Sunday, August 15, 2010

Yang Sebenarnya

mungkin apa yang kita impikan tak semuanya akan tercapai tapi kalau kita mencuba kearah impian kita,ia mungkin sedikit sebanyak kita telah membantu kita kearah impian itu..

saya selalu impikan untuk kembali pada zaman kanak-kanak dimana saya leka dan hanyut dalam kehidupan sebagai seorang budak kecil yang tembam seringkali pipinya di cubit oleh gadis seksi terutamanya bila pergi ke pasar malam di sekitar shah alam 19 tahun yang lalu.

sekarang tiada siapa mahu mencubitnya lagi..mungkin saya patut simpan memori ini sebagai kenangan terindah buat diri saya..

Friday, August 13, 2010

'Wisdom'

Nama saya Syaa'ban.saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftar.Mereka akan dtemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat,Barakah&Keampunan.Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines.Hargai mereka & anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda..

hebat bukan ayat ini? oke,gua copy paste sebenarnya dari Facebook kawan gua..

Selamat Berpuasa Dan Tidak Selamat Kalau Tak Puasa.

Tuesday, August 10, 2010

Ikat

Ramadhan sudah menjelma..mungkin saya akan memberhentikan khidmat di blog ni bagi memberi laluan dan mengambil berkat bulan Ramadhan..

walaupun blog setan,ini tak bermakna ia akan di ikat bersama syaitan..

ingat ya setan dan syaitan tak sama..

-ustaz UK-

Tuesday, August 3, 2010

Kahwin

" habiskan belajar dahulu dan kerja..mak nak rasa duit dari titik peluh kau,kemudian baru boleh kahwin " kata mak gua, masih terngiang-ngiang lagi ayat itu dalam kepala gua..

sekarang gua sudah 23 tahun..paling kurang untuk mencapai kearah itu memerlukan masa 5-6 tahun..mungkin!

sambil pandang kebawah dan gua bermonolog sendirian " aku harap kau boleh tahan sabar ya.."

Thursday, July 29, 2010

Plot

Hari ini, adalah satu permulaan yang baik untuk saya berubah.

Esok, mungkin saya dah lupa yang saya dah berubah rupanya.

Lusa, saya terus hanyut dalam dunia kegilaan ciptaan saya ini.

Tulat, ..........

Wednesday, July 14, 2010

Semangat

1) walaupun gua masuk kelas lewat sehari daripada jadual waktu pembelajaran..semangat gua untuk belajar masih ada dan buat masa sekarang gua masih berjaya dalam proses bangun awal pagi untuk ke kelas..

2) banyak 'banner' digantung untuk kempen "Ke Arah Kampus Bebas Rokok"..ia sedikit sebanyak memberi kesan untuk gua sedar,tapi seperti biasa gua masih bersemangat untuk menghisap rokok didalam kampus..

3) lemah semangat gua bila bilik jauh dari fakulti..mungkin gua patut bangun lebih awal lagi?

4) semangat gua untuk berblogging dah takde..jumpa lagi 3 bulan lagi..bye!

Thursday, July 8, 2010

Tamat

selepas hampir 3 bulan gua bergelumang dunia kerjaya sebagai anak seni..kini sudah tiba gua memberi laluan kepada pelapis-pelapis baru yang sedang meningkat naik dan sekaligus memberi fokus kepada keluarga,bangsa dan negara..

mungkin tak fokus nak berblog kot lepas ni..biar aje la ia bersawang dan diruntuhkan macam penjara pudu.."takda ape yang perlu dibanggakan dengan blog ini"