beberapa tahun yang lepas, gua telah diberi peluang oleh ketua keluarga gua merangkap ayahanda gua untuk mengambil kad kemajuan akedemik untuk adik perempuan gua. bila gua masuk kelas je gua dah rasa mula seram sejuk, mana taknya semua ibu bapa pandang gua macam tak percaya ada ayah semuda gua (kakakakaka)..gua menunggu giliran dengan penuh sabar dan tawaduk sekali, gua ingatkan kat pejabat pendaftaran je kena beratur rupanya amik kad kemajuan pun kene beratur.
dari seorang bapa ke sorang ibu semua telah silih berganti, sekarang tibalah masa gua untuk ke meja cikgu untuk mendengar segala laporan tentang adik perempuan gua dari mulut cikgu itu sendiri. dari hal matematik tambahan hinggalah ke fizik kimia semuanya diceritakan dan gua menjadi pendengar terbaik untuk cikgu kalau jenis tak boleh terima mahu bernanah telinga. setelah selesai mendengar cerita, cikgu mengeluarkan kad kemajuan dan menunjukkan segala masalah yang dia ceritakan tadi.. jadi gua tak fokus sangat pada matapelajaran sangat gua cuma fokus pada ulasan cikgu, "sila tingkatkan prestasi anda dan fokus pada SPM akan datang" ulasan cikgu tu cukup bagus dan menaikkan semangat pelajar..
gua teringat kisah lama gua, rasa sedih dan kesal pun ada tergamak cikgu kelas sekolah lama gua dulu menulis "sila kurangkan lawak anda di dalam kelas" dalam bahagian ulasan cikgu dalam kad laporan kemajuan gua.. dia ingat gua ni ada dalam sekolah maharaja lawak apa?
1 comment:
skolah haji awang tu sbb tu cikgu srh kurangkan lawak..=p
Post a Comment