Wednesday, December 30, 2009

Secebis Kehidupan Untuk Masa Hadapan

pernahkah anda terasa seperti bosan dan mual dengan informasi yang sama dari hari ke hari..dimana yang lemah terus ditindas dan yang kuat terus berkuasa sehingga nyawa-nyawa manusia yang tidak bersalah mudah diratah oleh mereka-meraka yang tidak bertanggungjawab..kita hanya terus mendengar,melihat dan membaca tanpa melakukan sebarang apa-apa tindakkan..umpama pekakkan telinga,butakan mata dan hati,dan kita lihatlah apa yang akan terjadi..

saya mula sedari dengan pepatah ini "I love humanity but I hate people."..mungkin istilah ini sudah boleh diguna pakai untuk kehidupan kita dimasa hadapan..mungkin saya lemah untuk melawan mereka tapi saya masih kuat untuk memberi semangat kepada mereka agar mereka terus kuat berdiri untuk masa hadapan..

Sunday, December 27, 2009

Hilangnya Kemanusian Dalam Hidup Ini

gambar ihsan metro

saya tak tahu la sampai bila perkara sebegini rupa akan berakhir..

"I love humanity but I hate people." dari Edna St. Vincent Millay

Friday, December 25, 2009

Rindu Suasana Kampung


esok gua nak kena gerak balik klang..gua harap 2-3 bulan lagi gua balik dah ada tempat beli belah macam pavillion ke dah dibuka kat kampung gua..ada juga masa petang-petang gua terisi dengan usya awek-awek hot..kalau tak makan laksa kuale dan cendol aje la..

keh3..

Thursday, December 24, 2009

Kemajuan Kampung Desa Bakti

lama jugak gua tak balik kampung..'last' gua balik kampung rasanya dalam raya puasa lepas..itu pun gua balik kejap pastu balik utm balik nak 'exam' punya pasal..dalam beberapa bulan ni gua tengok banyak jugak yang berubah di kampung ni..terutama kemunculan 'cyber cafe' bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..

benda ni wujud atas hasil inisiatif kerajaan campuran ape kejadah negeri perak untuk mencapai kadar buta I.T dikalangan penduduk desa sebanyak 10% menjelang tahun 2012..kalau 'time' tu tak kiamat lagi la kalau mengikut kalendar masihi..

sebagai anak jati kampung gua,,gua telah menggunakan segala kemudahan yang ada di kampung ini tapi yang cilakenya RAM512 tapi pakai vista tak ke lembab jadinya??lagi satu 'cyber cafe' ni terletak di sebelah kedai jual beli getah skrap!nasib baik sejam rm1..murah dari bahau gua rasa..

gua tengah plan nak rosakkan minda anak-anak muda disini..ada kepatut datang 'cyber cafe' depa dok buka laman web lucah..tak cool langsung..gua ingat dalam kampung ni gua sorang je ada facebook dan blog la..kah3

Sunday, December 20, 2009

Angan Dan Sedar

dalam sedar atau tidak sedar akhirnya kita sudah memasuki tahun baru Islam walaupun tahun baru pada kalendar masihi belum lagi menjelma tiba..kehadiran tahun baru ini disambut dengan penuh syukur dan gembiranya kerana gua masih dipanjangkan umur dan diberikan nafas untuk menulis sekerat coretan ini untuk tatapan pada pembaca..

semoga kehadiran tahun baru ini,,gua berjaya menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan..

p/s: ini cubaan pertama gua untuk menjadi baik..

Friday, December 18, 2009

K E M B A L I

gua kembali untuk merosakkan minda-minda lu orang semua..

Tuesday, December 15, 2009

Penjualan

gua ingat gua nak jual la akaun blog gua ni..gua dah malas dah nak update dengan wifi macam cilake,nak beli brodband tak mampu biasala anak nelayan katakan..

siapa-siapa rasa nak beli dan take over blog ni sila contact gua di 0137976918..dah bank in duit..gua bagi email dan paswod sekali..

babai!

Friday, December 11, 2009

Pembangunan

gua ingat balik utm ni dah ada la pusat beli belah macam klcc atau pavillion ke dah buka dalam kampus,,paling ayam-ayam pun pusat beli belah hari-hari tapi itu pun takde..impian gua hanya tinggal impian sahaja..7-eleven pun takde dalam kampus..macam gua nak beli rokok tengah-tengah malam macam kat rumah??

Dem..gua homesick lagi! gua nak kemas-kemas barang balik rumah kejap..

Wednesday, December 9, 2009

Tarik Picu,,Acukan Pada Kepala..


mungkin kehidupan seperti figura atas ini adalah yang terbaik untuk saya daripada kehidupan yang dibawah paras sedar ketika ini..

jadi saya ambil pistol,,tarik picu dan terus acukan pada kepala..kini berakhirlah sebuah kehidupan yang menggembirakan di dalam cuti semester ini..

babai~

Monday, December 7, 2009

Suram

(Gambar Hiasan Semata-mata)

menghabiskan baki-baki cuti semester adalah mimpi ngeri bagi setiap pelajar..dalam sedar tak sedar sudah 1 bulan rupanya gua bercuti sakan tanpa melakukan kerja-kerja yang berfaedah selain dari makan dan tidur..

tapi apa gua kisah?badan gua tetap "maintain" macam dulu walaupun makan dan tidur..

hehe~

Thursday, December 3, 2009

Himpunan Puisi Uh-Ah-Uh-Ah(Serious Version)

Hidup harus seperti ini,
memerintah diri sendiri untuk memenuhi apa yang anda perlukan,
menakluk diri dengan apa yang anda merindukan anda,
melayani diri sebagai tuan kuat anda sendiri.

ditangkap tanpa alasan yang bersalah,
dan telah dipuji orang berdosa yang tak terlihat,
terperangkap di dalam budaya liberal yang anda tuntutan tersebut,
Anda membuat undang-undang yang biasa anda ikuti.

selalu berfikir tentang orang lain saat anda marah,
Anda mungkin kehilangan salah satu kawan baik,
sekali anda pernah melewati jambatan anda telah membangun,
saya tahu bagaimana rasanya yang tidak begitu mudah untuk mempermudah.

setelah anda berada di atas atau bawah dalam masalah besar,
terus berfikir tentang kelas yang berlawanan,
mereka mungkin teman-teman anda yang mungkin berpaling kepada musuh,
atau mereka mungkin menjadi raksasa yang akan menghancurkan kehidupan anda.

suatu hari anda akan menemukan sebuah peluru menyerang kepada kepala anda,
itu hanya terjadi semua dengan tiba-tiba tanpa pernah berpikir tentang itu,
dan anda telah tersandung di tengah-tengah syurga dan neraka,
dan anda akhirnya menyesali tentang apa yang belum pernah dilakukan dahulu.

kehidupan harus berakhir seperti ini ..

p/s: gua tolong alih bahasa sahaja dari blog kutu ni..nyaris-nyaris juga la A.Samad Said nak amek puisi ni tapi gua dah "copy paste" dulu..

