Showing posts with label KLMJ. Show all posts
Showing posts with label KLMJ. Show all posts

Friday, August 26, 2011

#27 Kisah Lalu Menghantui Jiwa

sebenarnya sudah beberapa tahun kisah ini berlalu, kami putus pun selepas beberapa hari selepas aidilfitri tapi dia masih mengingati gua jauh di dalam sudut hatinya. kiriman kad raya aidilfitri cukup mengingati dia kembali. takpe gua sebenar dah tawar hati untuk memberi secebis hati ini untuk dimiliki mana-mana wanita lagi.



ia gua sudah patah hati. jangan kamu semua nak ambil peduli lagi.





p/s: seorang lelaki yang masih mencari makwe yang steady seperti entri di bawah ini. :)

Wednesday, August 17, 2011

#WordlessWednesday

dulu



sekarang





p/s: produk jus mate 5 memang berkesan. keh keh keh

Tuesday, March 1, 2011

#2 kisah bola

12 tahun lalu, aku cuma seorang kanak-kanak yang sedang mengejar cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional.. aku mula mengenali dunia bola sepak pada usia 6 tahun dimana ayah membawa aku ke suatu kejohanan bola sertainya, semenjak itu minat aku terhadap dunia bola sepak semakin mendalam.. pantang celik mata sahaja aku pasti akan mencari bola terlebih dahulu daripada mencari makanan di meja makan. bila dapat jumpa bola aku terus menyepaknya ke dinding di kawasan rumah, hinggakan mak memarahi aku kerana dinding rumah sudah berubah cat berbentuk tak ubah seperti bentuk bulat bola.

12 tahun pun telah berlalu, cita-cita aku sekarang untuk menjadi seorang jurutera awam yang berjaya. cita-cita aku dulu hanya tinggal dalam kenangan sahaja, walaupun dalam kenangan aku jadikan ia sebagai hobi sampingan aku pada ketika ini. walau sibuk macam mana pun dalam tugasan sebagai seorang pelajar, bola sepak sentiasa ada dalam diari dalam kehidupan aku. sehari tidak menyepak bola aku rasakan kehidupan aku seperti tidak lengkap dalam putaran 24 jam pada masa dunia walaupun telah dimarahi lagi oleh mak supaya menumpukan perhatian dalam pelajaran.

alangkah indahnya kalau aku pemain bola..hahaha!

Sunday, February 6, 2011

The Best Thing Having a Good Girlfriend

1. Good morning texts.
2. Late night phone calls.
3. Falling asleep on the phone.
4. “Babe, guess what?”. “What?”. “I love you”.
5. I miss you/I love you random phone calls.
6. Being grabbed by the waist.
7. Kisses, especially on the forehead.
8. 127817392 photos together.
p/s: sebenarnya gua dah lama dah tak masuk dalam scene-scene percintaan sebegini rupa..kahkahkah!

p/s (2): di petik dari status facebook komal

Sunday, January 30, 2011

1 Febuari

esok, 1/02/2011 sepatutnya gua dah menikmati 'anniversary' yang ke-5 tahun, tapi sayang ianya putus di tengah jalan..nak buat macam mana mungkin ianya bukan jodoh gua..


**************

oke gua malas sambung takut memori lama keluar menimbun-nimbun dalam kepala gua..kahkahkah!

Sunday, December 19, 2010

Kisah 11 Tahun Dulu

11 tahun dulu gua adalah seorang pemain bola sepak yang mewakili sekolah untuk kejohanan daerah klang..gua bermain di posisi pertahanan kiri macam Roberto Carlos,ya masa itu Ashley Cole tak wujud lagi apatah lagi dengan Patrice Evra..semuanya pertahanan kiri cukup sayur melainkan R.Carlos, walaupun kecendurangan gua menyepak mengunakan kaki kiri cukup 'Fail' tapi nak buat macam mana dengan posisi tu gua boleh cari makan dengan awek-awek sekolah perempuan convent(itu dulu)..

sekolah gua berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dalam kejohanan bola sepak daerah klang bawah 12 tahun..hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati gua dan satu pasukan apabila layak, yela sekolah gua diletakkan sebagai pasukan 'underdog' senang citer pasukan ayam la mengikut pada prestasi kejohanan yang lepas-lepas..dalam separuh akhir, pasukan sekolah gua dipertemukan dengan pasukan juara bertahan..

macam biasa sepak mula dilakukan dengan pasukan lawan menyerang ke kubu pasukan gua, tapi apa gua nak kisah sangat sememangnya pertahanan sekolah gua memang antara yang terbaik dalam kejohanan itu dengan melepaskan 1 gol sahaja..tengok siapa pertahanan kirinya kalau bukan gua, time tu gua punya lari agak kencang apabila gua naik keatas membantu penyerang untuk mendapatkan gol komfem 2-3 orang pertahanan tewas dengan gelecekkan gua..

gooolll! pasukan gua berjaya mendahului pasukan juara bertahan dengan jaringan pemain sayap sekolah gua..pasukan pelawat cuba mengatur rentak dengan menggandakan asakan tapi semua berjaya dipatahkan oleh gua dan member2 pertahanan gua yang lain..wisel rehat dibunyikan menandakan tamatnya separuh masa pertama..


