pada waktu pagi dinihari ni, pengusaha restoran banyak menayangkan cerita wrestling dari perlawanan bola sepak ataupun kuliah sebelum subuh..ia sedikit sebanyak menghampakan diri gua yang sentiasa inginkan semangat motivasi pada pagi hari..
menonton cerita gusti sedikit sebanyak mengingatkan gua pada arwah atuk gua yang sudah 7 bulan meninggal dunia..mana taknya pantang gua balik kampung pasti cerita wrestling dijadikan sajian tontonan untuk kami..walaupun cerita sudah diulang beratus kali sampai cd-cd wrestling dah ada calar,tengok pun sampai gambar di televisyen lekat-lekat tapi ia sedikit pun tidak pernah melunturkan semangat atuk gua yang meminati stonecold steve austin..
sekarang sudah masuk 15 ramadhan, cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut aidilfitri..gua sedih,kerana ini kali pertama gua beraya tanpa atuk gua..
**************************************
Al-Fatihah untuk:-
1) Ahmad bin Taib
2) Saari bin Mohammed
6 comments:
alfatihah juga buat arwah pak aku n atok ku
eleh.ni mesti dulu minat undertaker ni kan. ;p
cukup ke roti sardin n teh tarik je utk perut kamu?
ps : alfatihah.
alfatihah
alfatihah.
tak lelaki langsung sahur kedai mamak.
al fatihah....
hidup harus ceria..
Post a Comment