Tuesday, December 1, 2009

1 Disember 2009


"Saya ada penyakit AIDS..Sudikah anda berjabat tangan dengan saya?"

p/s: Update Lepas (klik)
p/ss: Official (Klik)

Sunday, November 29, 2009

Internasional

gua dah masuk majalah internasional..lu orang bila lagi..sila klik disini untuk mendapatkan langganan percuma..

Thursday, November 26, 2009

Korban

Definisi Korban Bagi Masyarakat Kita..

1. Pengorbanan paling besar terpaksa dilakukan untuk memilih destinasi sama ada untuk pulang beraya korban dirumah mertua atau rumah famili sendiri.

2. Ramai yang terkorban di hari raya korban gara-gara pemanduan kurang sopan ketika pulang berhari raya korban..

3. Mengorbankan wang yang banyak untuk membeli baju hari raya korban.

4. Terkorban di atas katil ketika solat sunat raya korban dijalankan.


Disini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban.salam dari perantau buat Shahrul Tanaka di Malaysia sana..

yang benar
-Awek UK-

Monday, November 23, 2009

Perubahan Pt.2

dari hari ke hari gua menjadi semakin baik..tak lama lagi nama blog akan ditukarkan kepada coretan hati tok imam..

haih.

Friday, November 20, 2009

Tanggungjawab Pt.2

dari hari ke hari gua semakin sibuk dengan kerja-kerja yang merapik dan tidak membina otot-otot gua..boleh dikatakan setiap hari gua mood gua untuk berjogging mahupun berblogging semakin berkurangan,,yela lu orang paham la sekarang ni musim tengkujuh ni,,kalau gua keluar berjogging 'time' hujan gua akan kene demam..kalau gua berblogging 'time' hujan bermakna gua dah buang masa gua untuk tido..

kalau gua tak update blog lu orang boleh klik je kat Facebook,Eleh Komuniti, dan Twitter gua..mungkin gua ada disana..kalau gua takde juga mungkin internet gua telah dipotong..biasala anak nelayan katakan..

wuwuwuwuwuwu~

Tuesday, November 17, 2009

Gangguan Seksual

*lagu ignorance 10 saat*

"hye saya ayu azahari model dari Indonesia dapatkan klip video panas saya dengan menaip on Ayu dan hantar ke 3**** " berpinar-pinar mata gua membaca mesej..

gua bangun gosok gigi terus pergi ke laptop gua..

"owh,,dah siap 'download' rupanya"..

Saturday, November 14, 2009

Tanggungjawab


kalau gua tak update blog lu orang jangan la marah sangat..gua dah ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan gua juga dah takde masa nak lepak-lepak macam dulu sampai pukul 4 pagi macam dulu..yela tanggungjawab ni sangat berat sampai nak beli rokok dan belanja orang makan kat J.co pun gua kene fikir 2-3 kali..

haih..

Thursday, November 12, 2009

Kebiasaan

bila nak dekat 'final exam' ramai kawan-kawan gua mesej bertanyakan tentang kertas-kertas soalan 'final exam' yang lepas,tips-tips untuk menjawab,tips-tips soalan yang keluar dan macam-macam lagi..bagi gua itu tiada masalah kerana lu orang tahu sendiri yang gua memang suka menolong kawan-kawan gua.

bila dah habis 'final exam' ramai kawan-kawan gua mesej bertanyakan tentang filem-filem terbaru yang gua ada..bagi gua itu tiada masalah juga kerana gua paham mereka hendak melepaskan 'tension' dan mahu merehatkan otak selepas menjawab 'final exam' yang penuh dugaan dan pancaroba..

tapi yang gua dah biasa sangat bila habis 'final exam' ada sesetengah daripada kawan-kawan gua mesej gua dan bertanyakan tentang filem yang bukan-bukan dari gua..gua rasa mahu lempang sekor-sekor,,katanya nak format otak selepas 'final exam'..ape,mereka ingat gua ni penerbit filem dewasa ke?

Tuesday, November 10, 2009

Perubahan Mendadak

"Tekun Betul Gua"


"Rajin Betul Gua"


"Entah Bila Gua Nak Berubah"

Wednesday, November 4, 2009

Sosej dan Lembu

seorang anak telah dijemput pulang oleh bapanya dari amerika setelah gagal menamatkan pelajarannya diperingkat sarjana muda selama 10 tahun disana selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM..jauh disudut hati si anak mahu berbual dengan bapanya tapi masih tiada topik dan perbualan hangat dicapai diantara kedua-dua belah pihak..

si anak cuba mengambil hati bapanya dengan menceritakan pengalamannya selama 10 tahun di amerika.."bapak..tahukah bapak teknologi di amerika sangat canggih kerana dengan memasukkan seekor lembu kita boleh memperoleh sosej" kata si anak dengan muka minta penampar..

"itu teknologi lama la..27 tahun lalu aku telah memasukkan sebatang sosej dan telah mengeluarkan seekor lembu yang tak berguna sekarang ni" jawab si bapa tanpa rasa kesal didada..

si anak duduk terdiam dan menyesali kerana membuka topik itu..

Sunday, November 1, 2009

Malas

Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,Malas,
sangat malas bukan..(ctrl+A)

Monday, October 26, 2009

Kehidupan

kehidupan kita penuh dengan warna warni,,
jangan kau mempersia-siakan kehidupan ini,,
kerana kita hidup sekali sahaja diatas bumi ini,,
ini zaman moden semua harus berwarna warni baru engkau di pandang tinggi,,

hitam putih zaman memori,,
jangan kau cuba ingatinya lagi,,
hidup ini kita perlu terus berdiri,,
hilang sudah tumbuh berganti..


p/s: ini cubaan gua untuk menjadi penyajak muda..bukan penyangak..

