!

Sunday, February 6, 2011

The Best Thing Having a Good Girlfriend

1. Good morning texts.
2. Late night phone calls.
3. Falling asleep on the phone.
4. “Babe, guess what?”. “What?”. “I love you”.
5. I miss you/I love you random phone calls.
6. Being grabbed by the waist.
7. Kisses, especially on the forehead.
8. 127817392 photos together.
p/s: sebenarnya gua dah lama dah tak masuk dalam scene-scene percintaan sebegini rupa..kahkahkah!

p/s (2): di petik dari status facebook komal

Wednesday, December 22, 2010

KL Menjerit

setelah 2 tahun tidak menaiki keretapi akhirnya, semalam gua berjaya menunaikan hajat gua untuk menaiki keretapi..perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sangat memenatkan tapi gua sangat enjoy dengan perjalanan malam dengan menaiki sinaran malam ekspres..

pukul 12 malam keretapi bertolak dari JB sentral, macam biasa kalau dah lama tak naik kertapi gua jadi jakun la skit..dari satu koc ke koc yang lain, menghabiskan sisa-sisa perjalanan dalam keretapi dengan mencari gadis-gadis comel dari singapore..kot-kot ada jodoh gua di situ takkan gua nak lepaskan.betul tak?

macam biasa tanpa kalau naik keretapi tanpa rokok memang amat perit, sebelum naik gua dah ambil langkah berjaga-jaga dengan membeli rokok..gua amat terkejut dalam masa 7 jam gua berjaya menghisap 12 batang rokok dan gua syak paru-paru gua semakin hitam gara-gara kebosanan dalam keretapi..

pukul 3 pagi perut buat hal meminta dimasukkan makanan, gua pergi ke cafe di dalam gerabak keretapi tersebut.."adik bagi teh tarik dan maggi cup satu" pinta gua, "semuanya ada rm6" kata gadis katering yang comel sambil menghulurkan nombor telefon sebagai salam perkenalan.

Sunday, September 19, 2010

Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri..sori gua busy sikit dengan jemputan open house dan operasi beraya di rumah kawan..

duit raya tahun ini meningkat juga la dari rm 43.30 menjadi rm85.30..harap2 dengan modal sebesar itu gua dapat laburkan di dalam saham MLM..

raya dan kaya raya!

Friday, April 23, 2010

Awal

"biar betul nih??" gua bermonolog sendiri disuatu ruangan gelap di rumah nelayan..

"mungkin ini satu mimpi?" gua masih tak puas hati untuk mencari jawapan.

paaaaap!! satu pelempang hinggap di pipi..gua rasa satu kebanggaan yang patut dibanggakan oleh gua.

Friday, April 16, 2010

Freemason Vs Freedonut


Ini Dulu


Ini Sekarang.

p/s: saya memilih untuk makan donat dari memakan si dajal..

Friday, February 26, 2010

Kisah Lepas

kebiasaanya 'time' cuti penggal persekolahan,gua akan menghabiskan masa yang banyak di kampung halaman gua kerana disana gua dapat menenangkan pemikiran gua yang terlalu padat dan kusut dengan matapelajaran,hal rumahtangga dan macam lagi la.

semasa dikampung aktiviti yang gua jalankan time cuti penggal adalah memancing,jungle trekking,mandi sungai,merempit,ponteng puasa hinggalah ke aktiviti mengintai anak gadis ketua kampung mandi sungai..masa tu umur dia dalam 17 tahun,,tua setahun dari gua..sekarang dia dah nak jadi bini orang..

cilake betul..buat penat gua simpan duit dalam KWSP dan tabung haji..

Thursday, February 25, 2010

Hangat Tak Ingat

'Kalau gua berubah lu orang nak baca blog gua lagi tak?'

inilah gua selepas melakukan rawatan spa di kedai spa-q..cheryl ex-cole punya pasal misai sanggup gua gadaikan.. ;)

Wednesday, February 17, 2010

Ungkapan

semakin lama semakin malas untuk menulis kata-kata puitis..penyudahnya gua 'delete' jugak blog ni..

semoga ia bersemadi didalam jiwa-jiwa mereka yang pernah membaca blog ini..

mudahkan?

