Friday, August 12, 2011

#21 Meriam Untuk Tok Imam

macam biasa bila ramadhan menjelma berbagai scene ramadhan kita boleh jumpa, scene tak puasa, scene orang terawih dan paling power scene mercun. ia di malaysia, boleh dikatakan semua perayaan utama yang disambut oleh masyarakat malaysia pasti akan di meriahkan dengan mercun.



gua juga tidak pernah terlepas dari scene mercun ni, kalau nak ikutkan gua lebih kepada mercun tradisional yang tidak asing lagi di kalangan orang melayu kita iaitu meriam. bila beberapa hari sebelum menjelmanya ramadhan gua dan geng kampung berbincang tentang strategi untuk membina protoip dari barangan terbuang, dari tin ridsect hinggalah ke tiang 'signboard' yang dah patah. bukan apa dibandar ni payah nak dapat buluh, kalau ada pun jenis buluh buat perhiasan depan rumah.



selepas berbincang akhirnya kami memutuskan untuk merembat sahaja tiang 'signboard' yang patah dek kecelakaan jalan raya, lepas ramadhan jual kat besi buruk boleh buat duit raya. otak remaja macam gua memang cukup geliga membuat perkiraan bajet, macam biasa bila nak beli kabaid ni kena la kongsi ramai-ramai, si mamat menjadi bendahari untuk mengutip seorang rm5 untuk membeli stok sepanjang ramadhan ini.







****************************************







masa yang dinantikan telah ditiba, selepas selesai maghrib, gua dengan kutu kampung terus keluar masjid sedangkan tok imam baru bersiap sedia untuk memberikan tazkirah. kami memilih kawasan luas berhampiran masjid tempat kami bersiap sedia dengan segala peralatan untuk mengempur malam ramadhan kedua. gua dan meon bersiap sedia membancuh kabaid dengan air secukup rasa, nampak berasap kami terus memasukkan kedalam salur lubang yang telah tersedia.



"orait mat, kau tunggu lagi sepuluh 4-6 saat baru kau cucuh api kat lubang" ujar gua. maka si mamat memulakan perkiraan. selepas cukup masa dengan pantas mamat menyiot api ke lubang meriam.



kaaabbboooommm!



bunyinya bak peluru berpandu israel yang memusnahkan bumi palestin kuat dan padat. manakala kedengaran riuh rendah orang berketawa dari corong speaker besar masjid. gua dan rakan gua berpindah ke tempat lain untuk mengelak gangguan.







***************************







macam biasa pukul 10 malam, masing-masing minta diri untuk bersurai, gua pun berjalan kaki pulang ke rumah. sampai di rumah bapak gua yang baru pulang dari masjid menegur gua "tadi siapa yang main meriam? kuat sangat bunyinya sampai melatah tok imam dibuatnya". dengan muka tidak bersalah gua menjawab tidak tahu sebagai menutup episod suka duka "meriam untuk tok imam".





sources: google image



pada tahun itu sekeping kad raya diutuskan kepada tok imam melatah itu.

7 comments:

sharamli said...

pesen tunj0k baik k0n0n ke masjid!

syasya said...

haha tok imam melatah! sib baik x melatah time solat!!! lst week solat terawih boleh pulak tok imam amin sambil sendawa...huhu ku gelak lam hati je la berdekah deki

mirachantek said...

cool gila tok imam tu

Heidi Shafiq said...

ko de simpan lg tak meriam tu? bg aku pinjam..

enyheartsdiamond said...

nak kad raya jugak! :D

enyheartsdiamond said...

nak kad raya jugak! :D

Adam Mikhail said...

haha minggu malas nak buat kad raya