Thursday, October 22, 2009

Santau

seperti yang lu orang tahu gua dan kedai mamak memang tak dapat dipisahkan pepatah lama kata "bagai aur dan tebing" dan "air dicincang takkan putus"..yela gua rasa mamak je yang memenuhi citarasa perut gua pukul 2-4 pagi..lu orang bayangkan ada pula kedai-kedai melayu yang buka 24 jam??kalau ada pun boleh dikira dengan jari ja itu pun kalau ada masakannya macam nak tak nak je,macam letak santau kat dalam makanan..

pasal santau ni gua rasa kalau makan kedai mamak gua rasa terjamin skit..kalau makan kat kedai orang kita ni ada je yang dengki tak pasal-pasal pelanggan macam gua jadi mangsa..lu orang paham-paham la orang kita ni mane boleh tengok perniagaan orang lain maju,ada jenis-jenis santau diletakkannya..tapi lu pernah dengar mamak letak tanah kubur,tulang babi dan pelesit kat depan kedai pesaingnya?tak pernahkan??

Wednesday, October 21, 2009

Orang Kata

kalau kita ketawa kita dapat memanjangkan riwayat hidup kita selama 10 tahun..jadi tidak hairanlah jika gua dihalau keluar kelas kerana ketawa dengan kuat hingga menggangu percakapan pensyarah gua di dalam telefon..

kalau kita merokok pula kita akan memendekan riwayat hidup kita selama beberapa lama ntah gua pun tak pasti sangat yang gua pasti tak sampai 10 tahun..jadi lu orang jangan hairan sangat dengan iklan "dont break my heart" yang sedang bermain dikaca televisyen lu orang sekarang..

kerana sekarang,,gua percaya merokok sambil bergelak tawa mampu mengimbang riwayat hidup lu orang untuk beberapa tahun akan datang..

jadi tak salahkan kalau kita mengaplikasikan ia dalam kehidupan seharian kita?selamat mencuba.

Sunday, October 18, 2009

Hiba

dalam sedar tak sedar akhirnya syawal sudah hampir untuk meninggalkan kita..saya terasa sedih sangat kerana tak banyak open house saya dapat hadir..gara-gara saya berada jauh di United Kingdom dan mempunyai komitmen terhadap pembelajaran saya..

kepada pemilik blog ini terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mencoretkan sedikit perasaan hiba saya disini..

Yang Benar
-Awek UK-

Friday, October 16, 2009

Rokok Naik Harga

gua baru dapat tender dari syarikat D'jarum untuk jadi model mereka..


"Dont Break My Heart"

lu jangan prejudis sangat..gua tahu gua pendek,gemok(orang kata),setan dan macham-macham lagi tomahan yang tak sepatutnya gua terima..ape lu orang ingat gua tak "market" ke?

huh! =P

Wednesday, October 14, 2009

Maaf

perjanjian setan antara gua dengan blog setan gua dah terlerai..nampaknya gua kene update blog la jawabnya.

huhuhu~ =P

Friday, October 9, 2009

Last Entri

gua ingat gua nak tutup blog dulu buat sementara waktu(mungkin)..yela nak final exam ni bagi la peluang gua nak buat solat hajat,baca Al-Quran,baca Yassin,baca Talkin dan pelbagai-bagai perkara yang mendatangkan pahala buat gua..mana tahu final exam ni mungkin yang terakhir gua ambil sebelum gua berangkat ke UK untuk terima anugerah Nobel?

kalau asyik berblogging je bila gua nak study?okela,gua nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa,terpegang,teraba dan sebagainya.gua harap lu orang maafkan gua oke..berjumpa lagi di entri yang lain.

heh!

Thursday, October 8, 2009

Hello

Gua sedang jawab test ni..lu orang jangan cuba nak kacau gua..

heh!

Tuesday, October 6, 2009

Santau

seperti biasa makan malam di kedai mamak adalah rutin harian bagi gua bersama dengan kutu-kutu lain tiada hidangan yang istimewa cukuplah dengan roti telur dan teh tarik sahaja tapi malam semalam,,ntah syaitan jenis ape yang menghasut gua dan rakan-rakan supaya makan nasi..macham-macham jenis nasi yang di'order' oleh kutu-kutu,tapi nasib tak menyebelahi salah sorang kutu ni..nasi yang dia makan telah menampakkan seekor makhluk halus..

gua terus bangun dan menjerit umpama singa yang lapar "hoiiiii,,apsal nasi yang kawan gua makan ada lipas??"..lepas tu gua nampak kelibat tukang masak bertubuh kecil dan berkulit hitam manis datang dari dapur,,"nampak macam boleh makan je mamak pendek ni" desis hati kecil gua..dengan menampakkan gigi taring gua sudah cukup membuatkan mamak tu terketar-ketar dengan gua,,namun gua hampa,dengan tenang si tukang masak itu menjawab "eh lipas ini sudah ada dalam nasi pulak ka?dulu selalu ada dalam kuah sahaja"

gua syak lipas adalah cara paling efektif dan murah untuk melakukan santau tanpa perlu jumpa tok dukun dan membuat pelbagai perkara-perkara syirik yang lain..

Monday, October 5, 2009

Pengganti

hyew saya kawan kepada pemilik blog nie..dia minta saya take over blog setan die nie untuk beberapa minggu bagi mengelakkan para pembaca windu gilew pada beliau..saya tawu dia tuew memang banyak peminat terutama dikalangan wanita-wanita dikampus..saya pun tak tawu apa keistimewaannya mungkin dia pakai susuk tak pun dia pakai pasak siamang walaupun banyak peminat wanita dia bukanlah seorang "playboy" mahupun bapak ayam..lu orang jangan cuba nak samakan kawan saya tuew dengan benda yang bukan-bukan kalau setan takpew..

dia baru mesej saya,,"macam mane blog i?oke tak u jaga?i busy la dengan assignment dan study nanti i abis final kita date ya.." wah tak sabar pula saya nak berjumpa dengan dia..jumpa lagi di entri yang lain.. xoxo

yang benar
-Awek UK-

Friday, October 2, 2009

Nama Blog Tak Melambangkan Keperibadian Gua

seperti biasa aktiviti gua dihujung minggu hanya duduk dibilik dan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang sesuai dengan moto parti politik yang banyak menyumbang duit untuk pembelajaran gua..

lu orang kalau asyik belajar je naik tepu jugak kalau tak reti nak jenguk persekitaran dan melakukan aktiviti senaman yang sepatutnya..yela lu orang patut contohi gua,pelajar macam gua ni selalu saja dapat jemputan dari kawan-kawan untuk makan bersama,belajar bersama dan segala-galanya bersama kecuali tido bersama-sama antara lelaki dan perempuan..

walaupun setan tapi i masih suci lagi taw..auwwww~

Wednesday, September 30, 2009

Setahun..

