gua dah update blog, jangan kata gua tak update..oke bai!
Thursday, March 31, 2011
Sunday, March 13, 2011
#4 sejarah
gua tak pernah suka subjek sejarah kerana ia satu subjek yang memerlukan kekuatan dalam daya ingatan untuk mengingati tarikh-tarikh bersejarah yang pernah wujud di negara contohnya seperti tarikh melaka diserang,jepun menawan tanah malaya dan lain-lain lagi.. masa tingkatan 2 subjek sejarah gua diajar oleh guru berbangsa cina yang cun, namanya Pn. Tan, lenggak lenggoknya sentiasa menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki di sekolah gua malah ada 2-3 orang guru melayu cuba untuk mendekati Pn. Tan untuk di jadikan skendel disekolah gua..
semenjak Pn. Tan mengajar kelas gua, kutu-kutu yang rajin tidur dalam subjek tersebut akan membeliakkan mata mereka seluas-luasnya untuk melihat kecantikan yang tuhan anugerah pada guru itu.apatah lagi kutu-kutu rajin duduk barisan paling belakang dalam kelas juga telah mengambil satu anjakkan paradigma dengan duduk di barisan paling hadapan sekali untuk mendekati dan menghalusi subjek sejarah dengan penuh minat. keputusan ujian bulanan kelas gua juga meningkat dari 20% peratus yang lulus kepada 100% lulus dalam subjek tersebut. begitu hebatnya penangan Pn. Tan. dari semasa ke semasa.
pada suatu hari, ketika itu cuaca agak panas, Pn Tan telah masuk ke kelas dengan sedikit berpeluh walaupun kipas berputar pada tahap kelajuan yang mampu menerbangkan kelas gua ke angkasa namun ia masih belum dapat mengeringkan sedikit peluh yang telah membasahi baju dan dahi Pn. Tan. pada hari itu pemakaian agak sedikit seksi dan rambutnya tidak terikat kemas, lalu Pn Tan meneruskan usaha mendidik anak-anak bangsanya tanpa memikirkan keletihan dan peluh dialaminya ketika itu. sampai satu tahap dia terasa rimas dengan rambutnya sendiri yang tidak terikat, lalu dia mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk mengikat rambutnya..
**********************************
pada esoknya kutu-kutu yang rajin duduk depan sudah kembali ke rutin yang asal dan gua kembali kepada membenci subjek sejarah oleh kerana kejadian semalam, gua tidak sangka seorang guru tidak mencukur bulu ketiaknya sendiri, yang hampir panjang dengan rambutnya sendiri..huh!
Tuesday, March 8, 2011
#3 dosa-dosa semalam
“ kau ingat orang macam kau ini, layak ke masuk ke syurga? kehidupan lampau kau penuh dengan perkara-pekara keji dan dosa-dosa semalam yang belum lagi diampunkan oleh tuhan.” -unknown-
hey! kau orang yang bakal-bakal penghuni syurga (kononnya) kau siapa hendak menentukan syurga atau neraka untuk aku? macam mana kau boleh tahu yang tuhan belum mengampuni aku lagi? adakah kau telah diberikan keistimewaan oleh tuhan untuk meneliti seseorang individu?
balik rumah pergi ke cermin dan lihat apa yang lain antara kau dan aku? kita sama saja brader, manusia biasa yang akan dicampakkan oleh tuhan kemana-mana mengikut amal dan ibadat kita.
Tuesday, March 1, 2011
#2 kisah bola
12 tahun lalu, aku cuma seorang kanak-kanak yang sedang mengejar cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional.. aku mula mengenali dunia bola sepak pada usia 6 tahun dimana ayah membawa aku ke suatu kejohanan bola sertainya, semenjak itu minat aku terhadap dunia bola sepak semakin mendalam.. pantang celik mata sahaja aku pasti akan mencari bola terlebih dahulu daripada mencari makanan di meja makan. bila dapat jumpa bola aku terus menyepaknya ke dinding di kawasan rumah, hinggakan mak memarahi aku kerana dinding rumah sudah berubah cat berbentuk tak ubah seperti bentuk bulat bola.
12 tahun pun telah berlalu, cita-cita aku sekarang untuk menjadi seorang jurutera awam yang berjaya. cita-cita aku dulu hanya tinggal dalam kenangan sahaja, walaupun dalam kenangan aku jadikan ia sebagai hobi sampingan aku pada ketika ini. walau sibuk macam mana pun dalam tugasan sebagai seorang pelajar, bola sepak sentiasa ada dalam diari dalam kehidupan aku. sehari tidak menyepak bola aku rasakan kehidupan aku seperti tidak lengkap dalam putaran 24 jam pada masa dunia walaupun telah dimarahi lagi oleh mak supaya menumpukan perhatian dalam pelajaran.
alangkah indahnya kalau aku pemain bola..hahaha!