Showing posts with label Tutup Blog. Show all posts
Showing posts with label Tutup Blog. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Pengumuman: Entri Terakhir untuk Blog Ini

ni mungkin entri terakhir dari saya di dalam blog ni, terima kasih kepada mereka yang pernah membaca,baru baca dan tak pernah membaca blog ini..jika sebelum ini saya pernah melakukan gimik hendak menutup blog, ternyata untuk kali ini ianya bukannya gimik atau entri untuk membuat kelakar.

saya menyusun 10 jari saya jika saya ada membuat salah dan silap yang menyinggung perasaan anda semua semasa saya menulis blog sama ada dalam keadaan sedar mahu pun tidak sedar. blog ini akan ditutup berkuatkuasa pada 9/10/11. saya akan berpindah ke blog baru dan cuba lari dari gaya penulisan di blog ini, saya harap anda semua dapat tinggalkan link blog anda diruangan komen dibawah untuk saya masukkan pada blog baru(klik disini) saya nanti supaya senang untuk saya membaca blog-blog anda semula.

sekali lagi terima kasih yang sudi membaca blog ini, jadi ini adalah entri terakhir dimana blog ini akan dimatikan. selamat tinggal CORETAN HATI SETAN KU. =(

Friday, December 24, 2010

Kemajuan Kampung

kalau dulu balik kampung, gua banyak melepak di gerai cendol dan laksa di pekan kuale kangsar..siapa tak kenal bandar diraja yang popular dengan kesedapan dan keenakkan laksa dan cendolnya..siapa yang tak pernah ke sana lu orang patut mencubanya sebagai satu destinasi percutian yang menarik..

kalau lu orang nak datang kesini lu orang boleh konteks gua untuk penginapan percuma di kampung gua+masakan kampung yang sangat 'awesome' itu kalau gua dikampung la..sekarang gua bukan nak cerita pasal cuti-cuti malaysia, kalau dahulu gua banyak menghabiskan masa di cybercafe semata-mata untuk check email,facebook dan juga berblogging..

sekarang gua dah tak perlu kesana kerana di kampung gua dah dimasukan line streamyx, tapi masalahnya sekarang sekali balik anak cucu line jadi lembab semuanya sibuk ber'facebook' dan ber'myspace'..

Tuesday, August 10, 2010

Ikat

Ramadhan sudah menjelma..mungkin saya akan memberhentikan khidmat di blog ni bagi memberi laluan dan mengambil berkat bulan Ramadhan..

walaupun blog setan,ini tak bermakna ia akan di ikat bersama syaitan..

ingat ya setan dan syaitan tak sama..

-ustaz UK-

Wednesday, July 14, 2010

Semangat

1) walaupun gua masuk kelas lewat sehari daripada jadual waktu pembelajaran..semangat gua untuk belajar masih ada dan buat masa sekarang gua masih berjaya dalam proses bangun awal pagi untuk ke kelas..

2) banyak 'banner' digantung untuk kempen "Ke Arah Kampus Bebas Rokok"..ia sedikit sebanyak memberi kesan untuk gua sedar,tapi seperti biasa gua masih bersemangat untuk menghisap rokok didalam kampus..

3) lemah semangat gua bila bilik jauh dari fakulti..mungkin gua patut bangun lebih awal lagi?

4) semangat gua untuk berblogging dah takde..jumpa lagi 3 bulan lagi..bye!

Thursday, July 8, 2010

Tamat

selepas hampir 3 bulan gua bergelumang dunia kerjaya sebagai anak seni..kini sudah tiba gua memberi laluan kepada pelapis-pelapis baru yang sedang meningkat naik dan sekaligus memberi fokus kepada keluarga,bangsa dan negara..

mungkin tak fokus nak berblog kot lepas ni..biar aje la ia bersawang dan diruntuhkan macam penjara pudu.."takda ape yang perlu dibanggakan dengan blog ini"