Owh coretan setan sudah setahun rupanya..gua ingat nak buat parti skit..macam biasalah parti setan ni air yang disediakan adalah air kencing setan la..makanan pun makanan setan..

sila la datang ke bilik gua L27/208..malam ni kita berparti.

Monday, September 28, 2009

Patah Hati

"Dont Break My Heart" kata Si Ibu..


tapi si anak masih begitu jugak..

Friday, September 25, 2009

Diari 1 Syawal Gua

gua bangun pagi,,masih terasa sengal-sengal badan yang masih tak hilang dari semalam..biasalah kalau gua kat kampung abis satu kampung minta tolong dengan gua..pergi beli kuih la,baju la,teman pergi bazar la dan macam-macam lagi la..

gua relax-relax kejap,,tarik nafas panjang-panjang untuk menghirup udara pagi 1 syawal..gua lihat jam dinding sudah hampir pukul 10 pagi..gua terdiam dan berpikir sebentar "owh syaitan dah keluar dari neraka rupanya,,cilaka! gua dah terkena hasutannya"

maka terbatal la niat gua untuk bersolat aidilfitri pada tahun ini..

Friday, September 18, 2009

Eh..

akhirnya jasad tubuh gua yang tertinggal di UTM tempoh hari telah bergabung dengan minda gua pagi ni..ha3
eh jom shopping raya.. ;)

Wednesday, September 16, 2009

Berfikir

gua sedang memikirkan cara untuk balik awal ke rumah..sesiapa ada cadangan yang bernas?

huh!

Tuesday, September 15, 2009

Melayang-layang Di Awangan

walaupun gua masih di UTM tapi hati gua dah jauh merantau jauh kesana..mengapa benda ni harus terjadi?mengapa??

sabar hanya tinggal beberapa hari sahaja mahu pulang..

"tak sabar mahu makan keputat..eh salah2 ketupat la!"

Sunday, September 13, 2009

Diari Ramadhan Gua Ke-22

8.00 pagi
- gua baru tidur..

7.00 petang
- gua baru bangun dari tidur.

oke sudahlah..gua nak pergi shopping raya la..

Thursday, September 10, 2009

Cuti Puasa

"hoi lu tak puasa apa?" tanya gua kepada seorang kutu yang gua amat kenali senyum kambingnya di suatu kawasan semak samun belakang kampung gua..

"gua dapat cuti daripada tuhan la hari ni..so gua makan la" jawab kutu dengan penuh selambanya dan tiada perasan..tidak semena-mena kutu itu membatalkan puasanya dengan memakan kaki gua sebagai juadah berbuka..

akhirnya kutu tersebut dimasukkan ke dalam van mayat dan dibawa pusing 1 kampung untuk diberikan penghormatan terakhir..

Wednesday, September 9, 2009

Mujur Aidilfitri Menjelma..

kisah ini terjadi ramadhan beberapa tahun lepas..gua telah pergi bershopping bersama rakan-rakan gua untuk membeli pakaian raya selepas puas beraya sakan dalam kompleks..gua singgah ke kedai dunkin donut untuk membeli kuih donut kesukaan si Dia(itu dulu)..lalu gua bergegas pulang untuk berbuka dan memberi si Dia(itu dulu) hadiah berbuka puasa yang agak istimewa pada hari itu..

sampai dirumah si Dia(itu dulu) gua kelihatan si Dia(itu dulu) sudah bersiap sedia untuk menyambut hadiah daripada gua..cepat-cepat gua keluar bagi makanan untuk berbuka kepada si Dia(itu dulu),,yelah kalau tak cepat nanti gua berbuka dalam kereta la jawabnya.."terima kasih ya..awak tak mahu ambil skit" kata si Dia(itu dulu)..dengan selambanya gua menjawab "saya dah makan tadi"..terkedu gua dan si Dia(itu dulu) mengenangkan kata gua tadi..dengan sepantas kilat gua memecut kenderaan bagi mengelakkan khutbah berbuka puasa secara live dari depan rumah si Dia(itu dulu)..

maka terjadilah perang dingin dengan si Dia(itu dulu) selama beberapa hari sebelum menjelmanya aidilfitri..

p/s: minggu ini adalah minggu KLMJ! ;)

Tuesday, September 8, 2009

Diari Ramadhan Ke-17 Gua

budaya membaca dimana-mana sahaja.

kami adalah hutan..argh fuck hujan!

gua sangat cool..sila abaikan roommate gua!

gua sedang menghayati keindahan alam di bulan ramadhan..

p/s: sangat pelik bukan kalau pergi mandi air terjun di bulan Ramadhan.

Sunday, September 6, 2009

Diari Ramadhan Ke-15 Gua

pukul 4.30 pagi
-gua bangun dan kejutkan kutu-kutu gua supaya bangun bersahur..

pukul 4.45 pagi
-gua sudah berada di francais mcD..

pukul 5.55 pagi
- gua bersolat subuh secara berseorangan di bilik..

pukul 7.30 pagi
- gua abis layan kutu-kutu di "ym"

pukul 4.40 petang
- gua baru bangun tido dan bersiap-siap basuh kenderaan

pukul 6.30 petang
- gua pergi beli mee goreng kawah kat taman u..anak gadis dia comel juga.

pukul 7.13 petang
- gua berbuka dengan hamster peliharaan "roommate" gua..semua abis gi berbuka dengan awek..

pukul 8.00 malam
- budak setan mesej gua..ajak gua merayau-rayau..

pukul 9.00 malam
- gua ambil budak setan dan terus ke masjid berdekatan untuk berterawih..

sampai sini sajalah diari gua..saja nak bagi tahu yang gua pergi terawih jugak..

Thursday, September 3, 2009

Sudah Besar

"hye nama saya Muhammad Afiq Irfan"

"saya sedang mencari dimana abang feveret saya ni??"

"ye ye dapat jugak bergambar dengan dia..dia hensem & masih single taw..auuwww~"

Tuesday, September 1, 2009

Sedang Mencari Lailatul

"awak,,saya tak dapat datang pada awal-awal puasa ni..saya busy tolong mak buat kuih raya ni..nanti awak tolong "expose" kuih-kuih raya yang saya dan mak buat ni kat blog awak ya.."

-Lailatul-

ini gambar Lailatul(nama Islam)@Lily Allen..die mms gua tadi..

