Tuesday, May 18, 2010

Beyonce Malaysia

malam minggu lepas gua hanya menghabiskan masa dengan famili gua saja,,yela time ni jela gua free dari bebanan kerja yang melampau..dari gua merempit dan melepak tak tentu hala ada baiknya gua duduk dirumah,sambil-sambil tu tolong mak gua kemas rumah,sapu sampah,cuci baju dan memasak..lu orang jangan ingat gua tak boleh handle benda benda-benda macam tu..

dan pada malam minggu lepas juga gua banyak menghabiskan masa dengan menonton Akademi Fantasia dan Mentor..salah satu perkara yang jarang sungguh gua lakukan dalam kehidupan gua..yela musim bola sepak inggeris dah tamat nak menonton badminton gua hilang mood gara-gara kekalahan mudah dengan team China..

dari gua hilang mood baik gua layan benda-benda macam ni tak ke seronok namanya?tengah syok gua layan dayang nur faizah menyanyi,tetiba mak gua bersuara “dah hitam-hitam macam ni pun nak pakai seksi–seksi ke?”..

gua macam biasa malas amek port..sambil meneliti body dayang nurfaizah dikaca televisyen, “solid jugak body dia ni” desis gua dalam hati.

mak gua bersuara lagi sebagai tanda protesnya “penonton bersorak bukan sebab suara best,ntah2 sebab dia pakai seksi”..

tetiba adik gua bersuara “ala mak ni..dia kan beyonce malaysia”

gua pandang muka mak gua kelat semacam..gua syak mak gua tengah pening memikirkan siapa beyonce tu..dengan adanya tali pinggang hitam dalam ilmu karate gua..sekelip mata sahaja televisyen itu berkecai..

13 comments:

yylagenda said...

dok pk benda sama gak time tuh...

dila john said...

yang berkecai tu tangan kau.

qishie said...

mak kau mesti dah pikir lain!
anak dia ni macam2 sikit..dah la pernah bagi link merapu.zzz

N D Z said...

dayang mmg suara sedap...tp tu la seksi lak an...

mirachantek said...

somensip si dayang best la, show kat planet hol tu selalunya berjaya.

bab tu je la berjaye.

cuba pakai baju kurung, tak ke nampak lagi manis somensip dia tuh?

AkU said...

pikiran lucah ko nih..hahah..

Blithe Spirit said...

bab kaler2 ni ah yg den sensetip ni..haha

Paan Ovrtd said...

Gua tak setuju!!!!!!!!

BudAk hijAu said...

tolong karate tv gua skali...

NOOR FATIN said...

wow!

anne kamil said...

wah gitu kan ? hahaha

piqaiqapiqa . said...

geli haku ! haha beyonce malaysiaa konon

enyheartsdiamond said...

anak mami cun mcm eny :p