Thursday, February 11, 2010

Pulang Raya Cina

gua harap pihak lebuhraya PLUS menyediakan limau mandarin dan angpau bagi pengguna jalan raya mereka esok.lagi bagus kalau mereka menyediakan setin tiger untuk memberi kesegaran kepada pemandu agar kadar kecelakaan di tahun baru cina kali ini dapat dikurangkan sama sekali..

Friday, February 5, 2010

Menjadi Satu Realiti

9 tahun dulu gua telah disapa oleh seorang pemuda dalam lingkungan lewat 20'an.."dik,lu ada lighter tak?" sapa pemuda tersebut tanpa memberi salam.."sori la bang saya tak hisap rokok" jawab gua dengan tenang tanpa mejawab salam.."muka macam lu tak hisap rokok?tak percayalah gua.." balas pemuda berkenaan..

sekarang gua menyesal kerana disapa oleh pemuda tersebut,,kalau lah masa boleh di ulang semula..

Tuesday, February 2, 2010

Febuary In Love

dalam sedar tak sedar dah masuk bulan febuari rupanya..sudah hampir 2 bulan lebih gua di kampus..ia satu rekod baru yang gua cipta tanpa pulang ke rumah..sekarang dah 2 febuari bermakna gua ada lagi 12 hari untuk mencari cinta..kalau tak mak gua paksa kahwin dengan awek UK..

gua tak mahu..haih~ (T_T)

Thursday, January 21, 2010

Kalori

buat pertama kalinya di semester baru ini gua berjogging sampai hilang kalori gua..jogging pun baru 2 pusingan tapi jenuh juga la gua tengok kalori gua berterabur diatas jalan di sekitar utm ni..nak kutip gua rasa macam malas je baik gua derma kalori-kalori gua tu kat jalan raya dapat juga menambah kekuatan pada struktur jalan kat utm ni..kalau tak jalan-jalan kat utm ni macam cilake..ada bonggol sana,ada lubang sini,jalan berat sebelah dan sampah merata-merata macam takde kesedaran sivik langsung..

habis jogging,gua balik bilik cari timbang,,gua timbang ternyata hasil gua berjaya..sekarang gua dah tak boleh tidur gara-gara kehilangan kalori terlalu banyak..ada harapan juga gua nak skip kelas esok pagi..

cilake betul.

Thursday, January 14, 2010

Pilihan

kalau saya diberi pilihan untuk menjadi kaya atau miskin..sudah tentu saya memilih untuk menjadi kaya kerana saya dapat bersenang lenang dengan limpahan duit yang berjuta-juta gandanya..saya juga boleh membeli barang-barang yang saya suka dan saya mahukan..

tapi dengan wang kita tak boleh membeli kasih sayang mahupun persahabatan kerana kasih sayang dan persahabatan itu datang dari 2 hati yang ikhlas yang mahu menjalinkan hubungan tanpa mengharapkan apa-apa balasan..

dan saya mula sedar,tak menjadi masalah kalau menjadi kaya atau miskin kerana dalam kehidupan ini adalah satu permainan yang ditentukan oleh diri kita sendiri..kalau kita bermain dengan baik mungkin kita akan rasa bahagia dan terasa senang..jika kita bermain secara buruk,mungkin kesenangan yang kita kecapi hanya sementara sahaja..

renung-renungkan dan selamat beramal.

yang benar
-Ustaz UK-

Friday, January 8, 2010

Wangi

malam ni gua plan baik punya..gua setting kamera letak penjuru bilik kasi hala kearah katil gua ala-ala paranormal aktiviti..gua pakai segala minyak wangi yang ada dalam loker gua..gua harap gua akan nampak si pari-pari comel dari langit datang culik gua..

sekurang-kurangnya kalau rumet gua bangun tengok gua takde di dalam bilik mahupun atas katil..gua dah ada tinggalkan bukti kat dia yang gua kene culik dengan pari-pari comel..mesti die jeles yang teramat sangat..keh3 =P

Friday, December 11, 2009

Pembangunan

gua ingat balik utm ni dah ada la pusat beli belah macam klcc atau pavillion ke dah buka dalam kampus,,paling ayam-ayam pun pusat beli belah hari-hari tapi itu pun takde..impian gua hanya tinggal impian sahaja..7-eleven pun takde dalam kampus..macam gua nak beli rokok tengah-tengah malam macam kat rumah??

Dem..gua homesick lagi! gua nak kemas-kemas barang balik rumah kejap..