"just for you abang Lionel Azry"

Monday, August 31, 2009

Erti Sebuah Kemerdekaan Bagi Gua

biasa "time" merdeka camni gua dah pergi merempit ke dataran shah alam/haram untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api dan konsert "free" yang dibuat oleh kerajaan negeri..tapi demi menghormati bulan mulia ini gua hanya tabahkan hati gua untuk tidak pergi kesana lagi agar gua dapat turut serta berjemaah dalam solat terawih dimasjid negeri..

akhirnya pada pukul 12 tengah malam tadi gua menyambut kemerdekaan dengan laungan "gooll" di restoran ali..indah sungguh merdeka kali ini..

Saturday, August 29, 2009

Perubahan

gua rasa banyak benda dah berubah terutama pada diri gua dan dunia sekarang ini..ketika perjalanan gua balik ke klang dari jb tadi gua lihat banyak benar dah berubah kat kampung halaman gua sekarang ni..

mana taknya,,jalan yang dulu cantik dan bersih kini sudah dicemari dengan sampah-sampah sarap dan berlubang-lubang macam haram..dulu hutan belantara kini dah jadi hutan yang dipenuhi dengan besi-besi keras..dulu sungai mengalir indah sekarang sudah menjadi longkang pembiakkan aedes..dulu tempat gua selalu berjogging malam-malam dah jadi port kutu-kutu malam..dulu port gua merokok dah jadi port penagih dadah dan macam-macam lagi la..

adakah ini erti merdeka selepas 52 tahun kita merdeka?selamat menyambut hari merdeka dengan tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"..semoga tercapai la misi mereka..

Friday, August 28, 2009

Pulang

Jb - Klang hampir 500km..sudah lebih berapa marhalah tu?

kih3 ;)

Thursday, August 27, 2009

Nordin Mat Top

gua yang sikit punya hensem ni dorang kata gua macam Nordin Mat Top?

celaka punya member!

fuh! nasib baik pergi singapore hari tu tak kene tangkap..gua sangat bergaya bukan?

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Bulan Mulia

bulan mulia ini..gua rasa dah tiba masanya untuk gua mencantas rambut gua untuk kebaikan gua,,supaya gua dapat pulang kerumah dengan tenang tanpa bebelan dari mak dan ayah gua.. :P

rambut panjang

rambut pendek

tabiat merokok masih sukar untuk diubah..kene bebel jugak la ni..

Sunday, August 23, 2009

Hari Pertama Berpuasa

seperti biasa dalam bulan puasa ni banyak aktiviti jahat gua dikurangkan terutama sekali aktiviti mengusya minah kilang dekat belakang Al-Ikhsan..aktiviti sihat pun berkurangan contohnya bermain futsal,konda-kondi,galah panjang dan macam lagi jenis permainan tradisional terpaksa dikurangkan dengan alasan tidak larat..

kalau bab berbuka puasa ni gua tak kisah sangat..gua dapat air segelas+kurma+1 batang rokok sudah cukup untuk membawa gua kedalam dunia khayalan gua sehinggakan terawih gua dikecualikan pada hari tersebut..tapi buat masa sekarang ni terawih gua masih bersih dari sebarang kecacatan..

tapi gua masih bersedih kerana gagal membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan kampus gua..bila gua pergi gua nampak manusia lagi ramai dari makanan..kalaulah gua ada duit yang banyak pasti gua akan beli seorang manusia untuk dijadikan hidangan berbuka gua tapi sayang dalam dompet gua hanya ada rm5 sahaja,,cukuplah untuk nasi goreng mamak dan teh tarik.

huh!

Friday, August 21, 2009

Rumah Saya

seorang cikgu telah memanggil anak muridnya kerana mensyaki anak muridnya itu meniru..

cikgu: farhan,,bila saya baca karangan awak ni yang berjudul rumah saya,saya dapati karangan awak sama dengan karangan abang awak buat tahun lepas..

farhan: tentulah sama cikgu sebab abang saya dan saya tinggal dirumah yang sama..

cikgu: !@#$%^&

mulai saat itu kementerian pelajaran telah memasukkan subjek sastera dalam subjek bahasa malaysia..bagi mengelakkan kekeliruan dan penipuan dalam periksa..

Thursday, August 20, 2009

Kata-Kata Pedoman

orang kata hidup ini terlalu "complicated" bagi gua hidup ini biasa sahaja..bak kata mak gua hidup ini umpama putaran roda menegak..roda impian berputaran secara paksi-x bermakna tak semua impian manusia dapat ditunaikan sekiranya kita bergantung pada nasib sahaja..kunci utama adalah berusaha..

sesungguhnya berusaha itu tangga kejayaan..

Tuesday, August 18, 2009

Kisah Zaman Indie Dan Punk

zaman-zaman gua tengah "up" indie..

ini zaman pung pang gua..

laju benar zaman beredar ya?

lu kenal kutu yang pakai seluar askar dan angkat tangan tu?tak semenggah benar dia time ni..mahu saja gua "muay thai" kutu tu..hahaha~ =P

Sunday, August 16, 2009

Kisah Siswa Dan Pedayung Sampan

Lokasi: dalam sampan
punca: bangang berenang

Siswa A: pakcik,,pakcik tahu tak ilmu geografi?
Pakcik: itu ilmu ape?yang pakcik tahu hanya la National Geography..
Siswa B: (tergelak)..
Siswa A: apa yang pakcik belajar kat sekolah dulu?(tergelak lagi)
Siswa B: oke2..pakcik tahu tak ilmu matematik?
Pakcik: matematik?yang nombor 1-10 tu ke?

lalu mereka berdua ketawa dengan rakusnya kerana melihat kebodohan pakcik tersebut menjawab soalan itu..tetiba...

Pakcik: kamu berdua tahu ilmu renang?
Siswa A & B: kami tak tahu pulak ada ilmu itu?(lagi2 tergelak)
Pakcik: kamu berdua telah mempersia-siakan hidup kamu tanpa mengetahui kepentingan ilmu renang..
Siswa A: penting ke ilmu itu?
Pakcik: sangat penting kerana dalam masa beberapa minit lagi sampan ini akan karam..hahahahaha~

maka terjadi la kejadian mati lemas di sungai itu..

Saturday, August 15, 2009

Walapun Bukan Jenama J.co Donut,,Tetapi ia Tetap Donut Juga..

Ini Kisah Lalu

Ini Kisah Baru

Ini Kisah Roommate Nak Join Sekaki.

Ini Kisah Kerakusan Gua Terhadap Donut..

maka habislah kisah gua bersama donut kegemaran gua..bersambung di coretan yang lain..

