Friday, December 31, 2010

Azam Tahun Baru Saya

tahun 2010 sudah hampir melabuhkan tirainya, tahun 2011 bakal menjengah di dalam kehidupan kita dalam masa lebih kurang 24 jam lagi.. sudah ramai juga memasang azam tahun baru untuk menjadikan 2011 sebagai salah satu batu loncatan untuk mencapai cita-cita mereka.. ada sesetengah mereka masih lagi terkontang-kanting untuk menunaikan azam tahun 2010 tapi ia masih belum terlewat dan selamat mencuba gua ucapkan..

banyak juga suka dan duka yang telah terjadi pada gua pada tahun 2010 ni..azam tahun 2010 gua adalah cuba untuk berhenti merokok tapi ianya cuma bertahan kurang dari 48 jam dan akhirnya telah menjadi ikan perkasam, kalau orang lain boleh ada azam gua juga ingin ada azam sendiri..jadi pada tahun ini gua berazam untuk tidak berazam kerana gua takut ianya akan jadi ikan perkasam..

Selamat Tahun Baru para pembaca dan selamat mencapai azam masing-masing..

*gua menyalakan api dan disuakan pada muncung rokok sebagai tanda penutup entri terakhir pada tahun 2010*

7 comments:

N D Z said...

tadehal nak merokok...asalkan tak merokok di khalayak ramai dan bagi asap...hehe hppy new year,don't be angry,be happy :)

zull jamie' said...

selamat tahun baru bro.. biasaaaaa broooooo

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

rokok gak?

azam lu memang always tercapai la~

=p

Kuwe said...

bila dipikir dipikir. gua lama juga takda azam ni. gua patut kena cuba sekali. mana tahu, jadi.

Syida Shukor said...

hak hak amboi . sekarang apa cerita dengan rokok ?

deus X machina said...

merokoklah demi menjana pendapatan bik mam

Adam Mikhail said...

nadh: hepi new year!

zull: oi bisnesman!

zara: kahkahkah!

kuwe: azam lekas!

syida: sejak PTPTN keluar merokok menjadi kebiasaan.. :P

deus: argh politik tak sudah2!