Monday, June 22, 2009

Kisah Cinta Rock Kapak

setiap hari isnin adalah hari "feveret" gua..kerana "time" ni gua akan dapat tido dalam kelas dengan sepuas-puasnya..awal pagi dah subjek sejarah cikgu memang dah tak amik "port" pasal gua..siap sumpah kat gua "fail" sejarah tapi TUHAN itu Maha Adil,,gua dapat kredit sahaja..oke la dari "fail"..

lepas rehat pula adalah kelas bahasa malaysia..gua pelik hari tu gua memang tak tido "time" kelas tu biasanya gua pasti akan tido..kiranya tak rugi la gua tak tido dalam kelas "time" tu mana taknya dia boleh buka topik CINTA pula memang gua kasi dengar betul-betul..mana la tahu dapat skit ilmu boleh gua juga praktikkan lepas sekolah paling kurang dapat nombor telefon itu dah "confirm" la dalam poket gua sahaja..

cikgu gua mula la "start" cerita itu cerita ini..dah puas mem"potpetpotpet" dengan kutu-kutu dalam kelas gua..dia tanya pendapat kutu-kutu tu tentang cinta..

cikgu: boleh saya tahu apa yang kamu paham tentang cinta?
kutu A: cinta adalah kasih sayang yang melibatkan antara laki dan perempuan cikgu.
cikgu: boleh terima pakai jugak..kutu B pendapat awak pulak?
kutu B: cinta adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang telus....bla..bla..bla..(kutu B adalah seorang playboy disekolah gua)
cikgu: bila mat romeo sembang tentang cinta saya pun kalah..oke bagaimana dengan awak shahrul azri?

gua tanpa segan silu terus menyanyikan C.I.N.T.A dendangan XPDC..secara tak semena-mena cikgu gua melenting dan mengarahkan gua duduk diluar kelas atas alasan gua bermain-main dalam subjek itu..

rupanya baru gua sedar perangai tido gua ketika dalam kelas bahasa malaysia memang tak boleh dibendung dan diubah lagi! :P

19 comments:

aRrEs™ said...

owh!!aktiviti tido dlm kelas mmg menyeronokkan....

terutama subjek2 penting spt Add Maths...

cik helena said...

gile bran nyanyi..haha rupenye mimpi..haih

mrblind said...

heh..try lagu hindustan la tengok..

Paan Ovrtd said...

SYATONIROJIM!

S@Y@NGH@SNI said...

nasib baik akak tido masa paper add math..
kalu tak musti 'fail'...

Encik Ariff said...

pelajar contoh.
haha.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

ko nyanyi pitching ke laut

faqhrule said...

alah lu cam pandai je nyanyi lagu tu?

.ellnadj. said...

syabas...
stdn berdedikasi...

faiq said...

ko silap la..
name cikgu ko kan nabila..
ko psatutnye nyayi lagu "Cinta Utk Nabila"...
konfem cikgu ko jtuh ati kt ko

zana tingtong said...

cikgu tu tak minat XPDC
sebab tu dia marah
haha :)

Adam Mikhail said...

arres: memang superb beb! ;)

helena: tak sengaja la.. :P

blind: gua tak reti nyanyi jenis mcam 2 ;)

dick an: SYAITONIROJIM!

hasni: add math gua dpat a1 oke! ;)

soul: gua memang contoh beb! :P

ibu tinie: pitching gua mane pernah lari! ;)

fachrule: lagu mynightville pun gua leh sing along..ape kes? :P

ella: terima kasih! :P

faiq: ish tak mahu aku nnt search ajak buat band baru plak :P

zana: mungkin die minat new boyz? :P

faizrazali said...

oi asal ko tak nyanyi lagu jerangkung dalam almari dr wings.. baru terbaik.. hahaha

maira adreanna said...

definisi cinta ko mmg superb la hahaha

Adam Mikhail said...

kecik: adus wings bukan jiwa aku sangat la!

maira: definisi cinta setan! :P

mossy said...

gua tak pernah tidur dalam kelas BM.
tapi selalu fail.
kenapa?
ish3 *geleng2 kepala*
heh

Adam Mikhail said...

lu kan minah salleh..ape nak dikisahkan :P

dobot said...

angkat martabat bahasa sendiri laa weh.

Adam Mikhail said...

gua nak angkat bahasa ape2 pun! :p