Thursday, August 13, 2009

Test

blog ini ditutup sementara waktu bagi menghormati "test" yang akan gua hadapi..mungkin untuk 2 hari,2 minggu,2 bulan,2 tahun dan mungkin untuk 2 abad..besabar aje la..


hayati la pelangi dari word verification gua untuk menceriakan hari-hari lu orang..
babi!

eh silap
babai!

Tuesday, August 11, 2009

Chopstik

Lokasi: bilik gua
Waktu: makan malam

A: malam ni lu makan dengan siapa?
B: gua makan dengan awek gua kot..
A: makan kat mane?
B: gua makan kat kolej K9..awek gua mengidam nak makan chopstick..
A: hahahahahaha

maka terjadi penciptaan makanan barat yang terbaru..sila mesej kutu ni untuk mendapatkan kepastian penjualan makan tersebut..01379769!#

Monday, August 10, 2009

Lembab

Lokasi: depan pintu pagar sekolah
Waktu: 7.45 pagi

Guru: muka kamu lagi?naik motor pun masih lambat?
Murid: saya minta maaf cikgu..
Guru: ape alasan kamu kali ni?
Murid: ada papan tanda baru suruh saya memperlahankan kenderaan..
Guru: papan tanda ape?
Murid: sila perlahankan kenderaan anda..sekolah dihadapan..
Guru: !@#$%^

Saturday, August 8, 2009

I Messi = Gua Messi

bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa gua adalah pengganti messi..

lu orang jangan nak jeles-jeles lagi macam entri kat bawah ni!

huh!

Friday, August 7, 2009

Lenka

"hye shahrul azri..kenapa tak datang berjumpa saya hari tu?"

lenka hantar mesej kat gua..gua dah "translate" siap-siap dalam bahasa melayu..eh melayu ape?bahasa malaysia la!

lu orang jangan nak jeles-jeles plak..

Thursday, August 6, 2009

Usir

gua masuk kelas pukul 8.15 kemudian checkout pukul 8.40..

baik tak payah datang kelas macam ni..gelak sikit pun nak halau ke?gua bukan gelak time belajar,,gelak "time" die tengah cakap dalam telefon je pun..terpaksa gua batalkan niat untuk berpuasa nisfu syaban..

heh!

Wednesday, August 5, 2009

Topeng

seorang guru biologi sedang menerangkan hal-hal kerjaya doktor kepada murid-muridnya..kemudian die melontarkan 1 soalan bagi menguji kehebatan IQ murid dalam kelas itu(biasala budak bio dengar citer gempak abis "time" PMR)

"mengapa doktor memakai topeng ketika melakukan pembedahan?" ujar cikgu biologi tersebut..maka bermulalah sesi melakukan reaksi muka paling macho dan comel didalam kelas itu untuk menjawab soalan "basic" untuk menjadi seorang doktor..

dan seperti biasa mesti ada seorang pelajar yang berani akan bangun dan menerangkan segala persoalan yang bermain di setiap minda pelajar kelas berkenaan..maka dengan penuh semangat seorang pelajar menjawab.."doktor pakai topeng muka supaya orang tidak mengenalinya jika pembedahan itu gagal" ujar pelajar itu dengan penuh keyakinan..

maka sejak dari kisah itu gua mengumumkan untuk "quit" menjadi seorang doktor dan berpindah ke sekolah teknik untuk mengambil jurusan yang gua sedang belajar dikampus ini..

jadi kepada doktor ptpl dan doktor brawijaya,,pasti lu orang ada jawapan untuk dikongsi bersama dengan mereka-mereka yang masih prejudis terhadap doktor.. ;)

Monday, August 3, 2009

Cas Bateri

seorang guru sedang mengajar murid-muridnya satu subjek yang agak sukar..melihatkan reaksi murid-muridnya agak hambar lantas si guru cuba untuk menceriakan keadaan dari terus berasa hambar dan bosan..

lalu si guru mengemukakan soalan pada muridnya.."lihat la sekawanan burung(gua tak pasti burung ape yang pasti bukan burung gua) diluar tingkap itu..mengapa mereka hinggap diatas wayar letrik?"..murid-murid yang tadi bersikap hambar terus menunjukkan minat mereka yang ghairah terhadap cerita burung tersebut..bermacam-macam "style" wajah berpikir yang ditunjukkan untuk menjawab soalan tersebut..

dengan selamba seorang murid bangun dan menjawab persoalan guru terbabit,,"itu pun cikgu tak tahu ke?dorang tengah cas bateri dorang la..letih terbang sana sini.."maka dari saat itu lah hukuman rotan dilaksanakan serta merta kerana kegagalan murid melaksanakan segala persoalan yang telah diberikan..

Sunday, August 2, 2009

Tido

lu pernah tido dari pukul 6 pagi sampai pukul 7 petang?

fuh nikmat la brader!

1 minggu gua buat macam ni mahu kurus gua! ;)

Saturday, August 1, 2009

Rindu


hye comel tak saya?

Friday, July 31, 2009

Sengal & Bebal?

lokasi: Rumah Sewa
punca: Orang Telefon

A: tadi ada orang telefon kau..dia mahu bercakap dengan kau..
B: siapa orang itu?
A: seorang lelaki berambut kerinting dan berkulit sawo matang..
B:!@#$%^&*()

maka terjadilah kes pembunuhan kejam dirumah sewa itu..

Thursday, July 30, 2009

Dilema

sekarang pukul 2 pagi..esok pagi gua ada kelas pukul 8 pagi..agak-agak gua boleh bangun ke tak??

kalau sesiapa ada kredit lebi..tolonglah kejutkan gua supaya bangun awal untuk ke kelas?

anyone?? :P

Wednesday, July 29, 2009

Virus

ramai orang sekarang takutkan virus H1N1 tapi masih ada lelaki yang masih takutkan virus B1N1..

he3 ape kes??

buat hal lagi :P

Tuesday, July 28, 2009

Fesyen Sukan Idola


top:-
1) bumble bee voice mixer (rm150..beli di toyrus)
2) jersey kronos (rm30..beli di kedai sukan terpilih)

bottom:-
1) seluar tiada jenama (rm5..beli kat pasar tani shah haram jadah)
2) kasut futsal f5 (rm199..butik adidas terpilih)

fesyen sukan idola untuk tahun ni..jom main futsal!