*bersambung

Thursday, December 16, 2010

Kenangan

sebentar tadi gua buka link-link blog yang gua pernah follow, dan gua tengok ramai-ramai blogger yang gua pernah follow dah tidak aktif lagi untuk berblog malah ada yang sudah menutup blog..gua rasa kecewa juga la mereka yang pernah seangkatan gua dah mula 'slow' dalam scene-scene blogging ni..dalam masa yang ramai juga blogger baru muncul tapi gua kecewa dengan penggunaan bahasa agak gewdik dan pelik jew..

kalau gua jadi salah satu daripada mereka gua harap lu orang tak marah..bukan apa, gua ni semakin hari semakin tua tak lama lagi mungkin akan menjadi bakal laki orang, lepas tu jadi bapa orang dan kemudian jadi datuk..

hurm, payah juga bila dah meningkat dewasa.

Sunday, December 12, 2010

Kenduri Kahwin

sempena dengan cuti sekolah ni, gua lihat ramai ibu bapa lebih gemar melangsungkan perkahwinan anak bujang atau anak dara mereka dari pergi berjalan-jalan makan angin diluar negara mahupun dalam negara..sekaligus ia meningkatkan kadar pertumbuhan kelahiran baru pada tahun depan yang dijangkakan naik sebanyak 5% dari tahun-tahun yang sebelumnya..

dengan adanya majlis kenduri kahwin setiap munggu, ia sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan di hujung minggu bagi penduduk yang duduk berhampiran dengan rumah kenduri..disamping itu ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga kedua-dua pengatin.malah ia memupuk semangat kerjasama antara tuan rumah pengatin dengan penduduk sekitar.

saya harap minggu depan ada lagi..boleh makan pree lagi..hek hek hek :p

Wednesday, November 10, 2010

Final Exam

subjek yang menghafal ni memang menyukarkan kesukaran gua untuk menjawab peperiksaaan, tapi nak tak nak gua kena jawab juga kertas soalan ini kerana ia telah termaktub dalam salah satu subjek wajib yang gua kena ambil..

masalah itu gua berjaya hendel dengan jayanya..tengah gua syok jawab soalan-soalan 'final exam' yang lepas, tetiba henpon gua boleh berbunyi pelik..dah lama gua tak menerima mesej dari kawan-kawan tengah malam buta ni.

" awak, good luck untuk exam esok "

cilakak, bekas kekasih masih tak delete nombor gua..esok nak exam, time2 macam ni la nak teringat kisah lalu..shite!

Wednesday, August 25, 2010

Wrestling

seperti biasa sahur di restoran mamak disekitar kampus gua adalah 1 rutin yang agak harian bagi gua kerana waktu sahur gua bukan makan banyak pun..cukuplah sekadar roti sardin dan 1 teh tarik gelas besar untuk mengalas perut gua pada keesokkan harinya..

pada waktu pagi dinihari ni, pengusaha restoran banyak menayangkan cerita wrestling dari perlawanan bola sepak ataupun kuliah sebelum subuh..ia sedikit sebanyak menghampakan diri gua yang sentiasa inginkan semangat motivasi pada pagi hari..

menonton cerita gusti sedikit sebanyak mengingatkan gua pada arwah atuk gua yang sudah 7 bulan meninggal dunia..mana taknya pantang gua balik kampung pasti cerita wrestling dijadikan sajian tontonan untuk kami..walaupun cerita sudah diulang beratus kali sampai cd-cd wrestling dah ada calar,tengok pun sampai gambar di televisyen lekat-lekat tapi ia sedikit pun tidak pernah melunturkan semangat atuk gua yang meminati stonecold steve austin..

sekarang sudah masuk 15 ramadhan, cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut aidilfitri..gua sedih,kerana ini kali pertama gua beraya tanpa atuk gua..

**************************************

Al-Fatihah untuk:-

1) Ahmad bin Taib
2) Saari bin Mohammed