Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, August 12, 2011

#21 Meriam Untuk Tok Imam

macam biasa bila ramadhan menjelma berbagai scene ramadhan kita boleh jumpa, scene tak puasa, scene orang terawih dan paling power scene mercun. ia di malaysia, boleh dikatakan semua perayaan utama yang disambut oleh masyarakat malaysia pasti akan di meriahkan dengan mercun.



gua juga tidak pernah terlepas dari scene mercun ni, kalau nak ikutkan gua lebih kepada mercun tradisional yang tidak asing lagi di kalangan orang melayu kita iaitu meriam. bila beberapa hari sebelum menjelmanya ramadhan gua dan geng kampung berbincang tentang strategi untuk membina protoip dari barangan terbuang, dari tin ridsect hinggalah ke tiang 'signboard' yang dah patah. bukan apa dibandar ni payah nak dapat buluh, kalau ada pun jenis buluh buat perhiasan depan rumah.



selepas berbincang akhirnya kami memutuskan untuk merembat sahaja tiang 'signboard' yang patah dek kecelakaan jalan raya, lepas ramadhan jual kat besi buruk boleh buat duit raya. otak remaja macam gua memang cukup geliga membuat perkiraan bajet, macam biasa bila nak beli kabaid ni kena la kongsi ramai-ramai, si mamat menjadi bendahari untuk mengutip seorang rm5 untuk membeli stok sepanjang ramadhan ini.







****************************************







masa yang dinantikan telah ditiba, selepas selesai maghrib, gua dengan kutu kampung terus keluar masjid sedangkan tok imam baru bersiap sedia untuk memberikan tazkirah. kami memilih kawasan luas berhampiran masjid tempat kami bersiap sedia dengan segala peralatan untuk mengempur malam ramadhan kedua. gua dan meon bersiap sedia membancuh kabaid dengan air secukup rasa, nampak berasap kami terus memasukkan kedalam salur lubang yang telah tersedia.



"orait mat, kau tunggu lagi sepuluh 4-6 saat baru kau cucuh api kat lubang" ujar gua. maka si mamat memulakan perkiraan. selepas cukup masa dengan pantas mamat menyiot api ke lubang meriam.



kaaabbboooommm!



bunyinya bak peluru berpandu israel yang memusnahkan bumi palestin kuat dan padat. manakala kedengaran riuh rendah orang berketawa dari corong speaker besar masjid. gua dan rakan gua berpindah ke tempat lain untuk mengelak gangguan.







***************************







macam biasa pukul 10 malam, masing-masing minta diri untuk bersurai, gua pun berjalan kaki pulang ke rumah. sampai di rumah bapak gua yang baru pulang dari masjid menegur gua "tadi siapa yang main meriam? kuat sangat bunyinya sampai melatah tok imam dibuatnya". dengan muka tidak bersalah gua menjawab tidak tahu sebagai menutup episod suka duka "meriam untuk tok imam".





sources: google image



pada tahun itu sekeping kad raya diutuskan kepada tok imam melatah itu.

Wednesday, June 8, 2011

#12 Hadiah Hari Lahir

*sila klik untuk lebih jelas*

sebenarnya hari lahir gua lama lagi tapi dah ada orang bagi gua hadiah..jadi takkan gua nak tolak pula? bak kata orang tua-tua " orang memberi kita memberi kita merasa "..terima kasih nuffnang untuk hadiah ini, akan gua gunakan untuk menonton filem 'transformers 3 in 3D!'..

cuma masalahnya sekarang office nuffnang ni kat mana? siapa boleh tolong gua untuk tunjukkan jalan ke office ni? nanti akan gua hadiahkan mereka sekeping tiket wayang tak pun tengok wayang dengan gua pun orait juga.. :)

oh yeah, golongan wanita lebih diutamakan berbanding lelaki...kikikiki

Wednesday, August 25, 2010

Wrestling

seperti biasa sahur di restoran mamak disekitar kampus gua adalah 1 rutin yang agak harian bagi gua kerana waktu sahur gua bukan makan banyak pun..cukuplah sekadar roti sardin dan 1 teh tarik gelas besar untuk mengalas perut gua pada keesokkan harinya..

pada waktu pagi dinihari ni, pengusaha restoran banyak menayangkan cerita wrestling dari perlawanan bola sepak ataupun kuliah sebelum subuh..ia sedikit sebanyak menghampakan diri gua yang sentiasa inginkan semangat motivasi pada pagi hari..

menonton cerita gusti sedikit sebanyak mengingatkan gua pada arwah atuk gua yang sudah 7 bulan meninggal dunia..mana taknya pantang gua balik kampung pasti cerita wrestling dijadikan sajian tontonan untuk kami..walaupun cerita sudah diulang beratus kali sampai cd-cd wrestling dah ada calar,tengok pun sampai gambar di televisyen lekat-lekat tapi ia sedikit pun tidak pernah melunturkan semangat atuk gua yang meminati stonecold steve austin..

sekarang sudah masuk 15 ramadhan, cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut aidilfitri..gua sedih,kerana ini kali pertama gua beraya tanpa atuk gua..

**************************************

Al-Fatihah untuk:-

1) Ahmad bin Taib
2) Saari bin Mohammed

Thursday, August 19, 2010

Diari Ramadhan Saya

untuk menjimatkan kos kehidupan sebagai seorang pelajar..saya dan kawan-kawan saya yang lain telah bersepakat untuk masak nasi dan membeli lauk-pauk yang sudah siap dimasak sebagai juadah bersahur kami..secara tak langsung ia dapat membantu kami untuk membeli sekotak rokok sebagai persiapan untuk berbuka.

apabila makanan juadah telah siap sedia..maka kutu-kutu lain telah bersiap sedia untuk mengempur juadah tersebut..tanpa memulakan sebarang upacara ritual atau doa mengikut kepercayaan masing-masing,kami semua telah menyerbu makanan tersebut..

" woi! baca doa dulu, tak baca doa nanti makan dengan syaitan " ujar saya kepada kutu lain

" bulan puasa mana ada syaitan kan dah kene ikat..takdehal punya.." penuh istiqamah kutu 1 menerangkan pada kawan-kawan yang lain..

" aah betul la..jom makan tak elok bergaduh depan makanan" kata kutu sorang lagi penuh yakin menyokong hujah kutu 1..

*********************************
terjadilah babak yang kurang enak dibulan puasa..maka pada pagi itu,,kutu-kutu tersebut bersahur dengan kaki,siku dan tangan saya..

Friday, August 13, 2010

'Wisdom'

Nama saya Syaa'ban.saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftar.Mereka akan dtemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat,Barakah&Keampunan.Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines.Hargai mereka & anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda..

hebat bukan ayat ini? oke,gua copy paste sebenarnya dari Facebook kawan gua..

Selamat Berpuasa Dan Tidak Selamat Kalau Tak Puasa.