Monday, July 27, 2009

Hey!

on9 sebentar didalam kelas sementara menunggu pelajaran seterusnya.. tak rugi datang kelas pagi ni..kih3 :P

Saturday, July 25, 2009

Bebal

Lokasi: bilik gua
Waktu: waktu solat jumaat
Punca: demam

A: wei lu orang tak pergi semayang jumaat?
B: aku demam la tak larat siak!
A: la baru demam sikit dah malas pergi solat jumaat?
B: ish banyak bunyi pula ko..ko amek mc aku..ko pergi kasi kat tok imam..
A: !@#$%^&*(

Hey Punk Rocker!


harga bidaan bermula dari RM50 ringgit! :P

asal: Jepun
nama: Razors Edge
saiz: L (kalau alter jadi M boleh aje)

Friday, July 24, 2009

Demam

buat kali pertamanya gua memonteng kelas dalam tempoh 3 minggu..bukan gua nak ponteng saja-saja tapi bangun pagi badan gua dah menunjukkan tanda-tanda protesnya supaya gua tak pergi kelas..hidung tersumbat,belakang gua lenguh-lenguh dan suhu badan agak meningkat dari manusia normal..

boring betoi kalau demam-demam ni nak hisap rokok tak boleh,minum minuman yang berais ape tah lagi..gua nak pergi pusat kesihatan utm?lagi la gua malas..mari la melawat gua dibilik dan jangan lupa bawa bubur ayam mcd ke,berger king atau ape-ape yang mahal..

owh ya,,lu bila nak datang melawat gua?kata rindu kat gua..datang la melawat gua dan jangan lupa bawa ubat bius yang mampu meredakan demam gua.. ;)

Thursday, July 23, 2009

Sedih

gua rasanya mahu berkabung sahaja atas kekalahan pasukan futsal gua..yela main dah "power" tambahan pula gua "score" sebijik memang tak dapat la gua menerima kekalahan ini..tapi apekan daya kalah melalui sepakan penalti memang tak boleh buat ape..

kasut biru gua dah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan,,adakah gua "next" Lionel Messi?argh tunggu sajalah jawapannya nanti..esok kelas pukul 8 pagi sekarang pukul 1.30 pagi..adakah gua akan memonteng kelas buat kali pertama dalam masa 3 minggu ini?

kita tunggu dan lihat sahajalah.. :P

Wednesday, July 22, 2009

Kesayangan Gua


hasil pelaburan ptptn yang amat lumayan!gua perkenalkan dari kiri namanya monky(ini hadiah besday gua),bumble bee dan kasut futsal f5(sama macam lionel messi tak?)..

owh ya,,sesiapa yang mahu memberi/membelikan gua hadiah untuk besday gua,peluang lu orang masih terbuka lagi sampai "next" besday gua akan datang..

eh yunie,,gua tak simpan duit untuk belanja lu j.co..maaf la ya ;)

Monday, July 20, 2009

Update..Rindu Gua?

sori la gua tak update blog gua ni,.gua busy hujung minggu lepas..gua kene jaga kejohanan futsal metro zon selatan di sport prima arena..yela dari gua dok merapu dan "relax-relax" tak tentu hala kat kampus..baik gua bekerja ada juga faedah..

owh ya,,manchester united hanya menang tipis ja keatas malaysia?ape kes?kata skuad bertaraf dunia tapi hanya menang tipis keatas skuad malaysia yang hanya dibarisi pemain muda yang beraksi dalam liga semi-pro malaysia..

nampaknya kempunan la MU nak menang EPL dan Champion League untuk 2009/10.. :P

p/s: nantikan update terbaru ya..gua dah ada kesayangan baru..kih3 :P

Thursday, July 16, 2009

Lagi Bebal

lokasi: mahkamah syariah(belah mane gua pun tak tahu)
tarikh: hari ni
punca: menceraikan isteri

hakim: mengapa kamu menceraikan isteri kamu?
si suami: dia selalu memukul saya dengan kerusi
hakim: mengapa awak pukul suami awak dengan kerusi?
si isteri: sebab saya tak larat angkat meja..meja berat!
hakim: !@#$%^&*

hakim mengarahkan proses penceraian di tangguhkan bagi mengenal pasti penyakit si isteri..akan disambung semula selepas raya..

Wednesday, July 15, 2009

Boss!!

ada seorang peminat binatang eksotik ingin membela burung kakak tua..lalu die pergi ke kedai haiwan ceruk mana gua pun tak tahu..lalu die masuk dan bertanya harga burung kakak tua yang ada disitu..burung yang pertama rupanya amat memikat..

peminat: berapa harga burung(bukan burung gua oke!) ni?
penjual: harga burung(bukan burung gua oke!) ni rm2000
peminat: wow mahal betol..
penjual: owh,,sebab die paham satu bahasa sahaja..

si peminat pergi ke burung kakak tua yang kedua..

peminat: yang ni berapa pula?
penjual: yang ni mahal skit..sebab die boleh paham 3 bahasa dimalaysia..harga dalam rm6000
peminat: harga burung ini ikut bahasa pulak?1 bahasa rm2000?
penjual: he3 begitu la nampaknya..

lalu si peminat yang berasa hampa bertanya harga untuk burung kakak tua yang ketiga dan terakhir dalam kedai itu..

peminat: yang ni berapa bahasa pulak?
penjual: yang ni "special" skit..saya sendiri tak pernah tengok die bercakap ape dan ape kelebihannya tapi semua burung kakak tua di sini panggil die boss..jadi harganya lebih kurang rm10000 la..pangkat die tinggi encik..
peminat: !@#$%^&*(

Monday, July 13, 2009

Rokok Vs Coklat

orang mengatakan rokok merbahaya tapi gua tetap tak amik kisah..ada orang kata coklat bahaya juga tapi gua tetap tak amik kisah..

jadi kesimpulannya makanlah coklat dan merokoklah sepuas-puasnya kerana ia adalah kehendak hati lu orang..pedulikan ape yang mereka kata bukan mereka yang menanggung kesakitan dan kecelakaan di hari tua nanti..

gua target berhenti merokok 2010..jadi impian gua adalah nak merasa segala rokok yang ada dalam dunia ni..setan kecik lu dah ada target?owh lupa plak gua..lu masih berkabung..

kih3 :P

Sunday, July 12, 2009

Bosan


malam minggu dikampus adalah sangat membosankan..mane taknya sudah 1 novel gua habis baca..nak menonton "movie" dan porno gua rasa malas pula..mana taknya,gua merasakan gua dah khatam semuanya "movie-movie" yang ada dalam "external HD" gua.. :P

ye gua memang merindui lu setan kecik tapi gua buang rindu itu jauh-jauh kerana gua ingin mencapai cita-cita gua terlebih dahulu nanti ada masa kita lepak lagi di raffi..argh rindu pula gua dengan suasana malam di raffi ditambah pula dengan gadis-gadis comel msu dan ptpl yang melepak sambil mengelintar maklumat untuk bahan "assignment" mereka..

ada sesiapa boleh menghiburkan gua?anyone? ;)

Friday, July 10, 2009

Murtad Dan Masuk Balik?

gua ada kawan yang suka main dota..siang malam main dota sampai lupa segalanya tapi yang gua pelik bab awek dan duit orang berhutang dia tak pernah pula dia lupa..jadi ikuti pendedahan kisah benar penagih permainan komputer dota..

Gua: eh lu main dota?lu bukan maki hamun ke game ni?apsal lu main?
Si A: he3 biasa la manusia sentiasa berubah-ubah..
Gua: ape yang lu dapat rasakan dengan bermain "game" ni?
Si A: dota is my god!
Gua: weh lu dah murtad la kalau macam tu?

Si A terdiam seketika dan dengan pantas mengucap 2 kalimah Syahadah..lantas terus berkata "oke gua dah mengucap..syukur gua sudah masuk Islam semula.." semenjak hari tu gua terus prejudis terhadap permainan dota..semoga Tuhan merahmati kerja gua yang suka berblogging!

Thursday, July 9, 2009

Kejutan/Suprise Dan Fatwa..

setiap hari gua terpaksa menerima kejutan..yela bangun solat subuh member gua kejutkan,pergi kelas awal pagi member 1 kelas gua kejutkan agak-agak gua tak bangun mereka melakukan kejutan..

hari ni baca surat khabar gua dapat kejutan baru dan membuatkan gua benar-benar terkejut..dah la gua hari-hari terkejut dengan kematian idola gua tapi hari ini benar-benar mengejutkan gua..ia membuatkan harapan gua untuk berkahwin dengan gadis dimuka bumi semakin pudar..saintis Iran telah mecipta sperma baru tanpa memerlukan air mani dari gua dan lelaki lain..sial sungguh!

kepada yunie taniah kerana lu tak payah ambil anak angkat lepas ni lu terus pergi jumpa sainstis Iram tu suruh die suntik sperma untuk kasi zuriat buat lu..buat la dulu sebelum bapak kawan kita buat fatwa baru..

hahahahahahahaha

Wednesday, July 8, 2009

K E M B A L I

gua kembali dalam masa kurang daripada 24 jam..gua telah berjaya membeli semula saham blog ini untuk gua "take over" blog ini sepenuhnya tanpa gangguan setan-setan lain..taniah kepada PTPTN yang memberikan gua pinjaman wang untuk membeli saham blog ini semula..

eh duit ptptn dah keluar la!!add jom pergi singapore gua nak usya kasut vans bad brain..setan kecik pergi balik bahau lekas..rumah tak siap kemas lagi macam mana nak kenduri kahwin dengan si "Dia"??baru sms satu hari sudah berani ajak kahwin..belajar pun tak habis lagi..

huh!

p/s: gua rindu raffi dan orang membelanja gua di raffi :P

Tuesday, July 7, 2009

S E L A M A T T I N G G A L !!!!


"itu adalah ucapan biasa yang kita dengar tak kira dari siapa,,sama ada dari sang kekasih yang mahu meminta "break" dari pasangannya kerana jodoh mereka tak panjang(katanya) atau ucapan dari anak kepada keluargaya kerana si anak mahu pergi berjuang demi sekeping ijazah(macam gua).."

gua akan pergi jauh untuk mecapai cita-cita gua yang telah terkubur selama 2 bulan ini gara-gara cuti semester..gua pasti ada tugas dan halangan yang mencabar akan datang menguji gua seperti "wifi" kampus yang lembab,laptop orang pinjam main dota,tengok porno dan macam-macam lagi dugaan la..

jadi dengan ini gua mengumumkan blog setan gua akan berhenti disini sahaja..segala cacian,cacaian,cacaran dan ugutan berunsur lucah,hasutan dan dakyah..gua harap lu orang maafkan gua..babi!

eh silap-silap
babai!

Sunday, July 5, 2009

Walaupun Gemok(Orang Kata)..Gua Masih Mampu Memenangi Acara Sukan!


ketepikan segala pandangan negatif..kuat diri dan sentiasa berpikiran positif..Hasilnya adalah seperti di figura di atas..

walaupun gemok(orang kata)..gua apa peduli?gua boleh bersukan jugak gemuk-gemuk gua takde la sampai dok umah makan je macam mereka..

gua juga seorang perokok tegar(orang kata) tapi walaupun merokok gua masih mampu bersukan..ape lu orang ingat orang kuat merokok cepat "pancit"??

heh!

Saturday, July 4, 2009

Kesedaran Yang Tiada Kekesalan

sepatutnya dunia sudah kiamat tapi Tuhan mahu berikan kalian peluang untuk kembali kepadaNya..

Thursday, July 2, 2009

Bakar Line


gua mahu tengok citer ni lagi!lagi pun pasangan mamot(manny & ellie) dah dapat anak yang comel bernama peaches!eh silap-silap ter"reveal" pula..

tapi disebabkan kutu ni juga la gua terpaksa tengok dari "side" tepi ja..kononnya nak tengok petang tapi gua call tak mahu angkat..tido mati rupanya kutu ni..nasib baik ada tiket untuk "midnite" kalau takde memang gua ber"wrestling" dengan kutu ni kat raffi malam tadi!

huh!

Wednesday, July 1, 2009

Nostalgia Hu Ha Hu Ha


multiracial bukan?walaupun semua rakyat malaysia!walaupun berlainan warna kulit kami tetap bersatu sebagai penghuni "dorm" A3..owh ya,,sila cari gua dimana??

mengapa gua merasakan gua masih kurus seperti dulu??tak percaya?boxer yang gua pakai dalam pic tu masih muat untuk gua pakai sekarang ni..lu orang jangan nak jeles! :P

Tuesday, June 30, 2009

Transformasi

gua sedang melakukan transformasi walaupun gua sudah menonton "muvie" transformers..

Photobucket
sebelum

Photobucket
selepas

adakah ia permulaan untuk gua berhenti merokok?gua rasa tak kot..gua dah "stop" mengumpul kotak2 rokok yang tiada nilai moral! :P

Thursday, June 25, 2009

Buat Perangai!


inilah akibat asyik makan sayur je..kononnya nak jadi vegeterian tapi bila nampak kolonel kfc terus mintak gua snap pic die dengan kolonel kfc..

mungkin disebabkan di bahau tiada francais kfc..kalau ada pun nasi ayam tok mat je..sabar je la gua dengan kutu diatas ni :P